Monday 31 December 2018

Nasi Daging Utara Noxxa

Assalamualikum,

Hari rajin.. mai mood nak masak heavy sikit.. orang Kedah kata masak sekali harung... nak masak bagi cepat.. kmal masak nasi daging dalam noxxa waktu yg sama guna periuk tekanan yg jenis lama tu buat gulai dalca dan masak putih daging atau Kurma Daging.. sementara tunggu nasi dan gulai masak kmal buat air asam kerisik...goreng parpedom.. nasi pulak time makan letak cabai hijau yg besar tu... sesuap masuk mulut sambil gigit cabai hijau..huiiii nikmat..

Persembahan set nasi ni kmal guna set pinggan mangkuk arwah mak kmal... corak ni jarang dah nak jumpa..

Nasi Daging Utara Noxxa


Sapa nak resepi..boleh rujuk sini kk..

Nasi Daging Utara 

Oleh: Azie Kitchen 

Bahan Daging
1 kg daging - dipotong kecil dan rebus hingga empuk 

Bahan Nasi

1 kg/ 6 pot beras Basmathi – basuh dan tos
Air - nisbah 1 beras: 1.5 air - atau ikut beras
Rempah - bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1/2 tin susu cair 
1 helai daun pandan
1 kiub pati ayam Maggi
2 biji buah tomato - potong 2 atau 4
3 sudu besar rempah kurma - sangai

Bahan hiris:
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 

Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi. 

Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.

Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai. 

daging, air rebusan daging, susu cair dan kiub pati ayam Maggi. Jika suka, masukkan tomato yang dipotong. Sebab guna Noxxa HP 7 minit.

Sekarang kita masuk pula bab penyediaan Air Asam Kerisik. Yang pentingnya adalah penyediaan Sambal Belacan dan yang kemudiannya di gaul dengan bahan bahan lain. 

Untuk menambah keenakannya, kerisik mestilah yang dibuat sendiri dari kelapa parut yang digoreng. Jom layan resepi di bawah ini...


Air Asam Kerisik

Bahan kisar: Sambal Belacan
10 tangkai cili merah 
10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah
1/4 ketul belacan
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Gula

Bahan lain:
2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis
2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis
Sedikit kerisik - dari 1/4 biji kelapa parut
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar pes asam jawa
Sos tomato 
Sos cili 

Cara cara:
Campur Sambal Belacan dengan bahan bahan yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging. 

Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing sehingga berminyak untuk dijadikan kerisik. 

Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato serta serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga semuanya berpalut rata. Sedia untuk dihidangkan. 





KURMA DAGING
Bahan-bahan:
1 kg daging dipotong ikut suka
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 batang serai*
2 inci halia*
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 peket rempah kurma adabi
2 biji cili hijau belah 2
2 biji cili merah belah 2
1 biji bawang besar potong bulat
1 biji tomato belah 4
garam & serbuk perasa
.
Cara-Cara Penyediaan:
.
Kisar bahan bertanda (*), panaskan minyak tumiskan halia, bunga lawang dan kayu manis masukkan bahan yang telah dikisar, tumiskan hingga naik bau, perlahankan api, masukkan pula rempah kurma, tumiskan sekejap, tuang sedikit air, masukkan daging, kalau guna pressure cooker tutupkan dan masak dalam lebih kurang 30 minit, biarkan dalam 10 minit, tuangkan dalam kuali, teruskan langkah seterusnya, kalau guna periuk biasa masaklah hingga daging lembut. Masukkan kentang, biarkan hingga kentang lembut
masukkan santan, garam dan serbuk secukup rasa, masukkan cili merah dan cili hijau, akhir sekali masukkan bawang dan tomato, tutup api, sedia untuk dihidang.
selamat mencuba..




Saturday 17 November 2018

Resepi Sandwish Kebab

Assalamualaikum,
Menu2 yang sempat buat utk lauk.. kmal guna rempah segera dari Naim Gulai Semilang.. ada rempah kurma, gulai, asam pedas, sambal ikan sumbat, rempah rendang semua sedap dan terbaik la.. ni Kurma guma rempah segera cuba tambah air kentang dan ayam ja..

Kurma Ayam

Ini yg ada dalam stol kmal

Telor Taucu

Ini makan Malam..buat Sandwish Kebab guna roti pita. dan daging burger
Sandwich Kebab
lupa nak simpan ..resepi.. buat dah lama..
SANDWISH KEBAB
BAHAN ROTI 
6 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti, mat guna kaler kuning
BAHAN INTI 
2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air
BAHAN LAIN 
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan
CARA MEMBUATNYA 
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.
UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....

Monday 22 October 2018

Nasi Mandy Ayam/Lamb Noxxa

Assalamualaikum,

Post tertunggak..
Ini masa buat Nasi Arab Lamb/Ayam Mandy..
sangat puashati kalau dapat buat sendiri puas makan anak beranak..
boleh letak cili hijau..sesuap masuk mulut krup krap sambil gigit cili hijau..itu la nikmat..

Selalu kmal kan buat jika semua anak2 ada dirumah..
Presentation pun kmal buh dalam dulang, nak bagi rasa aura macam makan kat restoren nasi arab.

