Monday 7 July 2014

SAGO GULA MELAKA

Assalamualaikum,

Dah masuk 10 hari berpuasa..kejap ja..ini salah satu menu wajib.. yang menjadi
fov semua kmal sekeluarga.. lagi seronokdapat makan secara jemaah ..berebut-rebut..
Resepi dah letak sebelum ni.. sila scroll bawah ye.



Jom layan resepi:



Sagu Gula Melaka
 
Bahan A :
2 cawan sagu biji
5 cawan air
 
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
 
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan
 
Cara-cara Adunan A :
1.Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.
 
Cara-cara Adunan B :
1.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2. Buang daun pandan dan sejukkan.
 
Cara-cara Adunan C :
1.Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
Cara menghidang :
1.Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
2.Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
3.Siap untuk dimakan!!!