Monday, 28 January 2019

CUCUR SAYUR RANGGUP

Assalamualaikum..

Menu petang.. dan sesi meghabiskan stok sayur yang ada.. makan panas2 lagi best..


cara buatnya
copypaste je sebab kmal buat ikut resepi ni

CUCUR SAYUR RANGUP
Bahan A:
.
1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
1 sudu kecil baiking powder *
1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
1 sudu besar minyak masak*
1 biji telor ayam *
Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata
.
Bahan B:
.
1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
1 cawan karet yang dihiris halus
1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
1 biji bawang besar yg dihiris halus
1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucursaya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair
.
Pilihan Lain
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan
.
Cara:
.
Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
Gaul rata supaya menjadi sebati
kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda
rasa tahap kesedapan anda
Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit
barulah digoreng



No comments:

Post a Comment