Tuesday 24 February 2015

Birthday Amani Miasara Throwback

Yang mama termampu sediakan untuk anak dara mama seorang ni..
Birthday 1 Tahun.. puashati mama dapat sediakan semua.. dari kek, menu makanan
hingga sweet.. walaupun penat.. tapi puashati mama. Walaupun dalam usia setahun
Mia tak faham apa-apa..

Ini yang mama mampu sediakan.. bajupun dah siap .. tapi tok datang bawa hadiah baju
dan pakaikan utk majlis.. tgk comelkan baju yg tok hadiahkan.



Birthday Mia ke 2 tahun.. tak de majlis mcm tahun sebelum.. mama cuba buatkan kek..
dua tiga jenis menu.. sambut sekeluarga ja.. dan bekalkan sahaja utk mami, tok dan adik
beradik yang lain.





Birthday Mia ke 3 tahun pun mama buat simple ja.. buatkan kek sebiji, mee kuah, puding
kemudian jemput tok dan adik beradik lain..





Baru-baru ni 2.2.2015 Mia genap 4 tahun.. dah cerdik.. dah tahu dah minta macam2 dari mama
Hanya ni ja yang mama termampu.. mama korbankan simpanan mama utk ganti hp mama yg rosak dan microwave mama yg rosak jugak.. mama buat meriah sikit.. jemput adik beradik, tok dan aunty
yg mia kenal dari ofis mama..

Belanja satu pic ja dulu. disebabkan mama buat perancangan sebulan.. kisah bday Mia ke 4
mama buat step by step.. ada part2nya..


Monday 23 February 2015

Makan makan Replate Cafe

Salam.. trowback lagi.. kisah makan makan sebelum tuan badan mula berdiet Atkins

Salah satu lagi..tempat fov kami anak beranak

Replate Cafe.. berdekatan TESCO Mergong Alor Setar.

Buka dari lunch hingga malam.. 

Chicken Parmigiano.. mama punya.. set ni siap ada spaggeti..memang kenyang gila.
 Always...mama punya coffee..

Grill Chicken Fried Rice

Set Chicken Chop

Set Lamb Chop... Azim Muiz

Fries mlm tu tersangat la masih.. nampak kan garam.. fuhh..


Suasana santai habis.. siap aiman boleh lepak main gitar lagi.




Maklumat lanjut boleh follow IG

Kacha Cafe

Throwback lagi.. sessi makan sebelum diet Atkins..tuan badan

Fov tempat makan kami anak beranak .. Kacha Cafe.. sebelah Sek Men Sultanah  Bahiyah.. 
lokasi sebelum flyover..

Kacha Kafe



Memang tak pernah rasa swedish meetbaal Ikea.. dan memang tak tahu macamana rasa..



Selesai Aiman punya chickenchop..

Apa ja jenis aisbleand fov aiman.. siap bawa gelas pi tambah whipped cream lagi





Monday 16 February 2015

Gulai Ikan Temenung Panas Kuala Kedah


tempat kunjungan hari cuti Jumaat atau Sabtu..
ibarat menyelam sambil minum air.. berlansungan membeli stok ikan, udang sotong
fresh baru naik dari jeti..

Kemudian lansung isi perut siap2.. ada dua kedai mcm ni.. satu dekat jeti.. kami sekeluarga
panggil kedai stress.. sebab semua pekerja asyik stress je.. mentang2 ramai pelanggan..
nak tgk depa senyum pun payah.. masam ja muka..

Satu lagi kedai kena lalu jambatan sungai yg aliran dari laut.. ni the best sebab apa
satu.. kedai member satu sekolah menengah dulu..class mate.. untung dia masih ingat
rupa kmal..
Kedua sebab sedapa dan harga murah.. kalau kita beli sotong ke udang ke.. minta buatkan
lauk no..problemmm...

Mai layan gambar ye..
semua panas..panas dan isi ikan sangat manis dan fresh.



Wednesday 11 February 2015

Egg Bruschetta



Sarapan pagi yang paling simple.. lebihan roti banquet.. buatkan screamble egg
letak cheese.. perasakan sikit.. dah siap..



sambil sarapan samping lihat anak2 ikan dalam kolam..
pagi ni.. ditemani spesis bunga water lily yang sedang berkembang.

Air tangan Anak-anak

Entry ni nak cerita keistmewaan anak2 dalam masakan..

Puding Caremal - Aiman .. kmal cuma tolong buatkan caremal ja..lainnya aiman yg buat
Tea O Ais Laici - Ayoi ni mmag pakar bab buat air..

ini air tangan mia.. asal masak apa dia nak colek dulu


ni.. kepakaran Azim Muiz.... ada 3 kali azim buat utk menu berbuka..

Jamuan ofis

Salam

Patah balik ye.. ini jamuan ofis.. memang puas dapat makan seekor kambing yang tergolek
dalam dulang.. jamuan ala  arab.. urusetia tempah dari boss Restoren Cairo yg popular di
Alor Setar.. kmal pun rajin gak lunch di restoren ni.. memang sedap..

Menu Jamuan:
Kambing Golek
Blackpepper sause
Coleslaw
Salad
Nasi Arab
Ketupat
Rendang
Tapai
Traffle

nampak mcm menu raya kan... memang pun ...