Monday 29 July 2013

KOBIS GORENG KICAP pun nak tunjuk ka..

Assalamualaikum,

Dah 20 hari berpuasa.. kejap ja dah nak raya.. aduh.. tempahan kuih
baru 30% siap.. banyak lg tu..

K..k.. ikut tajuk ye.. sapa..sini yang nak resepi Kobis Goreng Kicap..
kmal buat ini sebagai lauk berbuka.. kena pulak jiran hantar set nasi dagang.. 


Resepi ni walaupun mudah dan mungkin ada yang berkata sayur goreng kicap pun 
nak masuk blog, kmal tetap nak jugak.. sbb ini fov kmal dan anak2.. makan nasi panas2 
ada lauk ni dan satu lagi sambal telor pecah.. fuhh.. boleh bertambah-tambah nasi. 

Tujuan kmal masukkan ini jugak untuk rujukan anak-anak dan teman yang tak dak 
idea untuk memasak sayur..

KOBIS GORENG KICAP



KOBIS GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN

1/2  biji kobis

2 Biji cili merah*

3 biji bawang merah*

2 Biji bawang putih*

segenggam ikan bilis/ udang kering*
( rendam sebentar)

Kicap manis/ masin secukup rasa.
Lada hitam sedikit


CARA MENYEDIAKAN


1. Potong kobis cuci dan tos.

2. Hiris bahan yang bertanda *

3.Tumis bahan yang dihiris dgn sedikit minyak( anggaran 3 sudu besar) 
hingga kekuningan/agak garing.

4.Masukkan kobis dan gaul rata. 
Tuangkan sedikit kicap manis dan sedikit lada hitam.                                             

5. Jangan masak kobis terlalu lembik kerana ia akan lebih sedap bila masih ada 
keranggupan nya.


 Satu lagi fov kmal sekeluarga

Sambal Telor Pecah.. perkara wajib buat sambal ni.. telor kuning kena dlm keadaan 
goyang2 lagi .. tak suka yang dah keras..

 


Saturday 27 July 2013

Assalamualaikum,

Menu wajib tiap kali puasa untuk anak2  Sosej Roll.. kali ni buat
letak slice cheese pulak..

Senang ja.. nak buat.. 10 minit sebelum berbuka dah siap... janji
keluarkandulu sosej dr frezer.


sesiapa yang pertama kali nak cuba.. ni cara dan bahan-bahan.



Cheese Sosej Roll

Bhn2:
6 keping roti - (kmal guna Gardenia)
6 sosej ayam atau daging
6 keeping cheddar cheese 
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit serbuk lada sulah
serbuk roti - secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara cara:

- Gelek roti hingga nipis/leper
- Balut sosej dan cheese dengan roti yg leper tadi, potong 2 dan gulungkan  
- Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke
  dalam telur
- Salut atau golek-golekkan roti yg dh dcelup dgn telur ke dalam serbuk roti
- Goreng gulungan roti tadi ke dalam minyak yang panas hingga kuning
   keemasan. 

hidang panas2 masa berbuka.. meleleh je cheese. 



Tuesday 16 July 2013

Homemade Tortilla Wraps

Assalamualaikum,

Layan Homemade Tortilla Wraps.. puashati.. letak le isi banyak, cheese
banyak bila makan separuh dah kenyang perut, kalau beli ciput je isinya..
kenyang makan roti tortilla tu ja..

Oh ya lupa.. ini kmal buat sebelum puasa.. rasani dalam bulan puasa
ni kena buat jugak sekali lagi..

Homemade Tortilla Wraps

Antara bahan-bahan .. lebihan ayam yg digrill, bawang, mushroom yg di masak
sekejab, salad, cheese, black paper sos dan sos thousand Island.

Wraps kan.. kemudian kmal grill dalam pemanggang ajaib je..

Ini masa kat giant nak cari bahan2 buat wraps.. terjumpa strawberry besar-besar dan
murah.. sambar 3 pek.. boleh letak byk2 atas pavlova.

Thursday 11 July 2013

Tanam Sendiri - Kangkung

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan.. dah masuk hari ke 2 kita didalam bulan yang mulia ini..
Kisah hari ni pun berkisar menu bersahur dan berbuka.. asal kangkung ni dah
masuk peringkat ke tiga dituai.. masa dituai kali ketiga utuk lauk bersahur..
memang x sempat nak snap pic.. jadi guna ja.. gambar2 dari hasil tuai pertama

Untung dapat tanam kangkung dalam bekas ni.. elok naik.. boleh merasa hasil
dengan 3 kali tuaian..  dan sekarang ni masih galak naik daun2 yg baru.. mungkin
lepas ni tuaian terakhir..  semaian baru masih kecil utk dituai..



 ini hubby.. pantang diminta tuai kangkung.. cepat ja..tuai dlm gelap pun sanggup..

 boleh sekali dimasak menu Kangkung Belacan .. fov si Aiman..


  Lauk2 yang simple.. tapi amat2 sedap..


Wednesday 3 July 2013

Sahabat atau Musuh Tanaman

Assalamualaikum,

Bila dah ada laman yang penuh dengan sayur-sayuran.. mulalah
laman di kunjungi tetamu.. selain semut yang suka sangat pokok
cili, ada tetamu lain yang suka bertandang, anak2 teruja bila jumpa
tetamu tak diundang ni dicelahan daun pokok cili ... sekejap singgah
di celahan daun cili hijau sekejap di celahan daun cili api..

Nampak tak.....


Tak nampak... mai kita zoomm sikit...
haa.. nampakkan.. anak2 panggil LadyBird..
tak tahu la bahasa untuk sahabat dan musuh tanaman utk tetamu ni..
Kmal pernah tgk.. sebiji mcm ni dr FB Tanamsendiri.. susah nak bezakan
mana satu sahabat tanaman, mana satu musuh tanaman..


Monday 1 July 2013

Tanam Sendiri - Pegaga dan Pudina

Assalamualaikum,

Asal Pudina dan Pegaga dari lebihan dari pasar..
dah hampir sebulan.. Pudina dah galak tumbuh subur,
Pegaga slow sikit pertumbuhannya..
Pudina dah banyak kali petik sebagai perasa dan haruman
dalam teh dan dibuat ulam.

 Pegaga dan Pudina tengah subur.. sekarang..
 Bawah ni gambar seminggu sebelum..
Gambar diatas ni..masa baru2 tanam..

Dalam tempoh sebulan.. pudina dah boleh dipetik..
Sebahagian lagi Pudina dalam rimbunan Daun Bawang