You follow I follow

Sunday, 26 April 2015

Homemade Sardin

Salam... zaman GST.. bila tgk harga sardin dalam tin harga punya la mahal.. berlainan pulak harga bila tgk kat lain2 pasaraya.. ada 5.86.. ada 6.86 hemm .. bila tgk ikan selayang  aka ikan sardin murah kat satu pasaraya terus ambik 2 kilo balik buat sendiri homemade sardin dapat 5 tawpawe.. 3 letak freezer 2 lagi untuk masak dalam seminggu ni..


Resepi kmal ambik dari friendlish FB ja.. ini sessi malas nak tip semula ..print skrin ja..


Churros

Berturut2 buat churros ni..petang untuk minum petang bila.. tengah sedap layan The Kitchen kat Astro Food Network.. ditunjuk pulak demo buat churros.. hubbu terus cakap nampak sedap ..
Kita ni tak sampai hati terus bangun..sebab tahu bahan-bahan kat dapur semua ada.. tak sampai 1/2 jam siap.. time hubby jenguk ke dapur.. kita buat-buat terkejut dan senyum ja.. sekali tgk pinggan yg siap round pertama dah licin.. hemm..


Sessi seterusnya.. aiman dah minta buatkan utk bekalan ke sekolah pagi esok.. jam 5 pagi mama nya dah banguna sediakan.. tgh mengoreng gas pulak habis.. nasib la ada dapur mudah alih yg duk guna melenggang crepe.. takut terlewat ke ofis.. minta tolong anak bujang sambung goreng ..



Monday, 20 April 2015

Tomyam Putih Fov hero sulung

Salam..
menu tengahari.. buatkan tomyam putih sbb anaj sulung ada kat rumah.. fov dia ni
sayur..mesti lah fov mama dia kobis goreng kicap.. satu lagi menu buatkan sambal udang.. dah lengkap untuk lauk tengahari.

Tomyam Putih


Nak resepi tak

Tomyam Putih

Bahan-bahannya:
1 biji bwg besar ..hiris besar
2 ulas bwh putih..hiris halus
1/2 inci halia..ketuk ja
1/2 inci lengkuas..ketuk ja
4-5 biji cili api..ketuk
2 btg serai.. ketuk ja..
5 helai daun limau purut
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus lemon, limau
1 1/2 liter air
1/2 ekor ayam potong kecil atau udang, sotong untk tomyam seafood
garam secukup rasa, 1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak
sayur spt carot, bunga kobis, salery, putih jagung dan tomato

Caranya:
Panas minyak dalam periuk
Tumis bawang putih,,hingga naik bau
masukkan ayam jika buat tomyam ayam.. jika seafood
masukkan dulu segala serai lengkuas, halia, bwg besar
Masukan air, jus lemon, sos ikan,mendidih masukkan sotong udang.
masukkan segala sayur,,rasakan garam.. siap.

Sambal Udang..kalau ada petai ni lagi la sedapp..


Ini pulak menu makan makan.. main lebur terus ja.. buat mee bandung. udang sotong ada berbaki lagi.. sayur-sayurpun ada lg.. maka jenuh la mee bandung dgn segala bahan..

Monday, 13 April 2015

Simple Spaggeti

Buat spaggetti dari bahan2 yang ada dalam peti ais je.. siapa yang selalu lihat blog kmal ..mesti perasan semua bahan2 menu kmal hampir sama cuba diperbagaikan ja.. contoh lasagna, macaroni, spaggeti.. bahan sama je..sbb kmal suka beli sayur2 yang sama.. contoh broccoli, bunga kobis, capsicum trafiklight, karet, salad.. daging cincang, ayam.. bahan asas kena ada selalu mestinya beras, bihun, macaroni, lasagna, spaggeti, tepung, susu segar.. semua ni wajib sentiasa ada.. dari semua ni kmal boleh la mereka macam-macam menu utk anak-anak..

Ini salah satu menu makan malam.. spaggeti sesimple-simplenyee..
Dressing salad tu cuma masukkan minyak zaiton, garam lada, madu, dan jus lemon dl jar kosong, goncang ..siap.. nak makan tuang je..


Bubur Berlauk

Bubur Berlauk.. balik ofis.. memang dah tak tahu nak masak apa.. tgk beras tinggal sikit.. ni kalau masak.. dgn hero-hero yang ada dalam rumah ni memang tak cukup.. buka peti ais jumpa ikan bilis, lobak asin ada.. teringat nak buat bilis goreng dgn telor dan lobak asin.. hai.. nnt bertambah2 pulak makan budak2 ni.. teringat kangkung yang kmal tanam dari keratan batang yg dibeli cukup la utk buat goreng sikit.. terus terfikir nak buat bubur.. baru la berganda-ganda nasi tu.. bila masak.. apa macam bijak tak... hehe..

