Monday, 2 May 2016

Acar Rampai

Fov ni.. sebab tu usaha cari resepi , jumpa kat blog mat gebu..rasa memeng sedap.. lain kali buat nak lebih sikit minyak. sebab nampak kering.

Acar Rampai

Resepi 
Sumber dari blog Mat Gebu

ACAR RAMPAI
1 biji timun
1/2 btg karot
8 biji bawang merah belah 2 tiap satu
5 ulas bawang putih belah 2 tiap satu
1/2 inci halia hiris halus
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 btg kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 sudu kecil biji sawi*
3/4 camca teh serbuk kunyit
4 camca besar cuka makan
1 camca besar bijan.. goreng tanpa minyak hingga wangi
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji buah keras

Cara Membuatnya:
Timun dibuang empulur dan dihiris jejari. Karet buang kulit. potong 2 atau 3 hiris jejari. Cili merah cili hijau, buang biji hiris jejari, basuh semua dan tos.
Panas minyakmdalam kuali.. tumis bahan bertanda (*), bawang putih, bawang merah , halia hingga harum, kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk kunyit masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan cuka makan dan gula (anggaran 2 camca besar) dan sedikit garam. Kavau sebati dan masukkan lobak merah, masak hingga pekat dan lobak merah lembut sikit. 
Masukkan timun, cili merah dan cili hijau. Kacau sebati dan masak sekejap. rasa.. dan tambah garam gula jika perlu.
Matikan api.. dan boleh taburkan bijan semasa menghidang.. boleh dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi jagung bersama lauk2 lain.. nak ratah saja pun sedap.. rangup..

Kmal buat nasi jagung, berlaukkan Ayam masak merah dan acar ni..  dan dapat petua untuk menyenangkan sukatan nasi brasmati,, agak elok jadinya.. 
Contoh pic dibawah.. basuh beras, rendam dlm sejam.. ambik satu lagi bekas yg serupa..letak bekas bersebelahan, masukkan air tapis dlm bekas kosong hingga dapat paras yg sama dgn paras beras. Itulah sukatan air yg patut diguna.. tak perlu tambah air lagi.

No comments:

Post a Comment