Monday 22 December 2014

Rosemary Chicken Grill

    Rosemary Chicken Grill

Salam.. hambik.. tergolek sekor-sekor..
Sebenarnya.. ini gambar lama.. dari fotopagge yang kmal sempat Copypaste dlm komputer
saja nak letak dlm blog ni.. semua kenangan gambar resepi dr fotopages dah hilang terus..
sebagai rujukan kmal kena CP dr blog kawan2 buat RCG ni yg guna resepi yang sama.. minta
halal ya kawan2..
Rasanya kat blog ni pun ada satu entry kmal buat RCG ..cuba tak sempat letak resepi ble tengok  disini

Kmal selalu kalau buat ni ada set-set dia sekali.. wajib kena ada nasi ayam, salad, blackpepe sause dan baked bean.


Lama kmal tak buat ni.. rasanya waktu terdekat anak2 semua ada kena buat ni.
Gambar2 ni masa adik angkat alam maya datang dr KL.. jamu depa dgn RCG. Nak bagi adik2 puashati 3 ekor sekali masuk oven.. puas..




Ini resepi.. sapa2 nak buat sila la.. cuti2 sekolah ni anak2 ada . sesuai sangat.


Resepi   
Ayam Panggang Rosemary (Rosemary Chicken Grill)

1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega
Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.




Kenangan yang tak dapat kmal lupakan.. seronok sangat terima kunjungan adik2 dari KL ke Asetar

  

Siapa yang berkunjung.. ada Watie, Arin, Mira, Azue dan Salleh

 

Sunday 21 December 2014

Tempura Broccoli

Buat broccoli ni sebab nak balas dendam.. kerana masa ke CH 2 minggu lepas
punya teringin nak makan.. redah hujan lebat ke pasar malam brincang.. cuma
cuma nak cari broccoli dan cendawan celup tepung.. 
Masa nak bayar terkejut jugak.. ada lah dalam 10 ketul kecil2 RM5 .. rasanya dulu
baru 3 ringgit kot.

Malam ni.. menu makan malam.. 2 kumtum broccoli di buat celup tepung.. puas.

TEMPURA BROCCOLI


 Esok pagi pulak.. sarapan.. buat waffle.. disirami dengan compote homemade strawberry..


Wednesday 10 December 2014

Nasi Ayam Penyet Utara


 Salam semua,

Lagi kmal letak Nasi Ayam Penyet.. kegemaran hubby dan anak2 dan kmal.kalau nasi ini memng bertambah biarpun semuanya dah nak berair hidung2.. nak buatpun senang dan cepat.

Ada dua kali kmal letak dalam fotopages.. tapi sayang link fotopages dah tak boleh buka.. hai byknya gambar dan kenangan di sana..

Bawah ni kmal copypaste ja.. resepi yang kmal update dari fotopages..nnt ada pulak yg heran dgn ayat dan situasi dibawa ini.. TAPI gambar2 semua ni terbaru ya.. hasil air tangan kmal sendiri masak baru2 ni cuma kmal malas nak taip resepi.. CP ja.. senang.. tp CP pun dr hasil sendiri ya..tak ciluk2 yg org lain punya tau.

NASI AYAM PENYET UTARA
Sumber resepi CP dari Amal Fotopages.. (Fpages sendiri ya)



Nasi Ayam Penyet...Kedah Marii..
Rajin pulak kmal letak n3 baru...sebenarnye... petang ni...nak naik basikal..tapi tp dah lewat...sangat..tgk jam dah 7.15... kmal ni kayuh slow sikit..mau sampai masuk Maghrib satu pusingan tak dan sampai rumah lagi... dah tak jadi nak kayuh basikal..kmal buka laptop.. letak le n3 menu tangahari kmal hari ni...

Ayam Penyet.....ni bukan orang Johor atau S'gapore yg buat tau.... tp orang Kedah buat..he..he... kmal cuba google kat internet..jumpa satu resepi.. dan tgk2 jugak resepi dari blog dan FP kawan2 yang pernah buat Nasi Ayam Penyet ni... maka terhasil le..


sekor ayam belah 4... dgn sambal, sup dan ulam-ulam...kenyang

ADUHAI....SABAR JE LA... maaf la...n3 kmal ni tersekat2 tak de penamat...nak letak satu ayat dan satu gambar..punya la siksa... dr semalam smpi pagi ni tak boleh2... nak kat intenet ke laptop kmal yg problem x tahu le...


sambal ni...hubby kata dah 90% dah nak dekat rasa mcm kat Johor baru2 ni...kena buat kajian lgi ni... tp bila makan tgk semua dah berair mata dan hidung tu...sah le...90% jadi.

