Assalamualaikum..
Sesiapa yg suka simpan stok daging kisar tu.. jom tengok kegunaan daging kisar..
kalau bulan puasa memang sesuai sangat lah...
Di bawa boleh rujuk beberapa resepi yang kma selalu buat mengunakan stok daging kisar..
Daging Goreng Daun Selasih/Daging KarapauSesiapa yg suka simpan stok daging kisar tu.. jom tengok kegunaan daging kisar..
kalau bulan puasa memang sesuai sangat lah...
Di bawa boleh rujuk beberapa resepi yang kma selalu buat mengunakan stok daging kisar..
Daging Goreng Daun Selasih/Daging Karapau
Bahan-bahan
1 cawan daging kisar segar-kmal guna daging cincang ramly ja
2-3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji cili merah *
2 biji cili padi - ketuk
2 tangkai daun selasih (kmal letak segengam)
1 sudu besar sos tiram
kicap ikan/nampla dan garam secukup rasa
sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara
1. Tumbuk separuh lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan 2-3 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk biar naik bau, masukkan daging dan masak hingga daging bertukar warna atau masak.
3. Masukkan semua bahan lain dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi sekadar daun selasih layu dan daging kering sikit.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan telur mata. jadikan lauk bubur nasi pun sedap.
Murtabak Roti Cheesy.
Murtabak Roti Cheesy.
Bahan-bahannya
✦ 12 keping roti Gardinier
✦ 1 biji bawang besar dipotong dadu
✦ 2 ulas bawang putih potong halus
✦ 1 paket daging hancur(Ramly burger)
✦ 1 biji cili merah potong halus
✦ 3 1/2 sudu besar rempah kurma
✦ 1 biji ubi kentang dipotong dadu
✦ 5 biji telur
✦ 2 cawan susu segar
✦ 1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.
Amboiiiii~ Memang nangis la makan Mertabak Roti Cheesy ni kejap lagi. Sedapnyeeee. Okey korang! Selamat mencuba
Cara Berlauk
Lauk Kanji
Ini stok daging kisar yang selalu kmal siap utk dibekukan ..nak guna keluarkan aja.
Rosella
Roti Kerca
Roti Kerca
Cara nak buat roti ni lebih kurang mcm nak buat lempeng je..cuma cair sikit je..
biar boleh digelek2 dlm pan non stick tu.
Jom tgk resepi..
ROTI KERCA
Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air
CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan
terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat
kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serung.
BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat
UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang
CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.
Ini rupanya..Kuah Roti Kerca..rasanya pedas2 macam ala2 sos spaggeti..
ini boleh dikatanya pasta org melayu.
No comments:
Post a Comment