Sunday, 6 May 2018

Nasi Goreng Kimchi my style

Selamat menjamu selera.. balik keja ja terus kedapur habiskan baki nasi yang masak semalam.. hari ni buat Nasi Goreng Kimchi.

Nasi Goreng Kimchi
Bahan-bahan:
5 cawan nasi sejuk
Sedikit Daging atau Ayam dihiris halus dan nipis
1 cwn kimchi dipotong kecil
1/2 biji bawang holand potong dadu
2 biji bawang putih cincang 
1 pokok daun bawang
1 biji telor
1 sb sos gochujang/1sk cili kisar
1 sb kicap cair
Caranya:
Panas minyak, masuk bawang holand dan bwg putih hingga layu, masukkan daging..masak sekejap.
Masukkan sos gochujang atau cili kisar, kicap cair kemudian masukkan kimchi..masak hingga garing dan pecah minyak.
pecahkan sebiji telor dan masukkan nasi..gaul sebati.. masuukan daun bawang, rasakan garam..siap.




No comments:

Post a Comment