Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts

Saturday, 9 June 2018

Menu Berbuka Fov Anak2

Assalamualaikum..
Jom tengok lauk-lauk fov anak dan suami..paling depa suka ni ha masak tempoyak.. kalu balik kg otw balik wajib singgah RnR Kuala Kangsar pekena Patin Masak Tempoyak..
satu lagi mix vege ala chinese style.. pemanis buat Puding Laici resepi chef Hanieliza dan stok frozen Rosella..betoi dak eja ni lantak la..

Mix Vege ala Chinese Style

StirFry Mix Vege
Resepiku
Sayur Campur/stirfry mix vege
Bahan-bahan:
1 pek pak choy
1/2 biji karot
1 btg salery
Cendawan tiram
cendawan shitake
cili merah
*semua sayur dihiris

Bahan tumis:
3 biji cili api titik
2 biji bawang putih cincang
1 biji bawang besar dipotong kasar sikit

Sos:
2sb sos tiram
1 sb soysouce
sedikit minyak bijan
1/2 kiub pati ayam
1 sb lada putih
sedikit garam
* satukan semua hingga sebati

1 cwn air
1 sb tepung jagung disebatikan dlm sedikir air

Caranya:
Panas minyak..masuk bahan tumis, garing sikit, masuk bahan sos kacau sebentar masukkan air dan semua sayur, mendidih masukkan air tepung kacau hingga pekat.
siap.


Ikan patin puas cari tak dak balik ganti dengan ayam..

Masak Tempoyak Ayam
 Resepiku

Ayam Masak Tempoyak
Bahan-bahan:
Ayam dlm 10 ketul dipotong sedang
1 helai daun kunyit dicarik2
3 tangkal daun kesum
1/2 biji timun dibuang biji
3 cwn air
1 btg serai dititik
3 sb tempoyak
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk:
5 biji cili api..nak pedas boleh tambah
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1cm kunyit hidup boleh tambah jika suka

Caranya:
Dalam periuk masukkan bahan tumbuk, tempoyak, serai, air dan ayam..
masak hingga mendidih.. masukkan timun, daun kunyit dan dan kesom.
Biar mendidih sekali lagi. rasakan garam..kacau..siap.




Saturday, 27 May 2017

Ramadhan 1 2017



AAssalamulaikum..
Alhamdulillah dapat lagi keizinan Allah untuk kita nikmati Ramadhan kali ini..
Sebagai ibu yg mempunyai anak lelaki ramai.. selera tinggi.. kalu semua perlu dibeli mmg jenuh jugak la..
Jadi kena la merajinkan diri.. mana terdaya nak masak sendiri.. masaklah boleh la jugak berjimat..
Semalam menu Ramadhan hari 1
Menu
Rendang Ayam Maman.. puasa baru hari pertama.. dah buat rendang  macam nak raya..nasih tak jumpa lemang.. kalau takmelok sangat ghuu dia..

Rendang Ayam Maman.. N9

 buat stok untuk frozen sekali.. dapatla 2 bekas.. Popia Isi Ketam. berCheese



Sayur hanya buat yang simple buat SUp Cendawan ja..



Selera kmal nak makan cucur udang berjagung .. cicah dgn  kuah Kacang resepi dari Arwah Mama




Anak..anak pergi bazar just pi beli air tebu sahaja.. Alhamdulillah



Sunday, 5 June 2016

Menu Berbuka

Assalamualaikum, Insyaallah, esok kita bertemu Ramadhan lagi.. moga dipermudahkan segala amalan dibulan yang mulia.. Maaf jika saya ada terlanjut kata.. Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan.

Ini menu-menu berbuka kmal pada tahun lepas.. nnt kan menu2 untuk tahun ni pulak Insyaallah.




