Sunday 29 May 2016

Nasi Bukhari Daging

Buat Nasi Bukhari Daging..  ni masa kami anak berapa berpuasa.. malas nak buat banyak lauk ..kmal buatkan Gulai Daging simple2 je,, buat kuah cair2 sikit.. guna periuk tekanan..kejap ja dah siap dengan air asam. Letak pudina banyak-banyak sebab penuh dalam pasu tak terusik.


Kmal: rebus daging dulu.. bagi lembut baru ikut step resepi atas dan tambah daging.

NASI BUKHARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...




Nasi Arab dan Wrap Chicken Fajitas

Buat lagi..Fajitas ayam.. in kali keberapa tak.. sebab Along suka makan. jenis2 macam ni. takut tak kenyang ada jugak menu utama tapi beli ja Nasi Arab kat Restoren Cairo ..
Fajitas ni malas pulak nak wrap-wrapkan.. letak inti sebelah lipat dua terus grill ..





Set Nasi Arab.. Ayam dan Lamb



Sunday 22 May 2016

Deco deco

Jumpa vest dgn bunga orkid di Romantika.. balik terus deco sesimple2 nye.. rasanya jarang kmal nak tunjuk deco2 rumah ni.. tunjuk yang simple2 ja untuk tatapan..

Kiki sentiasa jadi peneman setia kemasa sahaja Mia pergi.


Jalan-jalan QueenBay Penang

Throwback ...
Bila semua anak2 ada bru seronok jalan jalan makan..makan..

Kesini ja.. semua ada.. ini mungkin kali kedia beli kasut yang harga hemm.. tapi kmal ni orang jenis klasik... biar sekali sahaja beli contoh kasuh yang mahal sikit.. tapi penggunaaya boleh bertahan 10 tahun.. ccontoh kasut jenama croc beli di ipoh tahun 2007.. sampai la choc tu duk setia duk pakai mai keja tiap2 hari.. kasut ni rasanya akan pakai masa ada kursus ja kot hehe..



Nampak tak berapa ramai my bodyguard.. semua handsome2..paling takut yang pakai baju hitam tu la.. serius sangat.. tak tau la serius..nak jaga bini dia atau serius sebab bini dia dah beli kasut mahaiii.


Singgah makan kat foodcourt kat sini ja..










balik ja.. boss dah tidur.. lengan atas kepala.. haha..mimpi kasut bini dia beli..

Agar-agar koko

Agar-agar Koko

Assalamualaikum,
Untuk menghabiskan homemade susu pekat.. dapat jugak layan agar2 guna ja susu pekat, buat penyejuk tekak masa musim panas ni...



Ini homemade susu pekat ..resepi ada kat pin dibawah ..



Cakoi

Cuti sekolah kena la buat makan berat sikit..tapi rasanya percubaan ni tak berjaya la.  sebab cakoi ni rasa berat tak ringan macam beli kat pasar malam.. tapi kastard dia ok..

Hemm ..tak payah letak resepi la ni.. nnt buang masa ja..nnt nak cari resepi lain.

Makan-makan Secret Resepi

Trowback lagi... gambar2 ni semuanya kmal dah darf siap2.. tunggu ada mood ada masa nak publish ja.. masa ni saja ke Jitra.. layan anak2 yang nak makan di SR.

Ini Mia punya Banana Split.. berebut2 dengan abng-abang yang suka menyajat dia.

Meetball Spaggeti mama punya.

Peminat Lamb...Lamb Shank untuk Azim

Ini Arash punya..





Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum,

Hai.. dah buntu nak masak malam2.. last last Nasi Goreng jugak yang mudah dan cepat.. malam ni buatkan untuk anak anak Nasi Goreng Ikan Bilis.. rencah bwg2, cili api, cili merah, belacan dan ikan bilis kmal goreng dulu sekejap.. ikut mcm nak buat sambal ayam penyet.. kemudian blender.. panas minyak tumis garing..rencah tu.. masuk telor, masuk nasi.. rasa garam letak persa secukup rasa.. siap..


Ini menu kmal lauk ja..