You follow I follow

Wednesday, 25 June 2014

BUBUR NASI BERLAUK DAN RANDOM PHOTOS



Masak simple untuk malam.. bajet 2 ringgit ja untuk kangkung.. lain lain bahan semua
dah ada stok di dapur.. jimatkan...
Tip kmal.. lebih2 buat yg bekerja , kalau rasa nak masak menu ni utk berbuka.. masak
bubur guna periuk tekanan.. kejap ja.. dah jadi bubur.. tp kena guna periuk tekanan yg
besar, takut nnt air kanji melimpah keluar masa tgh berlaku tekanan.

Menunya:
Bubur Nasi
Sayur kangkung Belacan
Goreng Bilis + Kacang
Lobak Masin + Telur






Random Photos.. Hero ketiga - Azim Muiz umur dah 15 tahun sekarang.
Ini anak mama yang paling rajin buat kerja rumah.. membasuh, mgemas,
buat susu adik kebanyakan dia yg buatkan.. bila mama membaking, inilah
tukang membasuhnya.. minat pada binatang dan tumbuhan.. si Kiki kat rumah
dialah yg uruskan.. Tkasih sayang.. byk tolong mama.. walaupun kebanyakan
mama kena suruh baru nak buat.
Sekarang tengah aktif main bar pulak.. di sekolah mjadi wakil utk sukan jimnastik.








ROTI KERCA SESUAI UTK RAMADHAN DAN RANDOM PHOTOS


Assalamualaikum,

Ramadhan bakal mengunjungi kita.. Roti Kerca hidangan enak dan unik,
ni salah satu menu wajib di bulan puasa.. Roti Kerca ni ala2 pasta tapi versi melayu..



Cara nak buat roti ni lebih kurang mcm nak buat lempeng je..cuma cair sikit je..

biar boleh digelek2 dlm pan non stick tu.

Jom tgk resepi..

ROTI KERCA

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan

terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat

kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serung.

BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat

UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.


Ini rupanya..Kuah Roti Kerca..rasanya pedas2 macam ala2 sos spaggeti..

ini boleh dikatanya pasta org melayu. 






Roti Kerca ni memang terkenal di utara tp kuahnya lain tak sama..sbb di tempat lain
di makan dgn kuah kari daging.
Resepi dari org utara Syed sobri dlm majalan SAJI

Random Photos - Buah Hati Pengarang Jantung - Along (Amirul Mustakim)

Anak sulung dah masuk 22 tahun, sekarang dah masuk sem akhir di UITM
Dari pandangan kmal, along memang anak yg baik bertanggungjawab
rasanya boleh pikul tanggungjwb mjaga adik2 klu kmal dan ayah tiada..

Sikap tanggungjawab terserlah bila ada saat mama ayah susah, along sanggup
berdiam diri walaupun wang belanja habis..dan pandai mencari kerja utk 
menampung hidup di kampus.. anak yg susah sgt nak minta duit dr mama atau
ayah, hanya minta jika keperluan itu sangat2 penting. Memang kawan baik mama
pendengar setia masalah mama.. tkasih abg ayoi.. mama sayang ayoi.






Tuesday, 24 June 2014

MEE SANGGUL DAN RANDOM PHOTOS


Salam,
Nak bertemu Ramadhan ni.. mula lah teringat2 mee sanggul lama sungguh tak buat..
gambar ni pun dr zaman fotopages. Sayang sangat ..byk resepi dan gambar dr fotopages..
tah..baru2 ni buka dah tak boleh.. masuk password pun tak boleh jugak.. terpaksalah guna
En Google.. nasib jumpa..Mee Sanggul ni cara buatnya simple saja. 

Jom tgk resepi :


Mee Sanggul
 
Sumber dari Fotopages Kmal

Bahan:
2 bungkus mee sanggul(direndam dulu dlm air hingga lembut sikit)
3 s/b bahan kisar ( bwg besar, bwg merah,bwh putih dan sedikit halia)
2 s/b cili kisar
1s/b udang kering( ditumbuk kasar)
Udang basah, isi ayam ,sotong atau apa2 ja yg ada dlm p/ais tu
2 s/b sos cili
2s/b sos tomato
sedikit kicap cair, garam secukup rasa
Kobis, karet, sawi

Caranya:
Panas minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan cili kisar, 
udang basah, isi ayam, udang kering dan masak hingga pecah minyak..
masukkan sos cili dan tomato, kicap cair dan masukkan mee tadi-gaul rata, 
masukkan sayur2 tadi akhir sekali rasakan garamnya.

Random photos.. buah hati pengarang jantung mama Arash Mukhlis

Anak kedua.. dah masuk 18 tahun.. anak yg boleh dikategori bersifat
garang tapi romantik sbb kalau call atau sms mama tak pernah lupa
I LOVE YOU.. pandai mgayat kalu tulis apa2 tp kalau nak sesuatu nak
jugak2 walaupun kadang2 masa minta mama ni tak kena time berkemampuan.. 
Pembersih, kemas .. rajin sembahyang, kalau Arash ada dirumah.. megelip 
megelap la keta mama, keta ayah, moto2 ayah.. hobi suka memcuci keta moto...
SPM di MRSM sekarang sedang ambik Foundation Sains Teknologi di 
Kolej Mara Kuala Nerang cita-cita nak jadi jurutera penerbangan.. Mama 
doakan adik akan berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat dan menjadi
anak yang soleh.












