Monday, 2 May 2016

Deco ruang dapur IKEA dan Cosway

Anak bujang yang tahu selera mama dia.. bila dia ada kerja di KL.. terngat Ikea untk cari barang-barang mama dia.. kma cuma kirim rak ni je 2 set.. rasanya kalau kmal sendiri yang pernah mesti rambang mata dah..

Ini pembantu yang sama-sama sibuk masa abg ayoi nak pasang rak ni.








Ini yang dah siap diletak di ruang dapur untuk isi barang2 yang senang nak capai masa memasak.. meja kaca kecik tu pun dari ikea lama dah beli dari tahun 2010 lagi..

Gambar sebelum..rak putih tu dah diletak di ruang laundry


Makan-makan SR Mergong

Siang tu.. lunch dgn member ofis dekat Replate Cafe.. malam pulak dinner dekat SR selang beberapa buah kedai ja dr situ.. asalnya Mia nak makan Choc Kek Banana.. tpi hubby nak belanja pulak.. hemm kita ikut je..

Promo sikit.. ni makanan sampingan Mia.. Qaseh Gold Junior..memang jarang selsema dan demam.
saya jual boleh refer harga terbaru di Page Amal Qaseh


Lamb Shank.. layan je la dah orang nak belanja..

Kmal order Grill Fish ja







Ini budak-budak yang suka sangat kalau dapat kek terutama kek choc banana..


Breakfast.. sama tapi tak serupa

Sama tapi tak serupa..

Menu berbeza sebab masa ni kmal tengah DA.. bila buat nasi goreng untuk anak-anak..kamla pun buat nasi goreng AD ni guna bunga kobis.. nampak sebiji macam nasi gorengkan.




Sardin Homemade yang sempat buat.. cukup la untuk sebulan stok.


Nasi Jagung dan LaukPauk


Entry sebelum ni ada dah kmal letakkan resepi Acar Rampai ni .. sumber resepi dari Mat Gebu
Kat bawah ni lauk pauk yan dibuat dengan Nasi Jagung. Nasi lupa pulak nak ambik gambar.

Acar Rampai

Rendang Ayam Kedah..

Ayam Masak Merah

Padanan terbaik.. Acar Rampai dengan Papedom

Tip kmal sukat air untuk masak nasi mengunakan brasmati

Ayam Pandan

Salam 1 Rejab,
Alhamdulillah dapat berpuasa sekeluarga kecuali si Mia.. menu pun menu yang simple yang sempat dibuat dengan cepat.. balik ofis pun dah kul 6.00. Kelam kabut jugak..tapi berjaya jugak siapkan sup tulang.. dalam masa sejam.. sebab guna periuk tekanan kemudian buat Ayam Goreng Pandan..goreng panas-panas sebelum berbuka..pemanis mulut buat Sago Gula Melaka.. sago tu kmal buat siap-siap malam sebelum sekali dengan gula dan santan.. maka..lengkaplah hidangan berbuka puasa kami sekeluarga.

Ayam Pandan

Sup Tulang dan Sambal Penyet yang sentiasa ada stok berulamkan salad dan zukinni.


Sago Gula Melaka

Buatkan dalam bekas macam ni jimat masa.. nak makan sudukan aja.

Acar Rampai

Fov ni.. sebab tu usaha cari resepi , jumpa kat blog mat gebu..rasa memeng sedap.. lain kali buat nak lebih sikit minyak. sebab nampak kering.

Acar Rampai

Resepi 
Sumber dari blog Mat Gebu

ACAR RAMPAI
1 biji timun
1/2 btg karot
8 biji bawang merah belah 2 tiap satu
5 ulas bawang putih belah 2 tiap satu
1/2 inci halia hiris halus
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 btg kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 sudu kecil biji sawi*
3/4 camca teh serbuk kunyit
4 camca besar cuka makan
1 camca besar bijan.. goreng tanpa minyak hingga wangi
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji buah keras

Cara Membuatnya:
Timun dibuang empulur dan dihiris jejari. Karet buang kulit. potong 2 atau 3 hiris jejari. Cili merah cili hijau, buang biji hiris jejari, basuh semua dan tos.
Panas minyakmdalam kuali.. tumis bahan bertanda (*), bawang putih, bawang merah , halia hingga harum, kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk kunyit masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan cuka makan dan gula (anggaran 2 camca besar) dan sedikit garam. Kavau sebati dan masukkan lobak merah, masak hingga pekat dan lobak merah lembut sikit. 
Masukkan timun, cili merah dan cili hijau. Kacau sebati dan masak sekejap. rasa.. dan tambah garam gula jika perlu.
Matikan api.. dan boleh taburkan bijan semasa menghidang.. boleh dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi jagung bersama lauk2 lain.. nak ratah saja pun sedap.. rangup..

Kmal buat nasi jagung, berlaukkan Ayam masak merah dan acar ni..  dan dapat petua untuk menyenangkan sukatan nasi brasmati,, agak elok jadinya.. 
Contoh pic dibawah.. basuh beras, rendam dlm sejam.. ambik satu lagi bekas yg serupa..letak bekas bersebelahan, masukkan air tapis dlm bekas kosong hingga dapat paras yg sama dgn paras beras. Itulah sukatan air yg patut diguna.. tak perlu tambah air lagi.

Hati Goreng Kacang

Menu hari minggu..

Kagang Buncis Goreng Hati Ayam..

Gulai Ikan Bawal

Kangkong Goreng kosong-kosong ja.. senang mia nak makan..

Ikan Sardin Goreng garing-garing.