Sunday 26 November 2017

SKIINZ BBCUSHION terbaik

Assalamualaikum..

Take line.."Saya Guna Saya Jual"

Hampir setahun lebih sebagai Agen Sah SKIINZ dan pengguna produk SKIINZ .. BBCushion ni la yang terbaik.. cepat, mudah, flawless sekejap ja dah siap mekap.. sesuai utk sapa yg nak cantik tanpa mekap berjam2.. lepas sapu serum dap..dap je BBCushion ni calit liptik, celak sikit dah siap.

BB CUSHION FOUNDATION SKIINZ DENGAN TRIPLE STEMCELL APPLE

Jelas menyembunyikan Usia sebenar. Apa tidaknya, Wajah akan kelihatan muda 10-15tahun dari Usia. WOW!

Bukan sahaja, remaja belasan tahun tergila-gila untuk memakainya, Ibu-ibu juga tidak lepaskan peluang.

Pemakaian yang konsisten, wajah akan kelihatan Gebu, Flawless dan Sihat. Kedutan hauls pun hilang tau.

Agen Alor Setar jika nak cantik dan sihat wsap Amal 013-5939468.. ready stok COD utk org Alor Setar.

#SKIINZBusinessOwner
#skiinzdihati
#senyumpasti







Lagi Diet Atkins

Assalamualaikum,

Lagi menu untuk diet atkins.. 

Dibawah ini keperluan asas patut ada bila nak mula diet atkins
bahan dibawah permulaan fasa 1 dan low cab..

Permulaan hampa belila dulu.. sayur2an hijau utk buat salad
Broccoli
Salad
Timun
Capsicum
dan dah boleh diperbagaikan buat fresh salad, grill salad.

Sos..
Nandos..apa2 perasa
Kewpie Mayonis

Bahan Asas lain
Tuna dalam tin
Sosej
Telor
cheese

dah beli ni dulu utk permulaan dan pelbagaikan menu.. sila tgk contoh dibawah..






Menu Diet Atkins

Menu breakfast bagi sesiapa yang tengah buat diet atkins
menu ni sesuai sangat.. kita kena pelbagai kan baru tak cemuih nak makan bila diet macam ni.

Caranya:
macam buat telor dadar cuma ditambah sosej, broccoli, capcicum, timun, bawang, garam lada ..agak2 atas tu nak masak taburkan cheese...siap. side dish boleh letak salad pilihan anda..


Tuesday 21 November 2017

Salad Telor

Assalamualaikum,

Jom buat salad telor mudah dan ringkas ja.. resepi ada kat bawah ya
ini menu untuk berbuka sebenarnya, tambah sayur dan sambal dah cukup.. salad telor ni buat awal2 susun simpan dlm peti ais.. nnt time nak makan baru tuang sos.. bru sedap makan sbb salad rangup tak berair sangat.


Bahan-bahan :
  • 4 biji telur rebus
  • 1 pokok daun salad hijau
  • 3 biji tomato
  • 1 batang timun 

Bahan B (untuk sos) :

1biji cili merah
sedikit sos cili dan tomato
garam dan gula
1 kuning telor yg dah direbus
cuka secukup rasa

  1. Telur rebus dikupas kulit dan dihiris kasar.
  2. Hiriskan tomato dan timun, kemudian bersihkan daun salad.
  3. Bancuh semua bahan untuk sos.
  4. Susunkan dalam pinggan dan tuangkan sos yang dibancuh tadi.
  5. Sedia dihidangkan.
Sayur Sawi dengan telor fov anak2



Menu tengahari dan petang

Assalamualaikum..

Hari cuti.. kena la layan tekak anak2 untuk makan tengahari buatkan butter chicken dekat anak2 tapi kekurangan susu cair.. sebab tu nampak lebihan butter tapi anak2 tetap laju ja makan..
buat juga dengan 2 lauk simpel yang lain.. 

Mai petang lapar balik buatkan Keowteow Goreng dan Cucuq Udang kebetulan ada lebihan kacang kisar buat la sekali kuah kacang.. dah selamat malam tak payah nak fikir nak masak apa...





Wednesday 8 November 2017

Saya pengemar Mee

Assalamualaikum,

Menu fov.. kmal pengemar mee..apa jenis mee  semua bedal.. 
mee kuah, mee bandung, mee tulang, mee sup apa ja.. baru ni 
buat mee yang cukup simple tapi best sangat

Mee Sup Chinese Style... kena dgn cili kicap, minyak bawang 
putih fuuh terangkat...



Mee Kuah Simple resepi dari emak kmal.. tiap kali raya wajib buat..jamu adik2


Walau hati tengah gundah gurana.. risau keta rosak betul dlm kesibukan org balik keja betul2 depan Aman Central.. nasib byk pekerja situ tolak tolak ketepi.. dgn mekanik semua dah balik.. esok ja urus keta.. risau jugak tinggalkan keta kat situ.. moga segala kesulitan dipermudahkan.. tanggungjwap utk anak.. kmal kena fikir jugak.. malam ni simple apa yg ada.. Olio angelhair dan salad..




Ini firstime cuba buat rendang ayam maman guna noxxa ...not bad.. dapur tak berkecah.. itu yg best.



Wednesday 20 September 2017

Mee Kuah Tulang

Assalamualaikum.. merajinkan diri buat mee kuah tulang.lebihan lebihan daging korban baru ni
buat lebih2..panggil adik2 mai makan kat rumah.. sapa nak resepi rasanya boleh klik di tepi..sebab dah pernah share resepi ni.. kuah jenis light2 ringan ja.. bukan macam kuah mee rebus yang pekat tu ya..

