Tuesday 16 April 2013

BILA ISTERI TAK CANTIK

|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi ni mood tiba2 sedih bila baca nasib kaum isteri yg dalam situasi begini FB cikkepal06..
hemm sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak.. TAPI paling kena pada diri sendiri
Kmal rasa ayat ni... 
"Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan." 
DAN  ada satu lagi ayat dibawah yg kena pada diri Kmal... hanya hubby je yg akan tahu jika dia baca....

Para kaum isteri baca lah..sebagai pedoman...  nak pi bagi baca hubby baca... nak tya betoi ke tak 
orang lelaki macam ni.. sebenarnya dah tahu jawapan...TAK SEMUA LELAKI MCM NI.. ini 
yang akan diberi oleh kaum lelaki.

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

************************************************

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.

Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.

Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.

Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji.

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah .

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....




Moral of the story.. Kmal sedar diri kmal jika dibandingkan dengan hubby.. moga ikatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat Amin..

Sunday 14 April 2013

APRIL BDAY BOY...AZIM MUIZ DAN ARASH MUKHLIS

Assalamualaikum,

Bulan April tiap tahun.. ada 2 hero sambut bday.. Azim 06/4 dan Arash 12/4
jadi Kmal rai cara simple sekali gus.. kebetulan bday Arash jatuh hari Jumaat Arash
tak dapat balik dr MRSM..katanya kelas sepjg hari.. keesokannya Sabtu.. dapat call
Arash kata dia boleh outing kejap dr kl 10.30 dan kena balik sebelum kul 6 ptg..

 

Lima pengarang jantung Kmal.. bukan senang nak kumpul 5 beradik ni .. nasib abg cuti 
sementer UITM skrg Arash dpt outing kejap.. 




Kmal pergi jemput satu family.. nnt sampai dah tengahari boleh singah restoren Minang
yg sedap tu kat Pendang.... lama tak pekena Daging Dendeng dia..mmg panas telinga..




Lepas makan tengahari balik Asetar.. singgah kedai Kek Sayang belikan aiskrim kek utk
bday boy.. rai simple2 ja.


 
 
 
 
Petang hubby hantar balik asrama... disbbkan takut lewat.. kena la hantar dgn superbike.


Hubby sampai sebelum enjin superbike padam.. hubby tukar pakaian giliran Kmal pulak ajak 
dating .. ala ride dekat je.. ke TamanTasik Jitra kemudian singgah pekena steamboat celup 
di Jitra. 

























Wednesday 10 April 2013

UNTUK PARA SUAMI... KETIKA ISTERI ANDA MENANGIS

Assalamualaikum,

UNTUK PARA SUAMI...
KETIKA ISTRI ANDA MENANGIS GENGGAMLAH 

TANGAN NYA...




Jika isteri menangis dihadapanmu “hargai lah ia sblm terlewat”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya.

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah.

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami²...
Jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai suami²...
Jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia²kannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Wahai suami²...
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu...???

Apakah keistimewaan perempuan ini...???”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.

PELUKAN dan CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak²nya.

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang² yang dikasihinya.

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya.

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI karena 1 hal. Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia...!!!”



Hai ... kenapa mood sedih ni... Ya Allah Kau berikan lah aku kesihatan yang terbaik untuk aku memberi sepenuh kasihsayang dan pergorbanan untuk kebahagian suami dan anak2ku Amin..

Monday 1 April 2013

CARA MENGATASI TANTRUM ANAK

Assalamualaikum,
 
CARA MENGATASI TANTRUM ANAK

 

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Kenali Apa Itu Tantrum

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.