Monday 16 December 2013

Ujian itu hadiah dari Allah

Ujian Itu Hadiah Dari Allah

481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari AllahUjian Itu Hadiah Dari Allah | Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan  manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.

“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”

Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala  tanpa sedar dan niat  kita juga  terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.

Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah  kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung . Mengapa saya katakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa  itu. Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Inilah saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.

Pembaca yang dikasihi oleh Allah,

Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana
UJIAN  itu HADIAH  dari  ALLAH

Wednesday 4 December 2013

Andai rebah, ayuh bangkit


Andai Rebah, Ayuh Bangkit !

Assalamualaikum..
 
Terjumpa disalah satu blog.. sesuai sangat sebagai peringatan untuk diri sendiri
 
Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani…
Kadang-kadang apabila di uji, kita akan rasa kecewa dan sedih. Dan yang paling menyedihkan lagi ialah, kita akan menyalahkan takdir. Kita tidak dapat menerima setiap apa yang berlaku itu dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang hamba, kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah… ^_^
Adakah ada kesedihan yg menimpa manusia yg Allah tidak peduli sedangkan Dia adalah Maha Penyayang dan Pengasih? Apakah ada derita yang sengaja diberi oleh Allah untuk menganiaya hamba-hambaNya? Adakah wujud kezaliman atau kesilapan pada takdir yg telah ditetapkan sedang Dia adalah Maha Adil dan Maha Sempurna?


                                                                                                                   
Hakikatnya kita yg jarang dapat bersangka baik kpd Allah krn mabuk dgn nikmat dunia !

noted: post ini sebagai peringatan untuk diri ini.. Andai rebah, ayuh bangkit !

Monday 11 November 2013

3 resepi menjadi gabungan terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama tak berupdate blog.. tuan tanah sangat-sangat
malas nak menaip sebenarnya..

Gabungan makan malam yang kena sekali.. dari 3 resepi
yg simple dr sifu2 blog masakan ...

Dari 3 resepi ini...


JADI.. 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
INI
Lamb Chop
Caesar Salad
Shep Pie




Sesiapa yang nak cuba boleh cari di blog Azlita Masam Manis dan
blog Che Mat Gebu, Salad tu just google je. Byeee...


Sunday 20 October 2013

Nasi Goreng Kerabu.. sukanye..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Masak simple2 untuk anak2 malam tadi.. Nasi Goreng Kerabu..
ini fov kmal.Kebetulan semua bahan ada.. selalu payah
nak buat sbb kadang2 serai ada, cili tak dak,cili ada bunga kantan
tak dak.. bila dah ada semuakmal buat la.. puas hati.

Siap ada side dish lagi fov jugak papadommm...

Nak resepi tak..



Resepi Nasi Goreng Kerabu 
( ini untuk 2 orang, bahan agak2 je.. )

- Nasi putih
- 3-4 ulas bawang putih (tumbuk)
- 2-3 ulas bawang merah (tumbuk)
- cili padi ( dipotong kecil, letak masa dah nak masak, kalau taknak pedas)
- 1btg serai ( di hiris halus)
- 1 bunga kantan ( di hiris halus)
- 1helai daun limau purut di hiris halus (kalau taknak pun takpe)
- 3-4 batang kacang panjang (potong dadu) kalau ada.. kmal x letak
  Taugeh, kailan
- isi ayam, sotong,
- telur ayam
- sedikit kicap cair dan lada putih
- minyak untuk menumis
- garam

caranya ;
-tumis bawang sampai kekuningan/naik bau
-masukkan ayam,sotong kemudian serai, bunga kantan,kacang panjang 
 dan semuanya lah..
-akhir sekali baru masuk nasi.. gaul rata..
- kalau nak pecahkan telur sekali dengan nasi pun boleh,
  nak goreng mata kerbau pun boleh..

Selamat mencuba

Wednesday 16 October 2013

Sandwich Bayam Merah Homemade



Assalamualaikum,

Jumpa resepi  sandwich ni di FB RASA.. kebetulan ada sayur 
bayam merah dalam peti,ais.. maka bersarapan kmal anak beranak...
Hubby pulak pagi dah keluar kayuh basikal dengan Aiman.

