Showing posts with label Nasi Arab. Show all posts
Showing posts with label Nasi Arab. Show all posts

Monday, 22 October 2018

Nasi Mandy Ayam/Lamb Noxxa

Assalamualaikum,

Post tertunggak..
Ini masa buat Nasi Arab Lamb/Ayam Mandy..
sangat puashati kalau dapat buat sendiri puas makan anak beranak..
boleh letak cili hijau..sesuap masuk mulut krup krap sambil gigit cili hijau..itu la nikmat..

Selalu kmal kan buat jika semua anak2 ada dirumah..
Presentation pun kmal buh dalam dulang, nak bagi rasa aura macam makan kat restoren nasi arab.

Nasi Arab Mandy Lamb/Ayam
ini cara kmal buat

Nasi Mandy Ayam/Lamb Noxxa
tempoh penyediaan 1 1/2 jam
Step Pertama
sila basuh beras 8 pot noxxa dan rendam dlm tempoh 25 minit
Step Kedua
1 ekor ayam belah 4
10 keping Lamb shouder
5 sudubesar Rempah Mandy ( guna jenama AL-HEXA)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam
1 1/2 sudu besar garam
Caranya:
gaul ayam dengan semua bahan.. masuk dalam inner noxxa
masuk air sama paras dgn ayam/Lamb
HP25 minit
Step Ketiga Salatah dan Sos Salsa
sementara menunggu ayam dan lamb yg direbus.
Sos Salsa
6 biji cili merah
8 biji cili api
2 biji cili hijau
4 ulas bawang putih
sepokok daun ketumbar
Garam, gula dan perahan Lemon secukup rasa
Caranya:
Blender cili merah, cili api, cili hijau, bawang putih dan daun ketumbar dgn air
masuk dlm bekas.. masukkan garam, gula dan perahan hingga secukup rasa.
Salatah
2 biji timun dadu
4 biji tomato dadu
Segengam Pudina hiris
segengam daun ketumbar hiris
1 biji bawang besar dadu
1 biji cili hijau hiris
garam, gula dan perahan lemon secukup rasa.
Caranya:
Gaul semua sebati rasakan dgn garam , gula dan perahan lemon
Step Keempat
cukup 25 minit.. lepaskan steam.. toskan ayam dan lamb.. air rebusan ketepikan dulu..
Susun ayam dan lamb dalam loyang yang dilapik Alimuniumfoil..letak hirisan bawang besar dan lemon.. sapu atas ayam dan lamb dgn minyak yg dah dicampur dgn pewarna oren.. bakar dlm oven yg telah dipanaskan 200 C sekejap ja tgk hingga garing sahaja.. sbb ayam dan lamb dah lembut sangat masa rebus tadi.
Step Kelima
Masak Nasi
8 pot beras yg dah diremdam dan ditos
Bahan tumis
4 sudubesar minyak sapi
pelaga, kayumanis, cengkih,
daun pandan dan sedikit daun ketumbar
2 biji bawang besar dadu
6 biji bawang putih
2 inci halia hiris
1/2 cwn kismis.. kmal tak letak sbb tak dak
8 cwn noxxa air rebusan..
Sup
air rebusan selebihkan kita buat sup..cuma panaskan je..tambah garam sikit
Pewarna Oren dan Kuning Telor
Caranya:
Guna Stirfry.. tumis bahan2.. masuk beras..gaul hingga beras nmpk garing, masukkan air rebusan off stirfry.. tutup HP7 minit..
cukup 7 minit..lepaskan steam..gaul sebati.. titik2 kan pewarna oren dan kuning telor.. terus tutup semula.. steam 3 minit.. cukup masa buka gaulnasi bg sebati dgn pewarna.. siap..
***Opp jangan lupa jenguk2 ayam dlm oven ..



Monday, 22 August 2016

Gantung Periuk Arabian Delight Alor Setar

Assalamualaikum,

Ha..ha.. senyum.. mama kali ni..tak payah fikir nak masaka apa.. siap tempah lagi.. tagi full.
Kmal suka sangat makan Nasi arab sambil gigit cili hijau.. sebelum ni pergi makan dah tak letak pulak cili hijau ... jadi tak nak patah selera nanti bawa sendiri cili hijau dari rumah... ha..makan sampai keluar air mata.. itu lah nikmat..