Resepi Nasi Ayam Penyet..kmal CP dr blog ijan sebab kmal guna resepi ni cuma masa nak goreng ayam..kmal tak lumurkan dgn tepung beras..terus goreng je.

Resipi Nasi Ayam Penyet

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam /Daging
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. + sebiji telor atau tepung beras shj
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)

* Sedikit minyak masak
* 18 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Haa.. tu dia..

Macamana...terliur tak... Nasi ayam Penyet ni kmal ikut resepi..kena rebus dulu baru goreng garing...lain kali nak cuba kukus dulu baru goreng... rasanye dlm masa terdekat ni kena buat lagi..tak puas makan..

Roti kaya dgn kopi panas ni kmal buat utk minum petang...bila tgk kat FP nuanza..terus terliur..

resepi...kalau intenet x de masalah..kmal akan letak.. bye. 





Ok.. ayam ni kmal rebus dulu.. toskan perap dgn bahan perapan lebihan bahan perapan gaulkan dgn tempe dan tauhu..biar dlm 3 jam.. nak makan goreng garing..

Tuesday 9 December 2014

SummerCamp Paya Pahlawan Jitra utk Azim



Selamat pagi semua.. sementara tunggu selesai pendaftaran anak.. sempat lagi update blog.

Ini kira rezeki bergolek.. kenapa.. sbb rezeki Azim dapat masuk summercamp anjuran Kerajaan
Negeri Kedah.. freeee... tau.

Selama ni memang berhajat nak hantar anak2 ke kem anak2 soleh atau summercamp dlm musim
cuti sekolah ni.. dah le nak berjalan2 cuti cuti malaysia  tak sempat.. bila dapat masuk summercamp sekurang2 anak2 dimotivasikan... moga balik nnt ada lah perubahan.

Tahupun dari bos kat ofis.. sbb dia cuba wsap urusetia camp ni.. kmal pun mencuba nasib
Alhamdulillah.. azim dapat .. tapi aiman tak dapat sbb lebih beri tumpuan pd pelajar Drj 5 dan Tgkt 3.

Pagi tadi sebelum daftar di kem Paya Pahlawan Jitra singgah breakfast dulu depan IPD Kubang Pasu pekena Roti Canai dan Roti Bakar sempoi katanyee..

Dlm 8.15 sampai.. terus daftar.. dan ibu bapa kena tgu untuk sessi taklimat dr pihak urusetia..
selesai dan tinggallah anak mama sorang ni.. selama 3 hari.. moga mendapat keberkatan dan
menjadi anak yg baik dan soleh sekembali nnt.. Hemm 3 hari mama tak ada pembantu rumah ni.
.. sbb azim anak yang rajin membantu mama di rumah.





Sunday 7 December 2014

Vendor Boutique








Bismillah... baru nak cuba menjadi vendor butikcafe.. selain dari tempahan terus dari cust..
tengah cuba2 cara ni pulak.. banyak sungguh butik cafe sekarang macam cendawan tumbuh
lepas hujan.. area Alor Setar dan Jitra.. sepajang jalan boleh jumpa hampir 10 butik cafe..

Buat permulaan kamal cuba butikcafe kawan dulu.. nanti kmal cuba tambah lagi vendor2
lain.. dari pencarian maklumat.. kadar sewa slot tak kiralah slot makanan atau apa2 berlainan.
ada butik ini mahal dan yg murah sikit.. hemm banyak lagi kena survey ni.

Kmal cuba dengan crepe dulu.. sbb kebanyakan slot makanan dah diisi vendor2 lain.
Sesiapa area Alor Setar dan Jitra boleh lah terjah..ke butik cafe Redcrystalmaya di Jitra
alamat ada di gambar dibawah..

Kmal akan sentiasa update di FB dan Instg tiap kali restock.. jadi cust dapat merasa
crepe yg fresh lagi.

Bila tiba musim durian.. kmal akan buat DURIAN CREPE..masa sekarang ni tak balik modal
kalau buat.. di area sini nak letak harga mcm KL payah la..



Saturday 15 November 2014

Spaggeti Meetball

Throwback
Kenapa byk update cerita lama.. sbb tuan rumah tak sempat nak update tiap2 hari hehe..
Tak pa la kan.. janji blog ni masih bernyawa dgn gambar2 makanan dan xtvt kmal sekeluarga..

Buatkan Spaggeti meetball ni sbb ada lebihan homemade meetball dlm freezer.. setakat tambah pi beli salad ja.. dressing kocak ja campuran bahan apa yg ada di dapur yang penting bahan utama untuk dressing mesti ada.. olive oil, lemon, madu dan lada hitam.. siap.. dressing untuk salad yg
simple..

