Sunday 28 August 2016

Temenung Panas Seberang Kota Kuala Kedah

Assalamualaikum,
Pagi ni ikat perut dulu, kita branch.. minum pagi terus ke tengahari.. pagi pergi ke seberang kota kuala kedah cari ikan segala.. separuh bawa balik separuh serah kepada tauke kedai Gulai Temenung Panas,, masakkan... hemm..semua fresh tresh..

Udang Goreng Kunyit

Gulai Temenung Panas

Ulam sambal belacan ..wajib

Lala Goreng Pedas



Tuesday 23 August 2016

Sarapan.. Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum,
Cuti Jumaat Sabtu... ada masa untuk sediakan sarapan berat untuk anak2.. awal pagi dah rendak bihun.. kmal guat bihun yang Mia boleh makan.. Bihun Goreng Singapore... sapa nak pedas tambah je cabai kicap..lepas siapkan sarapan.. nak ajak hubbt cari maman pulak.. nak buat rendang.. minta mamam ada ...

Bihun Goreng Singapore..

Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahannya:
bawang putih dalam 5ulas, 
bawang india 6biji, 
udang kering dalam RM2 , 
lada hitam 3sudu besar, 
halia 2inch  — Bahan2 ni diblendkan bersama.

Udang, sotong,ayam,daging..ikut mna yang ada
Minyak utk menumis
telor 2 biji
serbok pati ayam 3sb
kicap cair 2sb
Kobis, carot, sawi dipotong
Bihun sebungkus direndam dulu.
Minyak Bawang Putih 2sb..option ya.. ni sbb kmal suka letak..baru rasa ada chinese style sikit

Caranya:
Panas minyak, masuk telor 2 biji..gaul sikit ja..jgn kerap nnt telor hancur, masuk bahan blend, naik minyak, masuk udang, sotong,ayam, daging, serbok pati ayam, kicap cair..gaul sebati masukkan bihun..jgn kerap kacau ye nnt bihun putus.. last masukkan sayur.. garam tak letak ye sbb pati ayam dan kicap dah masin. Makan dengan cili kicap.. (potong cili api..masuk cuka sikit dan kicap dan kicap cair..siap)



Monday 22 August 2016

Gantung Periuk Arabian Delight Alor Setar

Assalamualaikum,

Ha..ha.. senyum.. mama kali ni..tak payah fikir nak masaka apa.. siap tempah lagi.. tagi full.
Kmal suka sangat makan Nasi arab sambil gigit cili hijau.. sebelum ni pergi makan dah tak letak pulak cili hijau ... jadi tak nak patah selera nanti bawa sendiri cili hijau dari rumah... ha..makan sampai keluar air mata.. itu lah nikmat..

Selalu kalau cukup semua nak beranak ada.. set yang ditempah.. 1 set 3 org makan lamb dan 1 set 3 org makan chicken.. tapi kalau bulan puasa order untuk 1 set 2 org makan dah.. sebab nnt boleh tambah FOC.

Bulan puas baru ni 2 kali kami sekeluarga berbuka disini tapi kena book awal.. memng puashati..makanan boleh tambah tak kira lamb ke ayam ke.. air dari yaman katanya FOC jugak.

Lamb Mandy

Chicken Mandy


Ini yang dibawa dari rumah.. cili hijau dan Min Cafe..


Minuman mama dan ayah wajib teh dan kopi arab..

Tuesday 16 August 2016

Kimchi Maggi

Hujan diluar... membuatkan perut berbunyi.. maka terhasilah.. maggi dengan di tambah dengan kimci dan daun bawang yang banyak dalam pasu. Jadilah Maggi Kimci ala korea. Rasa pedas, masak semua cukup..



Nasi goreng kerabu untuk anak2
 my homemade kimchi.. saya jual ni..

Hasil tanam sendiri Ayam Rica Rica

Assalamualaikum,

Alhamdulillah benih selasih yang diambik dari tadika PASTI mia berjaya hidup dengan jayanya dalam semua pasu dan serentak pulak tu.. punya banyak pucuk selasih ..sampai tak tahu nak buat masak apa dah.. google cari resepi, jumpa resepi ayam rica-rica.. hasinya memng sedap..