Sementara tunggu hubby balik.. siapkan sandwich ni dulu.

Ok.. Mari tengok bahan2nya:


kemudian step by step ye.. kalu nak resepi tgk di status sebelum ni ye..
Kmal suka sapukan butter diluar  atasbdan bawah.. nnt sandwich garing ja.



Bakar guna waffle maker. guna pan utk grill sandwich..






Wednesday 25 September 2013

Sandwich Bayam Merah

Assalamualaikum,

Hemm Bayam Merah banyak dalam peti ais tu.. baki
sayur utk mia.. nanti boleh dibuat sandwich pulak....
jumpa resepi dr FB Majalah RASA


Sandwich Bayam Merah..
Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: Seorang

BAHAN-BAHAN:

2 keping roti sandwic Gardenia Breakthru
1 ikat bayam merah | diambil daunnya sahaja dan dicarik halus
2 biji telur | direbus
3 biji cili padi merah | dihiris halus
3 sudu makan mayones
½ sudu teh serbuk lada hitam
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Rebus bayam merah di dalam air mendidih. Angkat dan tos.
2. Kemudian letakkan bayam rebus tadi ke dalam mangkuk dan masukkan 

mayones secukupnya.
3. Setelah itu masukkan pula telur rebus dan dikacau sehingga menjadi sebati.
4. Perasakan secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam.
5. Seterusnya masukkan hirisan cili padi merah dan dikacau rata.
6. Akhir sekali, potong bahagian tepi roti dan sapukan dengan inti bayam merah 

tadi. Tutupkan dengan sekeping roti lagi. Sedia untuk dimakan.

p/s nnt kmal tempek gambar dr hasil buatan sendiri

Tuesday 10 September 2013

Butterscotch Breadbutter Pudding

Assalamualaikum,

Hari ni nak letak step by step dan resepi diatas.. satu lagi resepi ni
cukup2 untuk family makan .. yg kmal buat ni utk jamuan jd doublekan
lah sukatan resepi dibawah ye..tak sempat nak snap pic cantik2 dlm
pinggan.. sbb dah habis dan reserpi ni akan kmal guna utk bila2.. sbb
sedap..manispun elok2 sangat.


Bahan:
4 keping roti sandwich di sapu ngan butter
2 biji telur
1 cawan susu segar
4 sudu besar gula perang ( nk guna gula biasa pun boleh )
2 sudu besar cranberry kering ( kalau xde guna raisin lg sedap )
1 tutup esen vanilla
Secubit garam

Cara2 nk masak


Potong roti ikut  suka, kmal potong kiub je. letak roti td dalam acuan.



 Campurkan susu dan cranberry atau raisin (kmal guna dua2) panaskan dalam periuk 
hingga ada bubble kecil dalam 10 minit ( jgn sampai mendidih  ).

Sambil2 menunggu susu tu mendidih, satukan dan pukul telur, gula, esen vanilla dan 
garam sampai gula hancur . 
 

Bila susu dah ada bubble kecil kat tepi dia, tutup api dan tuang sedikit dalam 
bancuhan telur td sambil kacau laju2, pasti kan telur tak berketul. Kemudian baru
 tuangkan lebihan susu td dan gaul rata.

 
 
Bila susu dan telur dah sebati, tuang bancuhan dalam acuan sampai roti tenggelam 
dan tekan2 sikit roti tu biar semua roti tu kena dengan bancuhan tadi ketepikan 
( biarkan sekejap sementara oven panas supaya roti leh menyerap bancuhan custard td ). 
Panaskan oven 200c selama 20 minit.


sebelum masuk oven.. letak sedikit butter spt gambar dibawah.. supaya
bila masak nnt nmpk cantik dan garing.
Bila oven dah cukup panas, bakar puding td selama 20- 25 minit sehingga puding td 
kembung sikit dan bahagian permukaan puding bewarna kuning keemasan 
( kalau nak atas dia garing sikit  bakar ler lama sikit tau ).
 Biarkan sejuk dan  siap tuk dihidangkan.



  Ini kmal pernah buat guna roti gardenia biasa..