Saturday, 10 April 2021

SUSHI KING

 Assalamualaikum...

Baru nak belajar makan Sushi King.. tu pun nasib arash nak belanja mama ayah dan adik2

dapat la merasa..selalu duk lalu kat AC dengan mia nak masuk tapi tak reti nak order..

ni ja menu2 yang kami anak beranak 

Yang ni paling sedap oyster.. dlm kulit tiram.. dan sotong..

 
kacang ni best boleh habis 3 pinggan..klu dpt 




ni yg kmal dgn mia pi makan 2 beranak kami.. pekena MEE TARIK




Monday, 21 September 2020

KoreanFood Tteokbokki

Assalamualaiku, pertama kali nak cuba buat korean food , teringin nak makan apa tu tteokbokki, nak beli lambat sangat google je cari resepi buat rice cake.. kali pertama cuba buat rice cake tu jadi liat sbb tgk resepi guna tepung pulut. saja. gagah buat juga, 
sebab
tak puas hati cari lagi hasilnya boleh dianggap ok walaupun mmg tak pernah makan dan rasa dan tahu mcmana tekstur rice cake tu, tgk tekstur gedik semacam ja, kira pass la tu 



ni rice cake homemade kmal
nak simpan resepi kat sini sapa nak cuba ambil la.. doakan kmal sihat dipjgkan umur dlm keberkatan Allah SWT sahaja.

Bahannya:
1/2 pek tepung pulut
3 sudu besar tepung beras
air secukupnya
sedikit garam
sedikit minyak bijan

Caranya:
Satukan bahan diatas uli menjadi doh letak air sikit uli hingga jadi mcm buat buah melaka,
doh jangan lembut sangat jgn lembik sangat, kemudian amik sikit gulung panjang, dan potong pjg sejari, selesai semua doh.
Didihkan air letak minyak sikit, masukkan doh yg dipotong tadi, masak hingga timbul mcm masak buah melaka, angkat tos dalam air sejuk, boleh pek utk frozen atau terus buat sos dan buat tteokbokki.



Bawah ni bahan lain utk tteokbokki..selain rice cake, daging tu kmal guna daging burger ja
Utk sos dia pulak

Bahan2 kmal agak ja na:
1 peket sos korea Adabi
1 sb cili boh Adabi 
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
secubit garam dan gula
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih cincang

Caranya dlm pan yg dalam masukkan semua bahan masak hingga mendidih, masa nak makan masukkan semua bahan2 sampingan ni
telor rebus
rice cake
daging burger
fishcake
hotdog
crab stick
Carrot, kobis, cendawan enoki, daun bawang 
suka cheese boleh letak slice cheese
 dan maggi
tabur bijan utk hiasan..siap..


Sunday, 20 September 2020

Cakoi aka paktuku cicah sekaya pandan





Buat cakoi atas permintaan mia.. lama dah duk suruh mama buat

Cakoi Gebu
Bahan2
300 gm tepung gandum
1 biji telor
2 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1 cawan air
1/2 pekeyt yis
1/3 cawan minyak

Caranya
gaul semua bahan kering dulu sebatikan, masuk air dan telor uli hingga jadi doh, masukkan separuh sukatan minyak dulu, uli sebati dan habiskan sukatan minyak uli hingga jadi doh lembut, 
Tabur tepung atas papan canai.canai ketebalan 5 mm..tak perlu yebal dan jgn nipis sangat,
potong doh 10cm x 20cm, potong pulak 2cm setiap satu, letak atas bekas yg ditabur tepung, ambil segelas air celup lidi letak atas sekeping doh dan tindih sekeping lagi.supaya berlapis. ketepi kan biar kembang, buat hingga habis doh, dah kembang naik boleh la digoreng hingga keperangan angkat toskan
kmal buat cicah dgn kaya pandan homemade

Sekaya Pandan
Bahan-bahan
5 tangkai daun pandan diblend ambik jus saja dlm 1 1/2 cawan
1 cawan santan
3 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Caranya,
Gaul semua sekali dan tapis dulu masuk dlm periuk, kacau hingga dapat kepekatan yg dikehendaki, siap.






 

Tuesday, 10 September 2019

Cucuq Nasi

Assalamualaikum..
Sekali sekala pinggan2 antik jangan buat hiasan saja kena guna tau..

Terpaksa cuti hari ni.. kena la teman Mia kat rumah abg2 masing2 ada hal.

Pagi ni kita sarapan Cucur Nasi ikan bilis.. macam makan kat kg pulak bila guna pinggan2 antik makmertua.. jangan buat hiasan saja.. 

ni resepi sapa2 nak buat..
Cucur Nasi + Bilis

Bahan-bahan:
3 senduk nasi..lebihan semalam
segengam ikan bilis 
1 biji bwg putih
1 biji bawang merah
BLEND SEMUA NI DGN AIR AGAK2 paras nasi

2 biji bawang besar hiris nipis
2 biji cili merah dadu
1 pokok daun bawang
1 biji kentang saiz besar di sagat
1 sk serbuk kunyit (option)
1 sk serbuk perasa kmal guna(knorr pasti sedap)
garam secubit
3 cwn tepung klu suka tekstur keras sikit letak 4 cwn.. kmal suka garing diluar lembut didalam
air dalam 1/2 cwn.. agak2 ye.
SEMUA NI SATUKAN DLM MANGKUK BESAR + dgn Bahan blender gaul sebati
panas minyak goreng ..




Monday, 19 August 2019

Throwback Layan perut di Black Canyon

Assalamualaikum.. cerita sebelum puasa ni..
Throwback punya cerita..sayang boleh buat kenangan... bila anak2 semua dah besar kenangan dengan anak2 la yang paling berharga sementara mereka belum bekerja dan berkahwin.. sedih juga bila ingat nnt mereka akan tinggalkan kmal... bagi kmal anak2 adalah nyawa.. hilang sorang walaupun pergi belajar hilang semangat sedikit dalam diri ni...

Ini rutin Along tiap kali dapat gaji.. kewajipan dia akan mulakan dengan belanja mama ayah adik2 makan kat luar... agaknya ikut perangai kmal... suka belanja anak2 makan tiap kali dapat gaji.. mmg kmal suka mulakan dengan itu dulu .. rasa puas.. tak kira la makan di warung medan ka atau makanan segera yg up up sikit tu janji kmal puas dapat gembirakan anak2..

Kali ni Along belanja mama dna adik2 makan Black Canyon... semua sedap.. ayah macam biasa la asyik outstat.










Tuesday, 23 July 2019

Hainan Chicken Chop

Homemade Hainan Chicken Chop
7 ketul ayam kmal buat..ingat tak habis.. dengan hero2 dalam rumah ni habis jugak.




Monday, 17 June 2019

Homemade Mee Sup dgn Dumpling/Wantan

Assalamualaikum

Fov jadi..kmal buat lagi..

Balik dari keja singgah Giant..beli dada ayam ingat nak buat sosej utk anak.. tp. terasa mcm nak buat dumpling.. nak buat kulit malas..beli yg dah siap.. doh mee ada lg dl frezzer..keluarkan..potong la cara org malas.. buat inti.. siapkan dumpling dulu.. buat sup.. siap..utk malam ni.

Homemade Mee Sup Dumpling