Sunday 31 August 2014

Mee Tulang Singkir Darat dan Qasehku


Assalamualaikum,

Nak kongsi tempat makan yang sedap di Kedah.. selalu tgk kawan-kawan yd duk area situ
asyik tayang Mee Tulang Singkir Darat di FB.. teliur sungguh.. tambah pulak tengok tulang dengan urat2 duk tergolek seketul..

Entah macamana teringat.. kat abg long yg belajar di UITM Merbok.. dah dekat area tu dah..
terus call.. kalu nak balik tolong bungkus Mee Tulang kat...bla...bla..bla.. bg plan ke kedai tu hasil dr kerajinan menanya kawan2 yg pernah ke situ.. kebetulan hari tu along nak balik.. memang kena lah..
nnt boleh berbuka puasa (puasa 6 yang last) dengan mee tulang.

Minta along bungkus satu ja.. takut tak sedap, nnt membazir tak habis.
Time berbuka.. tuang dlm pinggan, panaskan kuah dlm microwave.. rasa ja sesudu kuah..
ehmmm... sedapppnyaaa... terus 3 hero yg ada dlm rumah ni.. mai kat meja..nak rasa..nak rasa..
glupp..mama telan air liur.. bila si aiman bukan nak rasa tapi mcm nak makan terus ja,.terus mama kata.. nnt kita suruh abg beli lain na.. rasa dulu.. ni mama nak berbuka ni..nasib angah(arash) x dak.. klu tak mama dapat tgk pinggan ja.. haha.. kejam tak mama mcm ni.

Ok.. sapa yg nak pi cuba.. dari info yang kmal tahu.. kedai ni di Singkir Darat sebelah masjis, kedai biasa2 ja ,,kedai kampung.. harga sepinggan RM8.00.
Singkir darat ni dekat dgn Merbok. klu terus sikit dah boleh sampai Tanjung Dawai.


Habis cerita Mee Tulang...

Mai..
mai...
sapa nak tahu tentang QASEH GOLD.. produk makanan sunnah..
sekarang menjadi produk terlajak laris.. kmal dah 2 kali restock dalam seminggu..
sesiapa yang nak cuba boleh PM/Whatsapp Amal 013-5939468 (Alor Setar)
Ble tgk dan rujuk di Page Amal Qaseh klik kat kanan blog ni tu ada kat atas tu.. semua info tentang Qaseh ada.



Tuesday 26 August 2014

Homemade Mushroom Soup dgn Garlic Bread


Fresh Mushroom Soup and Garlic Bread


Ini kali pertama buat mushroom soup guna fresh mushroom, selalu nak cepat
buat yang ready made dlm tin.. tapi lepas buat ni tak susah pun, kejap ja dah siap..

Ramai kawan2 tak sabar nak resepi...kan
Pertama nak ucapkan terima kasih banyak2 pd Kak Jee.. Sumber resepi ambik dr blog kak jee
disini  .. sapa rajin pergi la ke blog kak jee.. kmal rajin ambik resepi dr situ.. semua sedap2.

Satu ka kisah sedih.. sehari selepas kmal sempat salin resepi ni..
ada satu kejadian.. mungkin salah kmal.. 
Ye la..kita sebagai manusia tak tahu hati budi masing2.. kmal pun tak sempurna, 
kalau kmal tahu seseorg tu tak sesuka sesuatu..memang kmal takkan buat..
tp mungkin kmal tgk k.jee pun berniaga online jugak.. rasanya mungkin k.jee ok..
kmal PM ke inbox FB  k.jee produk yg kmal niagakan. Silap kmal k.jee tak suka.. 
tak pe la..kmal anggap semua ni pengajaran dan asamgaram dunia perniagaan.
Tapi sedih tau dr kes tu.. kmal terus tak dpt dah nak baca kisah k.jee dan resepi k.jee.
TAPI nasib ada blog.. tak pe.. lepas ni kmal tgk senyap2 ja.. tak nak buka mulut dah..
K.Jee.. halalkan semua resepi yg saya dah ambik utk dicuba..ya.


