Thursday, 30 March 2017

Lamb Chop Noxxa

Assalamualaikum..

Menu malam.. percubaan buat Lamb Chop guna Noxxa
Lamb diperap dulu.. lagi lama lagi bagus... nak senang beli ja yg dah siap perap di supermarket tu,

Masa nak makan.. masuk lamb ug dah diperap ke dalam inner noxxa HP 15 minit.. 

Jus yg keluarkan boleh dimasak asing untuk buat gravy.. 
Side dish buat la simple2 salad.. 




Kmal suka kan resepi dari blog Ita Masam Manis.. selalu guna resepi ni..
bahan-bahan mmg byk tapi boleh skipkan bahan2 yg tak de dalam stok..rasa masih sedap tau..

LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah
10 keping kambing Lamb Shoulder
Bahan Perapan:
8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam
Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman.
BLACK PEPPER SAUCE
Bahan:
40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu
Caranya:
Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air
Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata


Dressing untuk Salad cuma campurkan Jus Lemon, garam, lada hitam, madu, minyak zaiton dlm jar tutup gongcang.. nak makan tuang je dressing atas salad. Salad pun kmal beli mix salad siap2..cuma tambah sayur2 lain yang ada dalam petiais.



No comments:

Post a Comment