Thursday 30 May 2013

Zukinni Pancake


Assalamualaikum,

Pagi pagi dah mengadap ASTRO cannel AFC.. hari ni resepi simple  dan best
dari Berefoot Contessa.. Arugula Salad dgn Walnut, Zukinni Pancake dab byk 
tip-tip di dapur.. ok sebelum lupa nak letak resepi Zukinni Pancake yg senang
dan sedap dan yg penting healty food..

Sebenarnya.. terbayang-bayang bila nnt boleh tanam sendiri zukinni.. bolehlah
makan fresh-fresh.. yg seronok pagi ni dah boleh buat omellet dgn campuran 
lebihan cambahan yg dipotong dr benih Salad Cina, Kailan dan Sawi.

Zukinni Pancake

Bahan
2 biji Zukinni (parut halus)
2 biji telor
6 susu besar tepung
1 susu kecil baking powder
1 susu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam

Caranya:
Dalam mangkuk dlm gaulkan sebati semua bahan
parutan zukinni, telor, tepung, baking powder, garam, lada

panas pan yg besar.. masukkan butterbdan mintak zaiton
masukkan sesudu besar adunan.. alih setelah garing. 
Angkat dan sedia dimakan panas..panas.

Ini rupa Zukinni Pancake.. pic ambik direct dr TV sebab tu kelabu asap.



I
Ini lebihan cambahan dari benih Salad Cina, Kailan dan Sawi.. dr di buang sbb tiada bekas
nak tanam.. tak sangka semua benih bercambah.. dah tiada pasu nak dilih utk ditanam.. 
dari dibuang elok dibuat makan.. 

Hasilnya.. Omellet Sayur BerCheese..



Omellet yg ada beraneka jenis sayur dan keju..  



Side dish.. Salad.. healty food ke ni..



Sarapan Omellet dgn Secawan Nescafe... haaa... puas..

Wednesday 29 May 2013

Sulung dan Bongsu

Assalamualaikum,

Sebelum delete gambar ni dari ipad baik letak dalam blog untuk kenangan dua 
beradik ni.. nnt ble tengok kan.. anak2ku..

Ni.. Hero sulung kmal dah masuk 20 tahun dengan satu2nya tuan puteri dalam 
keluarga ni.. Amani Miasara 2 tahun 3 bulan  .. haa banyak bezakan umur abg 
dan adik ni.. tu le hikmahnya.. rupanya dari jarak 9 tahun abg Aiman yang disangka 
bongsu tu ingatkan dah tutup kilang.. rupanya Allah nak bagi kawan untuk kmal,
sekarang si Mia ni le yang suka sangat sikatkan rambut kmal.. suka sangat taburkan 
bedak kejap kat muka kejap kat belakang badan.. kalau berkebun dia le yg asyik
nak tolong siram pokok.. dengan2 kmal dia siram... ptg2 berkelahi dengan Mia le..
abg2 semua dah turun padang main bola. kalau tak de Mia mengadap le kmal 
sorang-sorang tgk tv...sekarang tidak lagi dah ada si Mia comel ni..

Agaknya sebab dalam family ni ramai hero.. atas pada mia ada 4 orang abg, anak2 patung 
x minat, suka bola dan keta mainan, klu tv sama geng dgn abg, bersorak tgk bola,macam
 semalam kmal sekeluarga keluar makan.. kebetulan ada geng moto2 besar sebelah.. moto pulak
 diparkin dekat je.. hero2 kmal ni semua minat moto mcm ayah diorg gak..ayah dan abg
 bersembang bab moto.. tu moto jenis.. cc.. bla..bla.. Mia boleh sama join nak cite bab 
moto jugak.. siap buat bunyi bommm...bommm konon mcm bunyi moto ayah dia.. 
siap gelak2 dgr abg dan ayah bercerita.. hai..mia..mia.. ni le penawar hati kmal.. 
senyum kmal tgk gelagat mia sekarang.

Permata hati dan nyawa mama..





Sunday 26 May 2013

Layan Anak2 dicuti sekolah

Assalamualaikum,

Cuti sekolah  ni.. semua anak2 ada.. Arash baru balik dr MRSM sabtu petang.. abg masih ada..
masih dlm cuti sem lagi, awal bulan 6 baru masuk balik. Mama dengan ayah boleh layan dan
ikut selera anak2 sekadar yang termampu ja.. minta maaf ye anak2 mama dgn ayah nak bawa
jalan2 pun tak boleh lagi buat masa terdekat ni.. Insyaallah.. nnt kita jalan2 ye.

Juadah petang untuk anak2 tersayang.. mama tak sampai hati nak buatkan mee saja.. terus
mama merajinkan diri buatkan Ayam Goreng Berempah dan Puding Jagung.. dalam rumah ni
sentiasa ada stok instant noodle.. kadang2 nak keluar semata2 nak cari mee basah malas sangat..

 laju ja anak2 makan mee dgn ayam goreng panas2..

Asal kejadian Puding Jagung ni sbb sayang lebihan susu cair masa buat tempahan kek.


  
 Guna Instant Noodle je.. habis licin anak2 dan hubby makan.