Alang-alang dah panggik adik2 mai bua la jugak sebiji kek.. sebagai pemanis mulut...

Sekarang ni dah tak risau makan2 mcm2 ni dah sebab dah ada #sliimzglow ..badan maintain je..

Mee Kuah Tulang

Sirap Lemon Pudina  Selasih


Kek Keju Leleh



Sup Tulang asing buat anak2 saudara yg kecil2..

#sliimzglow sesudu pagi sebelum sarapan sesudu malam dlm kul 7 mlm sebelum makan malam.. maintain badan tak naik.. kawal kolestrol macam2 la.. pi tgk kat page Amal Biz  sila klik kat tepi kanan atas ada terus link ke page.. macam2 maklumat tentang #skiinz dan #sliimz anda boleh dapat.

Wednesday 16 August 2017

Spaghetti Aglio Olio.

Bila teringin nak makan satay.. pi cari depa tutup pulak,.. balik buat ni ja lah..
Spaghetti Aglio Olio..

Spaghetti Aglio Olia
Bahan-bahan:
Sebungkus Spaghetti..Kmal guna Angel Hair..rebus dan tos
Minyak zaiton
5 ulas bawang putih cincang
Udang dan sotong
tomato cerry dlm 10 biji dibelah 2
Daun Selasih dlm segengam.. x dak pun tak pa.
1 sk oregano
1 sk lada hitam
2 sk cili flakes.. nak pedas ble tambah
3 tangkai cili kering potong kecil
garam secukup rasa
Caranya:
Panas minyak zaiton, masuk bawang putih, agak garing sikit, masuk udang dan 
sotong, kemudian masukkan tomato cerry, cili kering, garing dan naik minyak sikit 
masukkan oregano, cilimflakes, lada hitam, garam dan spaghetti..gaul sebati.. 
masukkan hirisan daun selasih.. siap..




Pelbagai kegunaan Daging Kisar

Assalamualaikum..
Sesiapa yg suka simpan stok daging kisar tu.. jom tengok kegunaan daging kisar..
kalau bulan puasa memang sesuai sangat lah...

Di bawa boleh rujuk beberapa resepi yang kma selalu buat mengunakan stok daging kisar..

Daging Goreng Daun Selasih/Daging Karapau

Daging Goreng Daun Selasih/Daging Karapau

Bahan-bahan
1 cawan daging kisar segar-kmal guna daging cincang ramly ja
2-3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji cili merah *
2 biji cili padi - ketuk
2 tangkai daun selasih (kmal letak segengam)
1 sudu besar sos tiram
kicap ikan/nampla dan garam secukup rasa
sedikit minyak sayur untuk menumis

Cara

1. Tumbuk separuh lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan 2-3 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk biar naik bau, masukkan daging dan masak hingga daging bertukar warna atau masak.
3. Masukkan semua bahan lain dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi sekadar daun selasih layu dan daging kering sikit.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan telur mata. jadikan lauk bubur nasi pun sedap.

Talam Berlauk


Murtabak Roti Cheesy.


Murtabak Roti Cheesy.

Bahan-bahannya

✦ 12 keping roti Gardinier
✦ 1 biji bawang besar dipotong dadu
✦ 2 ulas bawang putih potong halus
✦ 1 paket daging hancur(Ramly burger)
✦ 1 biji cili merah potong halus
✦ 3 1/2 sudu besar rempah kurma
✦ 1 biji ubi kentang dipotong dadu
✦ 5 biji telur
✦ 2 cawan susu segar
✦ 1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak inti

1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan murtabak daging

1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.

Amboiiiii~ Memang nangis la makan Mertabak Roti Cheesy ni kejap lagi. Sedapnyeeee. Okey korang! Selamat mencuba


Cara Berlauk



Lauk Kanji


Ini stok daging kisar yang selalu kmal siap utk dibekukan ..nak guna keluarkan aja.


Rosella

Roti Kerca

Roti Kerca
Cara nak buat roti ni lebih kurang mcm nak buat lempeng je..cuma cair sikit je..

biar boleh digelek2 dlm pan non stick tu. 

Jom tgk resepi..

ROTI KERCA 

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan 
1 kilogram tepung gandum 
5 biji telur 
garam dan air 

CARA MENYEDIAKAN: 
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan

terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng. 
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat

kuih dadar. 
3.Setelah itu gulung dan potong serung. 

BAHAN KUAH: 
1/2 kg daging cincang 
1/2 cawan tomato puri atau lebih 
2 kuntum bunga lawang 
4 biji buah pelaga 
1 peket kecil serbuk kari daging 
8 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
4 biji bunga cengkih 
Sedikit air jika pekat 

UNTUK TABURAN HIASAN: 
Bawang goreng 
daun bawang 

CARA MENYEDIAKAN: 
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning. 
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi. 
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula. 
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat. 
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.

Ini rupanya..Kuah Roti Kerca..rasanya pedas2 macam ala2 sos spaggeti..

ini boleh dikatanya pasta org melayu.

Sunday 13 August 2017

Kek dan DinnerRoll

Assalamualaikum,
Maaf ..lama tak bersiaran.. Merajinkan diri buat Bun Dinner Roll ..cicah pulak dengan homemade Sardin yang dibuat kari dengan kentang.. ada capati atau roti gardenia pun ok gak nak cicah macam ni.

Merajinkan diri lagi buatkan Butter Cake untuk anak-anak..