Nasi Arab Mandy Lamb/Ayam
ini cara kmal buat

Nasi Mandy Ayam/Lamb Noxxa
tempoh penyediaan 1 1/2 jam
Step Pertama
sila basuh beras 8 pot noxxa dan rendam dlm tempoh 25 minit
Step Kedua
1 ekor ayam belah 4
10 keping Lamb shouder
5 sudubesar Rempah Mandy ( guna jenama AL-HEXA)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam
1 1/2 sudu besar garam
Caranya:
gaul ayam dengan semua bahan.. masuk dalam inner noxxa
masuk air sama paras dgn ayam/Lamb
HP25 minit
Step Ketiga Salatah dan Sos Salsa
sementara menunggu ayam dan lamb yg direbus.
Sos Salsa
6 biji cili merah
8 biji cili api
2 biji cili hijau
4 ulas bawang putih
sepokok daun ketumbar
Garam, gula dan perahan Lemon secukup rasa
Caranya:
Blender cili merah, cili api, cili hijau, bawang putih dan daun ketumbar dgn air
masuk dlm bekas.. masukkan garam, gula dan perahan hingga secukup rasa.
Salatah
2 biji timun dadu
4 biji tomato dadu
Segengam Pudina hiris
segengam daun ketumbar hiris
1 biji bawang besar dadu
1 biji cili hijau hiris
garam, gula dan perahan lemon secukup rasa.
Caranya:
Gaul semua sebati rasakan dgn garam , gula dan perahan lemon
Step Keempat
cukup 25 minit.. lepaskan steam.. toskan ayam dan lamb.. air rebusan ketepikan dulu..
Susun ayam dan lamb dalam loyang yang dilapik Alimuniumfoil..letak hirisan bawang besar dan lemon.. sapu atas ayam dan lamb dgn minyak yg dah dicampur dgn pewarna oren.. bakar dlm oven yg telah dipanaskan 200 C sekejap ja tgk hingga garing sahaja.. sbb ayam dan lamb dah lembut sangat masa rebus tadi.
Step Kelima
Masak Nasi
8 pot beras yg dah diremdam dan ditos
Bahan tumis
4 sudubesar minyak sapi
pelaga, kayumanis, cengkih,
daun pandan dan sedikit daun ketumbar
2 biji bawang besar dadu
6 biji bawang putih
2 inci halia hiris
1/2 cwn kismis.. kmal tak letak sbb tak dak
8 cwn noxxa air rebusan..
Sup
air rebusan selebihkan kita buat sup..cuma panaskan je..tambah garam sikit
Pewarna Oren dan Kuning Telor
Caranya:
Guna Stirfry.. tumis bahan2.. masuk beras..gaul hingga beras nmpk garing, masukkan air rebusan off stirfry.. tutup HP7 minit..
cukup 7 minit..lepaskan steam..gaul sebati.. titik2 kan pewarna oren dan kuning telor.. terus tutup semula.. steam 3 minit.. cukup masa buka gaulnasi bg sebati dgn pewarna.. siap..
***Opp jangan lupa jenguk2 ayam dlm oven ..



Menu tanpa warna

Assalamualaikum,

Bila ditengok balik pic ni baru perasan menu hari ni kebetulan warna sekata je..
tak dak riang ria warna warni.. tapi yang penting kena sedapkan..

Angel Hair Alio Aglio ..


Kuih Cara Berlauk

Ayam Halia

Masal Lemak Putih Bayam..

Homemade Cheese Nan dan Ayam Tandoori

Assalamualaikum..

Aihh banyak pulak post yg duk dlm draf..kmal letak dulu pic..nanti senang2 kmal update letak resepi na..

Homemade Cheese Nan dan Ayam Tandoori









Spaghetti Meetball

Assalamualaikum,

Arash bawa balik meetball dari Ikea..
Lebihan meetball ikea.. mlm ni..buatkan spaghetti pulak.. buat lebih..
dapat jugak kawan ofis merasa..


Seoul Garden XTVT memask dgn anak-anak

Assalamualaikum,

Ok.. throwback lagi..sambung cerita lepas makan durian..

Lepas kenyang makan durian di Kg Genting Balik Pulau.. Along bawa ronda Balik Pulau, sehala nak ke jeti utk singgah Gurney .. mama belanja pulak anak- anak makan ala kore kat Seoul Garden.. seronok.. sbb anak2 semua minat buat sendiri.. mama pulak yang tak menang nak makan.. masa anak2 kecik2 kalau makan kat sini mama tak menang tgn duk siapkan makanan anak2 kena ambik bahan grill bg anak2 makan sekarang anak2 pulak tolong masakkan utk mama sampai tak menang mulut nak makan.. Along tolong grill, arash tolong grill.. masing2 ada tugasan.. mama tadah pinggan.. makan ja.. dulu2 mama la yg buat semua ni.. anak2 makan je. sekarang mama dah boleh relax sambil nikmati lamb grill panas2 balut dalam salad..dan ngapp je..










Durian Balik Pulau

Assalamualaikum,

Throwback sbb jumpa dalam draf..terlupa nak publish dalam blog.. kena simpan utk kenangan.

Ceritanya..
Kali ke 2 datang Kampung Genting Balik Pulau, kali pertama dapat rasa sebiji je..sbb kami pi tak book awal2.. kali ni .dipenghujung musim durian dah nak berakhir.. Along siap book..sebelum nak pergi buat siap..siap pulut.. nnt boleh makan dengan durian..







Budak Azim ni tak makan durian ..nasib ada bekai Nasi Lemak..