Sementara anak2 ada.. ayoi dan arash masih dlm cuti sem.. arash dlm 2..3 hari lagi dah nak masuk KMKN.. tahun depan nampaknya ambik degree kena la berjauhan dgn mama.. sbb kampus yg ada di KL ja.

Dalam cuti sem.. pandai pulak cari duit.. ikut paksu join jadi urusetia ptandingan Muaythai sedunia di Langkawi.. lumayan jugak bawa balik gaji utk 2 minggu danlumayan jugak depa shooping choc di Langkawi..

Spaggeti Meetball




Malas nak taip Ini kmal CP dr enrty sebelum ini utk resepi meetball.

 Homemade Daging Burger/Meetball

500gm daging kisar Ramly
100gm bawang holland (potong dadu)
50gm serbuk roti
1 biji telor
2 sdb worcestershire lea & perins
1/2 sdk lada hitam
1/2 sdk lada sulah
2 gengam daun sup/ketumbar (hiris)
Garam secukup rasa.

Caranya :
Gaul semua.. bentuk bulat leper.. ble terus guna atau ble frozen.

* resepi ni boleh dibulat2 untuk buat meetball.. ini kmal buat
separuh daging burger separuh meetball dan frozenkan.


Kmal namakan diet salad sebab dressing salad ni tak guna mayonis
atau apa2 lemak..

Bahan Dressing:utk semangkuk salad
3 sudu besar minyak zaiton,
1 sudu besar madu
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jus lemon
sedikit garam

Masukkan semua bahan dressing dlm botol kecil(kmal guna botol terpakai
yg dah dicuci bersih spt botol nescafe), goncang(ayat org utara) sebati,
tuangkan atas salad dan digaul sebati. Kmal suka gak letak sedikit mustard.


 Moga impian arash tercapai..


ini gambar yang paksu tag kat kmal.. sbb tahu mamanya rindukan hero2 ni.




Tuesday 11 November 2014

Nasi Mandy Ayam jamu ofismate



Assalamualaikum..
Throwback..
Jamuan raya khas untuk kawan2 ofis.. kebetulan masih cuti lepas balik kg..
saja call kawan2.. mai rumah.. ingat nak buat simple2 ja.
Pagi kul 8.00 dah ajak hero2 jd bodyguard utk bawa barang2..
tanpa dirancang.. mejadi jugak buat pertama kali cuma buat sendiri Nasi Mandy.
Kul 12.oo terpacak siap semuanya selepas bersilat seorang diri didapur.
Sesiapa nak resepi  sila ke blog azie.. kmal ambik dari situ siap ada step by step lagi.

Hemm.. apa menunya..
Nasi Ayam Mandy
Side dishnya salata, sos cilinya
Seafood Olio
Salad dengan simple dressing
Kek Keju Leleh dan Kek Victoria Sandwish

Alhamdulillah dapat jamu semua kaum hawa satu ofis datang. Tuan rumah siap hidang
Nasi Mandy dalam talam lagi supaya dapat mengeratkan kan siratulrahim.. makan ramai2
dalam satu talam.






Tuesday 4 November 2014

Homemade Creamy Tomato Soup



Satu lagi menu starter yang kmal suka.. jatuh cinta dengan soup tomato ni masa first time
rasa di Manth Fish Market,, balik cari kat mr google.. jumpa resepi ni dan memang tidak
menghampakan.. bahan-bahan pun simple ja.. kebanyakan ada dlm stok di rumah.

Bahan-bahannya:




Ingredients
2 tablespoons olive oil*
2 large onions, chopped*
4 cloves garlic, chopped*
1 28-oz. can whole peeled tomatoes (or fresh tomatoes)*dlm 8 biji besar
salt and pepper*
Bertanda * tomoto potong bulat kasar dan lain2 campur sekali grill dlm magic pan atau oven dlm 10minit
3 1/2 cups low-sodium chicken broth or vegetable broth( 2 kiub ayam)
salt and pepper secukup rasa
½ biji bwg besar dan 2 biji bwg putih utk tumis
Olive oil

Directions
Heat the oil in a large saucepan over medium-high heat. Add the onions and garlic and cook, stirring often, until softened, 5 to 7 minutes.


Add the tomatoes (with their juices)dan semua bahan yg digrill, kuib, thyme and 1/2 teaspoon each of salt and pepper. Simmer, stirring occasionally, until slightly thickened, about 15 to 20 minutes. 


Working in batches, in a blender, puree the mixture until smooth. 


Serves 4.
*** kmal tambah susu sikit agar soup ni creamy.




My qaseh.. satu lagi produk solarisss untuk kaum lelaki.. Qaseh Kekanda..
Hubby dan anak2 kmal semua amalkan produk ini.