Malam lepas sembahyang Magrib cepat2 siap.. kena ikut lagi kehendak anak2 nak tgk wayang
Bikes Kental.. kelam kabut hubby driver ke Jitra Mall sbb nak tgk yg awal sikit yg kul 9 lebih..
last2 dah full.. ingat nak tgk cite apa tu.. fast furious.. Aiman dgn Mia  bawah umur pulak.. jadi
kami lepak2  dulu Nasmir sambik hero2 tgk bola.. dekat kul 11.00 baru naik semula ke Jitra Mall.. nasib baik Mia ok.. siap tgk sampai tak nak meyandar langsung dekat mama ni ha.. Mia..mia..
tak kan kau minat moto besar jugak kot... biarlah ayah dan abg2 ja.. sudah le.. risau tgk sekarang
pun si Mia ni dah lasak mengalahkan boy dah.


Sunday 19 May 2013

♥♥ HOT TIPS & INFO ♥♥ JUS SIHAT

♥♥ HOT TIPS & INFO ♥♥ JUS SIHAT





✪ Carrot + Ginger + Apple ➟ Tingkatkan dan membersihkan sistem kita.

✪ Apple + Timun + saderi ➟ Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

✪ Tomato + + Carrot Apple ➟ Meningkatkan komplikasi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

✪ peria + Apple + Milk ➟ Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

✪ Orange + Halia + Timun ➟ Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.

✪ Nanas + Apple + Tembikai ➟ Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.

✪ Apple + Timun + Kiwi ➟ Untuk meningkatkan warna kulit.

✪ Pear & Banana ➟ mengawal kandungan gula.

✪ Carrot + Apple + Pear + Mangga ➟ menurunkan suhu badan, melawan keracunan, menurunkan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.

✪ Honeydew + Anggur + Tembikai + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan kekuatan imuniti badan.

✪ Betik + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.

✪ Pisang + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Saturday 18 May 2013

Naik Gunung Jerai lagi

Assalamualaikum..

Selalu kalau nak jadi macam ni tak boleh di cadang atau dirancang awal2 kena buat terkejut.. baru jadi.. macam kes ni... hari khamis habis ofis jam 3.30 petang tak tahu nak buat apa.. tiba2 hubby siap pakai segala.. wah nak ke mana ni..
 jom katanya... 
Lama tak asah tayar moto ...Kmal ni pantang diajak.. Mia abang-abang boleh tolong jaga kejap.. siap ringkas2 janji selesa nak merempit.. kita panjat Gunung Jerai lagi.. tapi kejap ja.. sampai atas
puncak.. jalan2.. tgk budak2 mandi kolam.. tengok matahari terbenam.. kemudian turun... jadi la kann..

Suka sangat gambar ni... simbolik berlatar matahari terbenam.. model pun samar2 ja.


Jalan-jalan lihat permandangan atas Puncak Gunung Jerai.. tak ramai org masa ni..



sessi.. ambik gambar..



Kemudian turun balik Alor Setar... sekian..

Saturday 11 May 2013

MAKAN MAKAN LEMAN CORNER

Assalamualaikum,

JJCM ni dah lama.. masa turun dari puncak gunung jerai.. 
masing-masing perut kelaparan.. kebetulan kedai ni 
member hubby.. dekat je.. masuk simpangGuar Cenpedak.. 
dekat2 Teroi.. ada kedai ni.. makanan semua sedap.. lebih2 
lagi mee udang.. sedap.. fresh.. dan jenuh makan.
Mee Udang ni Kmal punya


Order apa.. Azim makan Lamb Chop, Aiman Fish & Chip, Hubby..nasi goreng fov dia Nasi Goreng Cina.  
Mia rasa semua termasuk mee kmal yg sudah diproses supaya 
tak pedas..








Dia sorang ja.. makan atas meja.. tuan puteri katakan... 
semua boleh ye Mia...

Wednesday 1 May 2013

CUBAAN PERTAMA ... KACANG POOL

Assalamualaikum,

Hemm.. rasanya dah lama mengidam nak makan makanan orang johor ni..
tgk google byk pulak resepi... kebetulan nak satukan kacang pool ni dengan
homemade roti banggali buatan sendiri... tapi tiba masa nak buat..cari satu
Asetar tak jumpa.. kacang poul jenama Kimball... sampai dah hilang 
semangat nak buat... kebetulan pergi Giant A.Setar nak beli buah2 untuk tempahan
pavlova.. tiba2 ternampak banyak kacang foul.. apa lagi terus ambik 2 tin dulu..
ingat.. nnt2 ble pi beli lain.. lusa kmal pergi dah habis...  nasib ada yg ambik baruni..

Rajinkan diri buat roti dan bun untuk anak-anak .. pagi esok tu.. bersarapan lah
kmal dengan puashati.... sbb dapat buat sendiri kacang pool.. memang sedap.. 
sampai malam kami asyik duk ulang makan...

Macamana orang Johor.. jadi tak orang Alor Setar buat.. yang tak tahan tengok .. telor goyang tuu 



Nampak tak... tuu.. roti tu.. buat sendiri tau.. ingat nak buat roti loaf/sandwish tp tak dak pan ..


resepi... google je.. tak ingat dari blog mana.. tkasih utk tuan punya blog..






 Macam bicerita diatas.. kita ulang tayang kacang pool ni sampai malam.. cuba tambah menu roti bun dan roti canai telor je..