Ayam Rica-rica
Resepi Cara Cara memasak Ade di Pic Bawah 👇 😍😘
10 ketul Ayam, basuh bersih, (Jika suka Ayam boleh digoreng terlebih dahulu) 
5 Bj Bawang merah Dikisar 
6 tangkai Lada Api Merah Siam Dikisar 
6 tangkai Lada Api Kampung
(Kalau tak makan pedas,boleh tukar ke Lada merah dan Campur sedikit Lada Api sedikit ) Dikisar 
1 bj tomato Potong Dadu 
2 Batang serai dihiris 
4 Helai daun purut Hat Muda 
2 batang Daun bawang potong memanjang
2 Genggam Daun Selasih/Kemangi (kalau Takde daun tak perlu Letak) 
3 sudu kecil gula perang 
1 1/2 sudu kecil garam halus

Caranya:
Tumis bahan kisar hingga naik minyak n masukkan ayam. Gaul sebati hingga agak kecut n masukkan tomato. Gaul n masukkn air 1/2 cwn. Sebatikn lagi dlm 5 min n masukkn serai. Sebatikn n masuk daun kunyit n daun limau purut. Perasakn dgn gula, garam. Biar ayam lembut n masukkn daunselasih/ kemangi n daun bwg. Gaul sebati n rase dah sesuai selera, tutup api. Siap utk d hidang...slmt mncuba...

yang nampak ni satu pasu.. ada lagi 4 pasu



Buat apa hari minggu

Assalamualaikum,

Cerita lepas rasa.. baki rendang ayam utara makan dengan pulut palas, tengahari anak2 bawa balik air kelapa pulak.. lepas kena 1/2 air kelapa..kmal terus mulakan branch seterusnya dengan projek kimchi yang customer order.





Dating Berdua di Nandos

Assalamualaikum,

Hari ni mama cuti.. angahpun cuti sem.. tinggal kami 2 beranak.. apalagi enjoy kami berdua..
pagi mama bawa sarapan diMcD, lepas tu ajak window shooping kat Aman Central.. sampai ke tengahari.. bila perut dah berbunyi kami layan Nandos pulak..

Ini dikatakan kualiti time dengan anak...









Chicken Fajitas

Chicken Fajitas fov along.. yang lain-lain makan ja apa yang mama masakkan..

Chicken Fajitas

Bahan2 Chicken Fajitas .. bahasa antarabangsa ya malas nak taip semula

  • 2 boneless chicken breasts
  • 2 limes
  • 2 tsp dried oregano
  • 1 tsp cinnamon powder
  • 2 onions
  • 1 red pepper
  • 1 orange pepper
  • 1 green pepper
  • Parsley for garnishing
  • Salt and pepper
  • 1/2 caster sugar
  • 1/2 tsp cayene pepper
  • 3 vegetable oil ( kmal tambah cendawan) 
  • stepnya tgk dari gambar .. sos kmal buat black paper sos dan thousand island ja


Wednesday 10 August 2016

Tembikai Laici

Assalamualaikum,
Panas lid..lid la ni.. tekak pun kering.. bila masuk dapur.. lagi berbahang panas.
tak payah pi joging..sementara nak siap masak.. lencun satu baju dah..  bila jadi
macam ni..tekak mulala terbayang air yang menyejukkan tekak.. terus minta anak 
bujang keluar cari buah tembikai.. nnt lagi sedap bila dapat minum sambil makan 
Bihun Goreng yang panas..panas.. 

Macamana rupa Tembikai Laici.. sapa terliur sila buat sendiri..

Siap sudah.. minum petang..Bihun Goreng mama yang anak2 suka sangat dan Air Tembikai Laici Ayoi/Along buat..


Bihun Goreng fov anak anak.. pakat kutip udang dengan sotong habis..mentang2 mama
depa buh banyak2 dalam bihun.



Perut dah kenyang... jom hilangkan stress ..dapat tgk belai pokok pokok ni dalam sejam..