Tuesday, 26 April 2016

Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit

Menu makan malam yang sangat2 simple dan sekejap ja.. balik ofis.. masak nasi.. perap ayam dgn garam kunyit dan lada putih.. selepas maghrib.. terus buat ayam goreng kunyit.. nasi yang dah sejuk sikit kmal cuma tumis guna minyak gorengan ayam tadi.. letak secukup rasa , garam sikit dan lada putih.. siappp..

Nasi Goreng Ayam Kunyit


Ayam Goreng Kunyit

Nak resepi

Resepi Ayam Goreng Kunyit Daun Kari
sumber : Dapur Mat Gebu – DTS
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana
1 camca besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji cili merah, hiris – saya letak 6-8 biji cili padi dan masukkan sebiji2
1 biji cili hijau, hiris
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang serai, dititik
CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu.
Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh).
Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).

Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2.
Angkat dan toskan.
Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..



No comments:

Post a Comment