Bahan2 boleh rujuk di gambar ya..


BAHAN2 :* resepi kmal ni boleh dlm 5 mangkuk
1 pek cendawan  tiram, 1 pek cendawan shitake
* separuh blend halus, separuh cincang kasar
2 biji bawang sederhana besar
2 sudu butter
2 sudu besar minyak zaiton (atau apa juga minyak)
2 kiub ayam
1 ½ cwn air
1 ½ cwn susu atau ikut kepekatan yg dikehendaki
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
dan * kmal tambah fresh pasley yg dicincang dlm 1 sudu kecik dan dry oregano
Garam secukup rasa.

CARA MEMBUATNYA:

Cendawan dicincang halus. bawang besar juga dicincang halus. 
panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak. bila butter dah cair, 
masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. 
kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata. 
taburkan tepung dan  kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. 
kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak. 
masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi.
kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki.
bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin. biarkan mendidih diatas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak. kepekatan sup ikut citarasa masing2. kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi. 

Senang kan, lepas ni tak payah beli yang dalam tin lagi sebab ada bahan pengawet.
Tip dari k.jee kalau ada sesapa nak buat chicken mushroom soup, boleh gak guna resipi ni. rebus ayam. airnya boleh masukkan dalam soup gantikan air biasa. carik2 ayam dan masukkan bersama cendawan. hah dah jadi chicken mushroom soup.

Garlic Bread
Sedap sangat mushroom soup ini kalau dimakan dengan garlic bread.
Untuk buat garlic butter, letak setengah block butter pada suhu bilik, pastu tumbuk halus 5 atau 6 biji bawang putih sedikit pasley cincang, lada putih sikit Campurkan ke dalam butter.. Boleh simpan lama dalam peti ais. 

Bila nak buat garlic bread, sapu jer garlic butter tu pada satu permukaan roti dan bakar atas kuali atau grill sampai garing.  

Bila buat guna fresh mushroom ni biasalah kan bau cendawan.. nak bg kurang sikit baunya kmal cincang pasley dan letak dry oregano sikit.



Puteri Mia tengah bersantap... suka betul dia kalu buatkan apa saja..janji sup..


Sunday 24 August 2014

HOMEMADE LAKSA PENANG

Laksa Penang


Assalamualaikum,

Dengan bangganya kmal puashati berjaya buat Laksa Penang
Lagi rasa puas bila hampir 100% rupa, gaya dan rasa sama 
seperti yang dicari2.. nak pi beli kat kedai tu.. amboi payah
sangat ..asyik x niaga ja.. boleh jumpa tiap hari pun masa
bazar ramadhan... 

tiga hari tiga malam ulang makan tu ja.. anak2 pun cakap
"mama..makan laksa ni berantu.. asyik nak tambah.."


Cari resepi Laksa Penang lama dah.. puas google, 4 hari 
lepas tgh belek2 FB tup..tup naik kat wall kak azlita letak 
step by step Laksa Penang.. terusbuka CP.. print.. hari 
jumaat pergi market balik buat..
Disebabkan hubby outst.. 2 hero yg besar2 semua balik U
yg nak makan kmal, dan hero kecik  dan Mia ni.. kmal 
jemput adik yg tinggak berdekatan.. esok tu bawa kat umah 
mak kmal.. lega semua dapat rasa.. 

Kuah yg ada baki.. lagi sedap.. bila diulang perangat..
mlm tu rebus laksa.. bawa jamu member ofis makan..
selesai..


Utk resepi elok tgk ke sini Laksa Penang.. kak Azlita siap tunjuk 
step by step sampai ke gambar bahan2 pun ada.. sapa yang tak kenal
bunga kantan ka.. asam keping ka.. elok sangat.. dpt belajar.
Masa nak buat ni siksa nak cari bunga kantan... payah sungguh.

Resepi ni memang resepi Laksa Penang yang sedap.. mudah..
Cara makan..tiap suapan mesti ada nenas daun ulam, pudina
dan cili api.. fuuhhh.. bertambah2 ..



