Monday 5 May 2014

Sup Tulang

Assalamualaikum,

Hari ni letak resepi Sup Tulang pulak, selalu buat sup
tulang mcm ni guna preasure cooker ja.. cepat.

Selalunya kalau dah ada seperiuk sup tulang
menu malam mesti la.. mee kuah.. sbb guna
sup ni sebagai penyedap kuah mee.

Sup Tulang




Sup Tulang/ekor
 
Bahan2nye:
Tulang/ekor dlm RM15 - ini kmal masak hingga empuk dulu dlm preasure cooker.
Air dalam 2 tawpaware aiskrim (ini sukatan kmal) atau guna air rebus tulang masa 
proses diatas.
 
Bahan kisar:
10 biji Bwg Merah
5cm halia
1 biji bwg besar
3 biji bwg putih

Bahan kisar kering(goreng tanpa minyak dan kisar kering)
3 biji bunga lawang
2 btg kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 sudu besar rempah biji
1 sudu besar biji lada hitam
 
Bahan Tumis
5 ulas bwg merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
sikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Minyak
 
Bahan sampingan sup:
Salery, karot, dan hirisan bwg besar dan cili padi dlm diketuk ikut kepedasan dan bwg goreng

Caranye:
Panas minyak, masukkan bahan tumis..layu sikit masukkan bahan kisar dan bahan kisar kering..kacau hingga garing sikit...masukkan tulang/ekor...kacau..masukkan air dan masak hingga empuk, bila dah empuk rasakan garam dan lada hitamnye..

Sup ni dapat banyak jugak...separuh buat sup utk makan thari..separuh lagi buat kuah mee.
 
utk sup..Caranye:
masa nak makan..sendukkan sup tulang ni dalam peliuk yg kecik sikit,,
masukkan salery, karot, hirisan bwg besar, cili padi diketuk dan air limau nipis...masak hingga mendidih...masa makan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang....rasa macam makan sup kat kedai siam...

guna ni sekejap ka.. tulang lembut.. PREASURE COOKER ni kmal guna utk rebus tulang  bg empuk baru buat sup spt resepi..



Kerabu Cekur

Assalamualaikum.

Satu lagi resepi dr emak tersayang..
kmal suka simpan dan buat resepi-resepi
lauk pauk yang selalu emak buat..
sebab semuanya sedap.. apa tak nya
emak buat sambal sotong simple pun
rasanya sedap ya amatt..

tak payah tulis2 ya.. ini resepi bergambar
selalu amalkan.. ble awet muda.

Kerabu Cekur

Sunday 4 May 2014

Gado-gado

Assalamualaikum,

Satu lagi resepi asal dari emak kmal.. kali ni
dapat resepi kuah kacang utk gado-gado. 

Memang kuah kacang gado-gado ni yg terbaik
kmal makan dr kecil hingga sekarang.
Selalu bulan puasa memang jadi menu wajib
tiap tahun selain kanji berlauk.

Gado-gado dgn kuah kacang


zaman canggih.. mak kmal hantar resepi guna WhatsApp..


Saturday 3 May 2014

Goreng Pisang Cheese

Assalamualaikum,

Dalam tempoh 2 minggu ni kmal tgk
di group FB di Asetar ni tengah macam
fenomena Goreng Pisang Cheese..
lokasi setakat ni hanya di sebelah Gunung
Keriang katanya berhadapan pondok polis
Gunung Keriang.. siap kena ambil no. giliran
dan kena beratur dlm sejam lebih bru dapat..

Kmal tak kuasa la nak beratur-beratur.. balik
beli bahan2 buat sendiri.. makan sampai puas.
berbaloi.. dah le dlm rumah ni askar banyak
kalau beli 3 set pun mesti belum cukup..

ni ha rupa Goreng Pisang Cheese yang menjadi
fenomena di Asetar sekarang.. ninyang kmal buat..

Goreng Pisang Cheese

ni rupa goreng pisang cheese yg dijual.. kmal copy gambar
dr group di FB





siap jenuh kena beratur.. ok utk sesiapa yg rajin
elok la balik buat sendiri

ni bahan2nya.. simple ja

Pisang
Tepung Goreng (kmal guna tepung goreng ADABI)
Keju Cheddar ( jenama Kraf atau Beqa)
sedikit Gula Perang
Mintak utk mengoreng

ni rupa bahan2nya


Caranya : 
bancuh adunan ikut spt arahan
goreng pisang mcm biasa hingga masak
dah masak.. toskan minyak letak didalam
pinggan.. parut cheese atas goreng pisang
danntabur sedikit gula perang.. siap
sedap dimakan ketika panas-panas.




kalau buat sendiri dapat buat 2 jenis.. biasa atau bercheese.
Bawah ni lagi gambar2 dr group.. 

samakan .. tak jauh beza di buat sendiri dirumah..nak lebih cheese
tambah lagi.. kan puas..