Monday 21 September 2020

KoreanFood Tteokbokki

Assalamualaiku, pertama kali nak cuba buat korean food , teringin nak makan apa tu tteokbokki, nak beli lambat sangat google je cari resepi buat rice cake.. kali pertama cuba buat rice cake tu jadi liat sbb tgk resepi guna tepung pulut. saja. gagah buat juga, 
sebab
tak puas hati cari lagi hasilnya boleh dianggap ok walaupun mmg tak pernah makan dan rasa dan tahu mcmana tekstur rice cake tu, tgk tekstur gedik semacam ja, kira pass la tu 



ni rice cake homemade kmal
nak simpan resepi kat sini sapa nak cuba ambil la.. doakan kmal sihat dipjgkan umur dlm keberkatan Allah SWT sahaja.

Bahannya:
1/2 pek tepung pulut
3 sudu besar tepung beras
air secukupnya
sedikit garam
sedikit minyak bijan

Caranya:
Satukan bahan diatas uli menjadi doh letak air sikit uli hingga jadi mcm buat buah melaka,
doh jangan lembut sangat jgn lembik sangat, kemudian amik sikit gulung panjang, dan potong pjg sejari, selesai semua doh.
Didihkan air letak minyak sikit, masukkan doh yg dipotong tadi, masak hingga timbul mcm masak buah melaka, angkat tos dalam air sejuk, boleh pek utk frozen atau terus buat sos dan buat tteokbokki.



Bawah ni bahan lain utk tteokbokki..selain rice cake, daging tu kmal guna daging burger ja
Utk sos dia pulak

Bahan2 kmal agak ja na:
1 peket sos korea Adabi
1 sb cili boh Adabi 
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
secubit garam dan gula
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih cincang

Caranya dlm pan yg dalam masukkan semua bahan masak hingga mendidih, masa nak makan masukkan semua bahan2 sampingan ni
telor rebus
rice cake
daging burger
fishcake
hotdog
crab stick
Carrot, kobis, cendawan enoki, daun bawang 
suka cheese boleh letak slice cheese
 dan maggi
tabur bijan utk hiasan..siap..


Sunday 20 September 2020

Cakoi aka paktuku cicah sekaya pandan





Buat cakoi atas permintaan mia.. lama dah duk suruh mama buat

Cakoi Gebu
Bahan2
300 gm tepung gandum
1 biji telor
2 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1 cawan air
1/2 pekeyt yis
1/3 cawan minyak

Caranya
gaul semua bahan kering dulu sebatikan, masuk air dan telor uli hingga jadi doh, masukkan separuh sukatan minyak dulu, uli sebati dan habiskan sukatan minyak uli hingga jadi doh lembut, 
Tabur tepung atas papan canai.canai ketebalan 5 mm..tak perlu yebal dan jgn nipis sangat,
potong doh 10cm x 20cm, potong pulak 2cm setiap satu, letak atas bekas yg ditabur tepung, ambil segelas air celup lidi letak atas sekeping doh dan tindih sekeping lagi.supaya berlapis. ketepi kan biar kembang, buat hingga habis doh, dah kembang naik boleh la digoreng hingga keperangan angkat toskan
kmal buat cicah dgn kaya pandan homemade

Sekaya Pandan
Bahan-bahan
5 tangkai daun pandan diblend ambik jus saja dlm 1 1/2 cawan
1 cawan santan
3 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Caranya,
Gaul semua sekali dan tapis dulu masuk dlm periuk, kacau hingga dapat kepekatan yg dikehendaki, siap.