Friday 15 August 2014

Misi mencari sofa


Assalamualaikum,

Niat dihati dah lama teringin nak cari sofa Jenis L Shape
utk ganti yang lama. dah dekat 9 tahun usia sofa tu.. naik
lunyai di guna anak2.. letak pulak di ruang menonton..

Sepatutnya sebelum raya nak cari.. tp tak sempat..
jadi lepas raya misi mencari sofa.. berlanjutan selama 
2 minggu..satu kedai ke satu kedai masuk keluar,
agak ada sofa yg berkenan kedai itu akan diulang pergi.
Dari dlm 10 kedai.. ditapis yg tak bekenan tinggal 2 kedai
ja.. yg berkenan dihati dan salah satu yg dijumpa.. sofa itu
mmg idaman hati...teringin dah lama.. cuma duk fikir.. ada 
ka sofa yg duk idam tu kat area ASetar.. agaknya nak jadi 
rezeki kot.. jumpa sebiji... tapi kena balik bincang dgn hubby 
dulu.. takut dia pulakmtak bekenan...

cari cari.. macam2 jenis sofa jumpa

Ini bekenan tp tak dak depan mata..kena tgk katelog ja. tak puashati

kemudian ini.. suka gak..jenis kulit.. tp bila fikir sikiki ada dlm rumah
nnt dicakarnya..sbb penjual tu kata bau kulitnya menarik phatian kucing.
hemm.. tak pa.. misi mencari diteruskan...


Ini .. dr GuccaItaly.. jenama kan.. tgh promo raya.. sedap duduk..,besar.. 
simple ja.. ini salah satu dlm lis utk perhatian seterusnya..


ini lebih kurang mcm diatas size pun sama.. tp kalu nak color cream coklat kena tgu
sbb kena order.. mmg reject sbb tak suka tgu2


dari kedai yg sama.. size kecil ja.. dudukpun tak lepas lutut.. harga mak oii
Rm 3000.00 lebih... tak jadi..


Ini dah dua kali dtg tgk.. sbb bekenan ..ini lah idaman hati.. harga promo raya
..sbb apa kata idaman.. sbb selalu tgk blog kak azie.. bekenan sungguh sofa
dia..bila jumpa sebiji.. tak pandang yang lain dah..


ini sofanya yg jatuh cinta sangat..gambar dr Fb kak Azie..


dah sampai..bila letak ja kat ruang ni.. besarnya...  kat kedai nmpk ok ok ja..



Habis kena susun atur semula kat ruang ni..



Sebelum dan selepas..
  Hasilnya puashati sangat.. sofa L yg lama bawa naik ke ruang keluarga..

Wednesday 13 August 2014

Tuna Egg Sandwish

Tuna Egg Sandwish

Selang seli entry blog ni dgn menu2 bulan puasa na..

Breakfast berat.. untuk hero-hero dalam rumah ni
sayur yang dibeli masa ke Cameron Highland masih
berbaki dalam peti sejuk..


Layan resepi..

Tuna Egg Sandwish
Bahan:
Sebuku Roti.

Filling/Inti
Tuna (Kmal guna AyamBrand Tuna in Sunflower Oil)
Telor Rebus 3 biji - lecek kasar-kasar
3 sudu besar Mayonis
1 biji bawang besar/Holland -cincang
Sedikit cili merah - cincang
(Kmal guna 3 color capsicum)
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil lada putih
Garam secukup rasa

Sayur:
Salad, Timun dan tomato




Lagipun anak2 kata.. depa tak puas makan sandwish masa kat
Cameron Highland baru ni.. ni mama buat.. letih makan...

Boleh gak tengok step by step dr blog K.Azlita disini


Tuesday 12 August 2014

MENU RAMADHAN HARI 1

Hari pertama Ramadhan 1435H/2014
Semua anak-anak ada.. cuma hubby ja yang kurang sihat
Jadi masakkan juadah berbuka menu yg tak banyak lauknya.. 

Nasi Kabsa Ayam/Lamb
Talam Berlauk..
Alhamdulillah.. lengkap.

Menu berbuka puasa hari 1.