You follow I follow

Wednesday, 27 March 2013

BONUS..RESEPI LAGI..NASI GORENG CINA

Assalamualaikum...

Semua sihat... kmal sihat... hari ni nak letak resepi yang
selalu kmal buatuntuk makan malam... 
NASI GORENG CINA.. 
cepat dibuat.. sedap dimakan .. ada resepi ..sila le buat 
untuk anak-anak.

NASI GORENG CINA



Nasi Goreng Cina
Bahan-bahannya:
3 cawan nasi
isi ayam, udang, sotong( ikut suka nak letak banyak mana..ikut budget)
Telur 2 biji
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
Lada putih ikut pedas (kmal letak dlm 1sk je)
Bwg Putih, minyak (utk tumis)
Sayur-sayuran (ikut tok guru guna mix vege. je) kmal letak karot dan brocoli.
*semua bahan diatas ni..sukatan lebih kurang je...sebab kak amal masak jenis campak2..jadi guna la daya  kretiviti masing2 ya..(betul ke ayat ni).

Caranya:
Panas minyak..tumis bwg putih..masukkan isi ayam, udang, sotong--masa ni api kena besar, masak cepat2 mcm kat kedai duk masak tu...gaul sebati..pecahkan telur dan digaul lagi..slow sikit api masukkan nasi yg telah dileraikan terlebih dahulu...masukkan sos tiram, kicap cair, lada putih dan garam secukup rasa..last sekali masukkan sayur..siap.

Tip dari kak amal - nak lagi cepat masak dan jimat masa, masa leraikan nasi yg baru masak tu...gaulkan siap2 dgn garam dan lada putih..nanti campak je nasi tu...siap..

Saturday, 23 March 2013

LAYAN SPAGGETI JA MALAM NI

Assalammualaikum,

Malam ni rasa malas sangat nak masak nasi dan lauk... cara paling
mudah dan cepat buatkan spaggeti ja.. meet ball ada lagi baki dlm
freezer, letak sosej , lada trafiklight dan sos prego siap...


Gaya Mia bila dapat spaggeti. tak sempat duduk dah


lepas makan kena salin baju...

Tuesday, 19 March 2013

SAGO GULA MELAKA MY FOV

Assalammualaikum,

Selingan ... nanti Kmal sambung cite kami makan2 di Guar Cempedak kedai member hubby yang mesti kami singgah selepas turun dari Gunung Jerai... Kali ni Kmal nak letak resepi pemanis mulut yang menjadi kegemaran Kmal lebih-lebih kalau di bulan puasa.. ini mesti jadi menu wajib.. selang selang hari mesti buat..

layan je gambar dan resepi ye..

SAGO GULA MELAKA


Sago Gula Melaka
Bahan A :
2 cawan sagu biji
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara Adunan A :

1.Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara Adunan B :
1.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2.Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C :

1.Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang :
1.Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
2.Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
3.Siap untuk dimakan!!!


LEPAK RELAX DI GUNUNG JERAI

ASSALAMUALAIKUM,

Hari jumaat baru ni.. kebetulan ofis Kmal ada kursus di puncak Gunung Jerai Kmal tak terlibat sebagai urusetia.. jadi.. pakat dengan hubby.. pagi Jumaat tu dalam kul 12 tengahari.. bertolak dari rumah..  sampai kaki gunung jerai.. hubby sempat sembahyang jumaat dulu.. lepas tu baru naik atas ..

Selesai hubby sembahyang Jumaat sebelum naik singgah beli nasi bungkus disini.. nnt ble makan diatas. Memang dah set bagi sampai. elok2 member ofis nak masuk kursus.. Kmal boleh la guna bilik diorang untuk tumpng makan dan lepak2 dengan Mia.. abg2sampai ja terus terjun swimming pool.


Ini sebelum naik Gunung Jerai... Kmal, Mia dan Aiman tgu di kaunter Regency Jerai Hill di kaki Gunung Jerai, banyak info ttg Gunung Jerai xtvt dan info ttg Resort di atas Gunung Jerai.
Untuk warga Kedah sahaja.. dari bulan Mac hingga April ada promosi semua bilik murah sekali dgn breakfast.. tapi kena tunjuk ic untuk membuktikan kita ni rakyat Kedah. Kalau hubby tak keja mana2 teringin gak.. lepak semalam.. ble menikmati udara sejuk dan berkabus.. makanan dari Regency Jerai Hill Resort ini terbaik yang kmal pernah makan masa kmal kursus disini tahun lepas.. tak tipu..mmg sedap balik asyik teringat2 terutama semua dessert dan koktail...


