You follow I follow

Monday, 28 April 2014

Sarapan sihat Omellet Bersayur


Assalamualaikum,

Dapat ideal utk entry ni lepas mereka cogankata peraduan
F&N sarapan sihat dr SINARFM.. harap ada rezeki ..penuh
le kudapan2 utk sarapan ...

Sarapan ni.. lama dah.. ayat sekarang trowback...
Sarapan simple tapi berkhasiat.. lebih2 utk anak2
lelaki yang banyak sangat aktiviti lasak..

Omellet Bersayur




Omellet Bersayur 

Bahan2nya: 
4 biji telur dipukul sikit, 
garam dan lada putih secukup rasa dan 
dicampur dgn 2 sudu besar susu segar..pukul sebati 

Bahan sampingan : 
Brocoli, carot, cendawan dan hirisan bawang besar 

Caranya: panaskan batter..masukkan hirisan bwg besar..goreng hingga layu..(+)kan telur dan akhir sekali sayur..jangan masak omellet tu hingga garing...biar agak 1/2 masak lebih sikit..

Cara hidang: sekeping roti letak omellet dan baked bean. 

bestkan klu dapat rezeki mcm ni.. puas nak bersarapan
 

Sunday, 27 April 2014

Sotong Celup Tepung

Assalamualaikum,

Kali ni kmal letak resepi Sotong celup tepung ...dah tak takut dah buat sotong 
celup tepung.selalu kmal malas nak buat sebab suka meletup..resepi ni jumpa kat 
FP dan Blog..ramai dah cuba buat...dan hasilnye sotong tak meletup..dalam 2 
minggu ni dah 2 kali kmal buat.




Sotong Celup Tepung
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer.

Masukkan sotong ke dalam telur. 
Ketepikan
Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur 

dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak 
sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min 

kalau tak nanti sotong keras and liat pulak. 

 Antara menu lain.. sambal tauhu dan sayur kangkung goreng belacan.

Monday, 21 April 2014

Diet Salad

Assalamualaikum,

Diet Salad
Kmal namakan diet salad sebab dressing salad ni tak guna mayonis
atau apa2 lemak..

Bahan Dressing:utk semangkuk salad
3 sudu besar minyak zaiton,
1 sudu besar madu
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jus lemon
sedikit garam

Masukkan semua bahan dressing dlm botol kecil(kmal guna botol terpakai
yg dah dicuci bersih spt botol nescafe), goncang(ayat org utara) sebati,
tuangkan atas salad dan digaul sebati. Kmal suka gak letak sedikit mustard.

Salad

Assalamualaikum,


Petang-petang... ni sukanye dapat meratah salad ni...simple je..

Salad

Bahannya:
Daun Salad
1/2 biji Brocolli dan 1/2 biji Carot - potong dan dicelur sebentar
2 biji tomato

Sos Thousand Island
3 sudu besar Mayonis
1/2 sudu sos cili
sedikit sos tomato
Susu cair sedikit

Caranya:
Digaul sebati semua bahan sos, dan dicampur dgn sayur.. sejukkan
sebentar..siap.

Sunday, 20 April 2014

Sambal Belacan Sup Kepala Ikan Merah

Assalamualaikum,

Throwback.. haha..
ini bukan menu terkini..
ini kejadian yang sudah berlalu..

Menu makan tenghari dgn dengan separuh bahan-bahan dari
hasil tanam sendiri.. cili padi, cili merah. daun bawang semua
fresh dari ladang depan rumah.. hatta bawang goreng pun buat
sendiri..

Sup Kepala Ikan Merah


Sup Kepala Ikan Merah

Bahan-bahan:
Kepala Ikan Merah ( dibelah 2)
(basuh dengan air asam jawa atau tepung gandum)
1 biji kentang, 1 batang carot
1 sup bunjut
1 kiub pati Ikan Bilis
1 sb perencah sup Adabi
1 mangkuk air dan garam, lada sulah secukup rasa

Bahan Tumis
1 biji bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji bawang putih - hiris
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.

Hiasan/taburan
Daun Sup dan Bawang oreng

Caranya:
Tumis bahan tumis - naik bau
Masuk air, sup bunjut, kentang, carot - biar mendidih
Masukkan perencah sup, pati ikan bilis, kepala ikan - hingga masak ikan
Rasakan garam dan sedikit lada sulah.
Hias bahan taburan sebelum dihidang.

Sambal Belacan.. sapa tak tau buat.. mai sini..


Caranya: tumbuk semua perah limau rasa garam gula siapp..
Cili tanam sendiri tau..


lauk lain buat jugak bendi goreng telor.. cukup utk lauk tengahari.



Homemade Burger

Assalamualaikum,

Hasil air tangan sendiri yang sangat-sangat
puas hati.. dan sedap.. tambah pulak ble
masukkan apa saja bahan yg kita suka makan
letak bawang dan mushroom byk.. makan masa
cheese tu meleleh-leleh..fuhh.. ini kalau anak2
tgk mesti minta mama buat lagi..