Monday, 2 May 2016

Ayam Pandan

Salam 1 Rejab,
Alhamdulillah dapat berpuasa sekeluarga kecuali si Mia.. menu pun menu yang simple yang sempat dibuat dengan cepat.. balik ofis pun dah kul 6.00. Kelam kabut jugak..tapi berjaya jugak siapkan sup tulang.. dalam masa sejam.. sebab guna periuk tekanan kemudian buat Ayam Goreng Pandan..goreng panas-panas sebelum berbuka..pemanis mulut buat Sago Gula Melaka.. sago tu kmal buat siap-siap malam sebelum sekali dengan gula dan santan.. maka..lengkaplah hidangan berbuka puasa kami sekeluarga.

Ayam Pandan

Sup Tulang dan Sambal Penyet yang sentiasa ada stok berulamkan salad dan zukinni.


Sago Gula Melaka

Buatkan dalam bekas macam ni jimat masa.. nak makan sudukan aja.

Wednesday, 29 July 2015

Menu Ramadhan 16

Throwback Menu Ramadhan 16

Buat
Asam Pedas atau org kedah panggil pindang ikan
Sotong Goreng Kunyit
Sambal daging tetel
Kangkung Goreng
Kuih popia dan samosa lebihan yg difrozen.
Menu kmal mee kari



Tuesday, 28 July 2015

Menu Ramadhan 14 dan 15

Trowback.. Menu Ramadhan 14 dan 15  sekali harung.. sbb buat Butter Chicken 2 hari berturut.. atas permintaan anak2..

Butter Chicken
Butter Chicken

Bahan untuk perap
ayam boneless
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji telur

Bahan menumis
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar dadu
2 ulas bawang putih cincang
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari segar
1/4 cawan susu cair
garam gula secukup rasa dan lada sulah
secubit pati ayam atau secukup rasa

Cara membuatnya
1. Perap ayam minima 1 jam 2 .
2. Panaskan kuali, cairkan mentega
3. bawang besar dadu, bwg putih,cili padi dan daun kari hingga naik bau
4. Tuangkan susu cair dan diikuti bahan-bahan lain 5. Masak hingga kuah agak memekat dan 

sesuaikan rasa

Disebabkan kmal x makan nasi waktu berbuka.. kmal rebus je pasta Angel Hair.. makan dgn butterchicken.. not bad.. boleh buat lg mcm ni.

Pasta Angel Hair dgn sos Butter chicken

Hari ke 15 buat lagi Butter Chicken, lauk lain  buat Asam Pedas daging Tetel, Sayur Kobis, cucur Jagung.. menu kmal beli je.. mee kari dot..





Menu Ramadhan 13

Throwback Ramadhan 13
Anak2 nak makan Nasi Ayam..
Nasi Ayam Set
Ayam Goreng Madu
 Tauge Kicap
Ayam Mentega/Chicken Butter
Cucur Keria dan Pie Tie


 
 
  
  
 

Monday, 27 July 2015

Menu Ramadhan 12

Menu Ramadhan 12.. buat apa  kali ni merajinkan diri buat Pie Tie.. kulit beli je.. sbb nak buat acuannya tak dak..

Lauk pulak buat gulai lemak udang dgn buncis dan keledek. sbb nak habiskan stok.
Ayam masak tauhu.. tak sempat nak snap pic satu satu..
Broccoli Bawang Putih my fov..
Kuih Samosa dan popiah..aduhh ..ini hari rajin tau.. penuh meja. tapi buat untuk frozen sekali.


Gaya puteri Mia.. sebelum berbuka




Sunday, 26 July 2015

Menu Ramadhan 11

Throwback..
Menu Ramadhan 11.. buat kuih orang tua lagi.. kali ni buat pulut sekaya.. firsttime buat.. kira ok la
rasapun senap.. tepati citarasa.. screenshot ja tgk resepi..

Pulut Sekaya

Lauk pulak buat Paprik Campur.. lebur ja apa yang ada ..





 Selain Keowteow Goreng tambah lagi lauk sayur sawi

nampakkk.. tangan mia yang tak sabar.. itu je.. alhamdulillah..




Resepi Pulut Sekaya .. kmal screen shot je..