Wednesday 25 September 2013

Sandwich Bayam Merah

Assalamualaikum,

Hemm Bayam Merah banyak dalam peti ais tu.. baki
sayur utk mia.. nanti boleh dibuat sandwich pulak....
jumpa resepi dr FB Majalah RASA


Sandwich Bayam Merah..
Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: Seorang

BAHAN-BAHAN:

2 keping roti sandwic Gardenia Breakthru
1 ikat bayam merah | diambil daunnya sahaja dan dicarik halus
2 biji telur | direbus
3 biji cili padi merah | dihiris halus
3 sudu makan mayones
½ sudu teh serbuk lada hitam
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Rebus bayam merah di dalam air mendidih. Angkat dan tos.
2. Kemudian letakkan bayam rebus tadi ke dalam mangkuk dan masukkan 

mayones secukupnya.
3. Setelah itu masukkan pula telur rebus dan dikacau sehingga menjadi sebati.
4. Perasakan secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam.
5. Seterusnya masukkan hirisan cili padi merah dan dikacau rata.
6. Akhir sekali, potong bahagian tepi roti dan sapukan dengan inti bayam merah 

tadi. Tutupkan dengan sekeping roti lagi. Sedia untuk dimakan.

p/s nnt kmal tempek gambar dr hasil buatan sendiri

Tuesday 10 September 2013

Butterscotch Breadbutter Pudding

Assalamualaikum,

Hari ni nak letak step by step dan resepi diatas.. satu lagi resepi ni
cukup2 untuk family makan .. yg kmal buat ni utk jamuan jd doublekan
lah sukatan resepi dibawah ye..tak sempat nak snap pic cantik2 dlm
pinggan.. sbb dah habis dan reserpi ni akan kmal guna utk bila2.. sbb
sedap..manispun elok2 sangat.


Bahan:
4 keping roti sandwich di sapu ngan butter
2 biji telur
1 cawan susu segar
4 sudu besar gula perang ( nk guna gula biasa pun boleh )
2 sudu besar cranberry kering ( kalau xde guna raisin lg sedap )
1 tutup esen vanilla
Secubit garam

Cara2 nk masak


Potong roti ikut  suka, kmal potong kiub je. letak roti td dalam acuan.



 Campurkan susu dan cranberry atau raisin (kmal guna dua2) panaskan dalam periuk 
hingga ada bubble kecil dalam 10 minit ( jgn sampai mendidih  ).

Sambil2 menunggu susu tu mendidih, satukan dan pukul telur, gula, esen vanilla dan 
garam sampai gula hancur . 
 

Bila susu dah ada bubble kecil kat tepi dia, tutup api dan tuang sedikit dalam 
bancuhan telur td sambil kacau laju2, pasti kan telur tak berketul. Kemudian baru
 tuangkan lebihan susu td dan gaul rata.

 
 
Bila susu dan telur dah sebati, tuang bancuhan dalam acuan sampai roti tenggelam 
dan tekan2 sikit roti tu biar semua roti tu kena dengan bancuhan tadi ketepikan 
( biarkan sekejap sementara oven panas supaya roti leh menyerap bancuhan custard td ). 
Panaskan oven 200c selama 20 minit.


sebelum masuk oven.. letak sedikit butter spt gambar dibawah.. supaya
bila masak nnt nmpk cantik dan garing.
Bila oven dah cukup panas, bakar puding td selama 20- 25 minit sehingga puding td 
kembung sikit dan bahagian permukaan puding bewarna kuning keemasan 
( kalau nak atas dia garing sikit  bakar ler lama sikit tau ).
 Biarkan sejuk dan  siap tuk dihidangkan.



  Ini kmal pernah buat guna roti gardenia biasa..