    Layan ja lah gambar2 ni ya.. ini salah satu bilik di Regency Jerai              
                         Hill, tak dak econ tau.. sebab dah sejuk.

Sampai ja.. terus buka nasi bungkus.. makan kat beranda depan chalet..













Ini jalan ke Swimming Pool






















Monday, 18 March 2013

HAPPY BIRTHDAY AIMAN 7/3 DAN ABG AYOI 19/3

Assalamualaikum...

Bulan 3 ni Aiman dan Abg Ayoi.. sambut bday... mukapun dah lebih kurang ja... feel pun sama...
Buat anak-anak mama tiada apa yg istimewa dapat mama berikan
hanya doa yang mampu mama berikan...moga Aiman dan Abang menjadi anak yang soleh dan cemerlangdunia dan akhirat...

Bday Aiman sempat jugak mama raikan.. simple2 ja.. bday boy hanyanak makan char kewteaw Ja.. jadi Kmal ajak hubby ke Jitra .. singgah Domino beli pizza singgah SR beli sepotong kek... dah... lengkap..

Buat Abg ayoi mama hanya sekadar ble mama ucapkan dari jauh.. tak pe.. nnt balik mama belanja k...



 Layan ja gambar sambutan bday Aiman di Marvelous Char Keawtew di Jitra...













HOMEMADE MEE WANTAN

Assalamualaikum,

Dah seminggu tinggal 4 beranak je.. jemu dah makan nasi..
jadi malam ni buatkan mee wantan je... mee kicap, sup, 
hirisan hotdog,wantan goreng dan sayur...

hirisan hotdog tu kononnya sebagai ganti hirisan daging le..
wantan tu kmal beli yang frozen..goreng je

ini untuk Kmal

Cukuplah untuk 4 beranak makan malam...

Ini yang Mia punya... licin... mia kalau mee memang suka sangat

Tengok lah gaya mia..

Sunday, 17 March 2013

CUBA UPDATE BLOG GUNA IPAD

Assalamualaikum..

Saja nak tya kawan2.. yang dah mahir  update blog melalui ipad...
Kmal tiap kali cuba... masa taip ok... masa nak masukkan gambar
asyik tak boleh nak guna gambar2 yg dari photo galery dlm ipad
ni... kalau nak add gambar.. yang ada gambar yg dah ada dalam
blog ni.. yg boleh ambik dari iphone ja, lagi satu melalui Picasa,
iphone mana kmal ada... yang ada byk gambar2 harian dalam
ipad ni ja... Bolah Sesiapa tolong... Kmal ni buta IT.. takat simple
update blog dan facebook boleh la..

Facebook boleh pulak update status dgn gambar galery dlm ipad ni.
Sesiapa yang tahu... boleh tolong tak...

Ok sebagai selingan  saja letak gambar2 gelagat Mia kalau dapat pencil dan kertas..









Saturday, 9 March 2013

DOA-DOA KESELAMATAN KEPADA PARA POLIS DAN TENTERA YANG BERTUGAS

Assamualaikum..

Al-fatihah untuk Anggota Polis yang terkorban di Lahat Datu

Sumber ini Kmal ambik dari blog resepirahsiaku.com sesuai diamalkan

Disini ada beberapa doa-doa keselamatan yang elok dibaca dan diamalkan. Para isteri-isteri yang mana suami mereka terlibat dengan "Ops Daulat" di Lahad Datu, Semporna, Sabah. Boleh berdoa untuk mereka yang berada disana supaya beroleh keselamatan dan dipeliharakan oleh Allah SWT dari bahaya.

1. DOA MENGELAKKAN MUDARAT ATAU DOA PENDINDING DAN PENGGERAK.



Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. DOA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT


Maksudnya:

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (Surah At Taubah: Ayat 129)

3. DOA SUPAYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARI KEJAHATAN PARA PENJAHAT DAN PARA PENZALIM.




Maksudnya:

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).
 4. DOA DIPELIHARA DARI PARA PENZALIM DAN MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT.


Maksudnya:

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

SEMUGA ALLAH SWT MEMELIHARA SEMUA ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DAN POLIS MALAYSIA KITA DAN BEROLEH KEJAYAAN YANG BESAR MEMUSNAHKAN PENGGANAS SULU.

SEKIAN WASALLAM.