 Homemade burger

Bahan-bahan:

6buku roti burger
(belah dua,sapu butter dan grill sekejap agak garing)
Salad, tomato
Bawang holland, mushroom
(yg telah di masak sekejap dgn sedikit butter)
Cheddar slice cheese
Sos Black Paper

bakar burger guna pan ni je.. terbaik sbb daging tak kering masih
berjus.

 Homemade Daging burger

500gm daging kisar Ramly
100gm bawang holland (potong dadu)
50gm serbuk roti
1 biji telor
2 sdb worcestershire lea & perins
1/2 sdk lada hitam
1/2 sdk lada sulah
2 gengam daun sup/ketumbar (hiris)
Garam secukup rasa.

Caranya :
Gaul semua.. bentuk bulat leper.. ble terus guna atau ble frozen.




* resepi ni boleh dibulat2 untuk buat meetball.. ini kmal buat
separuh daging burger separuh meetball dan frozenkan.


cara untuk frozen.. lapik plastik ditiap tiap layer

bakar daging guna magic pan.. letak cheese

semetara itu letak bahan2.. salad, tomato, bwg dan mushroom..

letakkan daging burger yg sudah siap..

tuangkan sos black paper..

Taraaa... sila buka mulut luas-luas.. dan ngapppp..

Thursday, 17 April 2014

Baked Meetball

Assalamualaikum..

Hari khamis selalu kmal puasa.. kebetulan hero2
kat umah ni puasa jugak.. petang tu kena la
fikir menu berbuka yang berat sikit.. kena ada
selain nasi lauk kena ada menu lain sama.

Buka frezer tgk ada.. lg meetball, slice cheese,
sos keju herb prego, sos pasta prego.. mix vege
hemm.. cari2.. dlm peti ajaib.. tak dak pulak
walau sejenis pun pasta.. 

Teringat.. Baked Meetball PizzaHut.. 
apalagi mula la projek.. maka terhasillah
Baked Meetball yg simple tapi sedap..
Mia makan berketul2 meetball..

Baked Meetball

Ramai jugak peminat BakedMeetball ni.. jd kmal bg resepi.. simple ja
klu tgk betul2 nmpk sosejkan.. itu kmal letak sbb meetball x byk..stok
rakyat pulak ramai nak makan.. nak tambah apa2 ikut kesuaian sendiri.

Bahannya:
Meetball 20 biji ( Kmal guna jenama Azmy)
2 tin Prego Keju & Herba (cheese&herbs)
1 botol size kecil Prego ItalianmPstabSauce ( Mushroom)
1 tin cendawan butang ( potong 2 ja)
1 biji capcicum hijau ( hiris dadu) ..kmal x dak.ganti  froz mix vege ja.
1 biji bwg holland ( hiris dadu )
Mozalella Cheese (x dak.. kmal guna 6 keping slice cheese)
sedikit oregano, garam dan lada hitam.

ini contoh sauce.. pasta sos tu yg besar.. guna botol yg kecil ja..

Caranya:
Masukkan sikit ja minyak, masukkan meetball, biar garing sedikit
masukkan pasta sauce, oregano, bwg cendawan dan capsicum.
Garam dan lada hitam seukup rasa.

Msukkan semua bahan dlm bekas yg boleh bakar dlm oven..
letakkan sos prego keju herbs di lapisan atas,
dan tutup dgn lapisan slice cheese.. bakar 200C dlm 20 minit
atau hingga nmpk keju dah cair atau garing sedikit..
Makan dgn side dish kentang goreng dan salad.


lauk lain utk berbuka.. Parpu telur, sambal ikan bilis, ikan pekasam

Monday, 14 April 2014

Makan makan sempena bday anak2

.Assalamualaikum..

Merajinkan diri.. dr tengahari hingga petang.. 
serentak.. waktu yg sama.. dgn kudrat dua
tgn ni.. bersilat sorang di dapur, mula-mula 
rebus tulang hingga empuk guna presure
cooker, siapkan bahan2 utk kuah mee, sambil
buat kek dan puding koktel.


satu masa serentak.. semua berbunyi.. tanda semua 
perlu tindakan seterusnya.. kelam kabut sekejap..


Alhamdulillah.. semua sempat siap sebeluam 
emak, adik adik datang..








Tuesday, 8 April 2014

Readymade Pizza dr Tesco.. sedap..

Assalamualaikum... 

Lama tak bersiaran..
dari biar blog ni berhabus.. masuk ja la
walaupun sebaris ayat kan..kan..

Beli Pizza ni berkotak kotak masa
ada offer..,puas hati.. semua perasa
sedap2.. balik panaskan dlm magic 
pan.. beli mix salad siap2.. walahh 
siap untuk dimakan..