Maka senang lah hati kmal.. dapat makan menu fov.. anak-anak pun kenyang. masak bubur guna presure cooker kejap ja..


Lasagna and Grill Rosemerry Potato

Buat makan malam.. kmal main campak-campak ja apa yang ada di dapur.. tujuan nak habiskan stok sayur dalam peti ais takut nanti tak elok dah.. bahan2 kebanyakkan ada dalam stok dah.. rosemerry tu fresh tau.. kmal tanam sendiri.. hasil kepakkan dr MARDI di cameron highland.. tapi sayang bila musim panas terik seakarang ni semua pokok herba mati...  memang harum semerbak bila guna rosemerry fresh ni..

Buat Lasagna macam biasa.. cuba side dish je.. buat grill potato dgn rosemerry.. letak daging cincang , capsicum, tomato cerry sikit, herba2 sikit, garam lada dan mintak zaiton terus grill sekali dgn lasagna.. siap untuk makan malam.








Wednesday, 8 April 2015

Maggi Kawin..

Maggi kawin?.. haa...
jangan heran.. ni istilah maggi dibuat dengan dua perasa yang berlainan.. maggi ni kmal buat guna perasa maggi kari dan maggi asam laksa.. hasilnya.. sedap..sangat..
Cara buatnya macam biasa kita buat maggi. cuba kmal suka tumis sikit dengan bawang dan letak sayur sayuran banyak.. tu ja..

Layannn..



Mia ni kalau dapat makan mee.. makan sampai terlelap mata.. punya la suka dia..untuk mia kmal buat maggi sup ja.. kuah masak asing.

Wednesday, 1 April 2015

Paprik Ayam

Menu makan malam dengan anak2.. selain Nasi Goreng.. buat juga nasi dan lauk simple-simple.. salah satu menu ni la.. lepas sembahyang magrib terus bersilat di dapur.. tak sampau 1/2 jam siap..

Makan pulak dgn telur dadar, pergghhh, mmg terbaikkk la...

Paprik Ayam

Bhn2:

3 keping dada ayam - potong kecil
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili kisar
Daun Limau purut 
 

hiris bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1s/b sos tiram
Beberapa titik kicap manis
Garam, gula
Sedikit air 

Minyak utk menumis

Caranya:
Panaskan sdkt minyak dan tumis bwg2 hingga wangi.
Masukkan ayam, serai, daun limau, cili api dan cili mesin dan masak hingga sedikit garing..
Masukkan sedikit air, sos2, kicap manis, garam dan gula, masak lagi hingga ayam empuk.
bila dah mendidih, masukkan sayuran, tomato dan cili merah hiris, masak lagi hingga sayuran empuk..
tabur daun bawang..


ini anak-anak punya


Ini mama punya.. ratah lauk ja.


Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit

Biasa.. kalau hubby outstations .. kmal lebih suka masak simple simple ja untuk anak anak..
Boleh dikatakan.. hampir tiap malam kmal buat Nasi Goreng.. tapi tukar2 la.. malam ni Nasi Goreng Ayam Kunyit, esok Nasi Goreng Sardin.. lusa Nasi Goreng Cina.. selang2 la Bihun Goreng ..


Resepinya.. gaulkan aja ayam dgn garam, kunyit dan lada putih,, goreng dan masukkan sayur.. siap. Nasi pulak kmal cuma tumis, guna minyak lebihan goreng ayam tadi,, letak secukup rasa, garam dan lada putih, kicap cair sikit.. siap.

 Mia paling suka Nasi Goreng.. tengok makan tak nampak orang dah..

Daging Masak Merah

Lauk makan malam.. masak simple-simple ja..

Daging Masak Merah
Kangkung Belacan
Telor Dadar

Siap...



Ini resepi yang sangat simple..
Buat cara campak2 je:
 
Rebus seketul daging dlm air yg diletak pewarna makanan merah hingga empuk.
Angkat, toskan dan dihiris nipis.
Panas minyak 
masukkan bwg putih yg dicincang, 
kemudian daging..goreng sekejap.. 
masukkan karet, cili capsicum, salery dan cili api yg diketuk.. 
masukkan (agak2 ye..) sos cili, sos tomato dan kicap cair,
akhir sekali hirisan bawang besar..siap.

Resepi ni x guna cili kisar.. jd x pedas sgt..anak2 boleh makan..