Selalu kalau cukup semua nak beranak ada.. set yang ditempah.. 1 set 3 org makan lamb dan 1 set 3 org makan chicken.. tapi kalau bulan puasa order untuk 1 set 2 org makan dah.. sebab nnt boleh tambah FOC.

Bulan puas baru ni 2 kali kami sekeluarga berbuka disini tapi kena book awal.. memng puashati..makanan boleh tambah tak kira lamb ke ayam ke.. air dari yaman katanya FOC jugak.

Lamb Mandy

Chicken Mandy


Ini yang dibawa dari rumah.. cili hijau dan Min Cafe..


Minuman mama dan ayah wajib teh dan kopi arab..

Sunday, 29 May 2016

Nasi Bukhari Daging

Buat Nasi Bukhari Daging..  ni masa kami anak berapa berpuasa.. malas nak buat banyak lauk ..kmal buatkan Gulai Daging simple2 je,, buat kuah cair2 sikit.. guna periuk tekanan..kejap ja dah siap dengan air asam. Letak pudina banyak-banyak sebab penuh dalam pasu tak terusik.


Kmal: rebus daging dulu.. bagi lembut baru ikut step resepi atas dan tambah daging.

NASI BUKHARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...




Sunday, 22 May 2016

Makanan Arab lahhh..

Jamuan ofis...lengkap dengan semua bahan bahan roti arab.. ada roti, jeruk, sos dia, humus, farafel apa tu macam begedil dari kacang kuda dan kucai, colaslaw.. lengkap la.. dan kenyang sangat..


Nampak..nampak.. penuh pinggan..
oh ya.. saya masih jual qaseh gold ya.. untuk maklumat lanjut boleh klik tepi kat page Amal Qaseh.

Tuesday, 11 November 2014

Nasi Mandy Ayam jamu ofismate



Assalamualaikum..
Throwback..
Jamuan raya khas untuk kawan2 ofis.. kebetulan masih cuti lepas balik kg..
saja call kawan2.. mai rumah.. ingat nak buat simple2 ja.
Pagi kul 8.00 dah ajak hero2 jd bodyguard utk bawa barang2..
tanpa dirancang.. mejadi jugak buat pertama kali cuma buat sendiri Nasi Mandy.
Kul 12.oo terpacak siap semuanya selepas bersilat seorang diri didapur.
Sesiapa nak resepi  sila ke blog azie.. kmal ambik dari situ siap ada step by step lagi.

Hemm.. apa menunya..
Nasi Ayam Mandy
Side dishnya salata, sos cilinya
Seafood Olio
Salad dengan simple dressing
Kek Keju Leleh dan Kek Victoria Sandwish

Alhamdulillah dapat jamu semua kaum hawa satu ofis datang. Tuan rumah siap hidang
Nasi Mandy dalam talam lagi supaya dapat mengeratkan kan siratulrahim.. makan ramai2
dalam satu talam.






Monday, 1 September 2014

Makan Sedulang di Arabian Deight

Nasi Mandy Ayam/Lamb Arabian Delight


Bestnya ... rasa mesra pulak makan sedulang macm ni.. berebut2..
Kmal order 1 dulang, 1 dulang untuk 4 org makan Lamb Mandy
satu lagi utk seorang makan ayam Mandy..
Aiman pulak order Shawarma..




Ini masa lepas raya.. sebelum anak2 balik U dan kolej.. bawa anak2 makan.. lepas ja
sekali makan nasi arab ni terus suka dan dah 3 kali kmal buat sendiri jamu kawan2 ofis.
dan makan kami anak beranak.. tak perlu byk lauk buat salata dah cukup.


masa ni Mia tidur tak ingat apa dah.. letih seharian tak tidur, asyik main dengan abg2 ja.



Testimoni Qaseh
Terbaik untuk mereka yang mengidap gastrik..
PM/Whatsapp Amal 013-5939468