Monday, 23 June 2014

PANKEK KOREA UTK SARAPAN DAN RANDOM PHOTOS


Assalamualaikum,

XTVT pagi di hari minggu..mula mula bagi makan anak2 ikan dalam kolam.. ralit duk
kira anak2 ikan yang baru beranak.. cepat sungguh depa ni membiak..
Kemudian tengok pokok2 sayur.. nampak pokok daun bawang dah elok naik.
capai gunting, potong bawa masuk ke dapur.. fikir punya fikir.. hemm buat
sarapan ala korean ja lah.. resepi ada letak dlm blog ni pi tgk kat sini.


Ini ha hasilnya Pajeon atau Pankek Korean.. maaf ya kalau ejaan salah..


Random photos kali ni..
teringat pulak kat baju kesayangan kmal yg satu ni..salah satu.. sbb hubby yg belikan
dua sbb selesa dan suka sangat nak pakai.. sampaihubby tgk tak dak baju lain ka nak
pakai.. TAPI kan..baju ni hilang masa otw balik dr KL..


Ceritanya:
Kmal dgn hubby pergi KL dgn superbike ja.. bawa 2 beg.. satu kmal galas belakang
satu letak kat tank motor, tgh2 highway.. kmal perasan mcm ada benda terkeluar
dr beg yang dekat tank tu.. dan zip makin terbuka.. nak tau sbb apa sbb laju la tu..
bawa motor ni bukan boleh bercinta sangat.. kena lasak.. suruh hubby cepat2 berhenti..
tgk punya tgk .. cari punya cari
wahhhh baju kesayangan ku yg melayang tadi.. minta hubby cari balik..hubby parking tepi
highway.. jalan kaki dgn suit, helmet x tanggal.. sampai tgk kot2 jatuh ke bawah gaung..
tak jumpa jugak .. tah2 melayang kat mana tak tau la.. takut lekat kat cermin keta org lain
nanya. Terpaksa la kmal redha ja.. balik asetar cuba cari balik baju sebiji mcm tu
frust lg sbb tak jumpa..

Semua ni kenangan manis.. superbike ni pun hubby dah jual.. ada rezeki katanya
nak upgrade ke Z1000 pulak.. Insyaallah. Nnt kita ride berdua lg ye bang. Tapi
rasanya kena berebut dgn hero2 dah kot sbb Along dan arash yg no 2 tu dah
ada lesen B full.


Sunday, 22 June 2014

SALAD + SIMPLE DRESSING DAN RANDOM PHOTOS


Salad ni buat dressing simple ja..
Olive oil, mustard, lemon jus, lada hitam, garam, madu sikit
memang terbaik..

Salad ni sebagai side dish masa buat Chicken Rosemerry baru-baru ni.


Random photos..
Masa ni sambutan kecil-kecilan bday Mia ke 2 tahun.. memang x sempat nak
masuk dlm blog.. dlm FB ja sempat.. jamuan makan kami anak-beranak ja.. dan sebekas
dua utk adik2 kmal yg tinggal berdekatan.

Menu Bday Mia
Bday Kek Red Velvet Krim Cheese
Pavlova
Baked Macaroni
Salad



Saturday, 21 June 2014

MASAK LEMAK DAGING SALAI



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tgk pokok kunyit makin menjadi2 ..geram tgk daun kunyit yang cantik,
terus terbayang masak lemak, minta anak bujang pergi beli daging dlm 10
ringgit, cuci2, kmal salai dalam panggang ajaib.. luar dah garig.. dalam
masih berjus lg.. tak le kering sgt daging..

Sambal ikan bilis ada berbaki yg cicah cucur kembung, tambah Masak lemak,
goreng sawi dan buat telor dadar.. dah lengkap.

Jom tengok resepi Masak Lemak Daging Salai yg hubby buat..

Bahan-bahan seperti dibawah,


Daging disalai dan dihiris -anggar dl 10 Ringgit
Santan segar atau santan kotak (kmal guna sekotak ini dan tambah air)
*5 biji cili api - boleh kurangkan cili api jika ada anak2 kecik takut pedas.
*kunyit segar sebesar ibu jari- nak kuning lg ble tambah
2 btg serai - titik
Sehelai daun kunyit - carik2
2 biji kentang - potong bujur
air secawanCaranya:
Dalam kuali/periuk, masukkan daging, bahan bertanda * yg dah ditumbuk, serai
ubi kentang.. masak sekejab hingga air daging terbit dan kering sikit, masukkan
sekotak santan dan secawan air, sentiasa kacau supaya tak pecah santan.
Kacau lagi, bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit.
Tunggu sehingga 10-15 minit, daging dan kentang dah empuk.
Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.. Siap


Random photo.. buah hati pengarang jantung.. Mia dan kiki

CUCUR KEMBUNG (CUCUR MANIS BERBAWANG)



Assalamualaikum,

Menu sarapan dihari minggu.. rajinkan diri, buat Cucur Kembung 
atau ada gak yang panggil cucur manis. Kmal suka tambah bawang..
sebiji bawang besar hiris nipis2.. bila makan terasa bawang sekali..best

Buat jugak sambal ikan bilis untuk pelengkap cicah cucur ni..lag bertambah
sedap.. manis2 campur pedas.. kalu buat utk minum petang, kena pula cuaca
hujan.. lg laju ja makan. Selalu buat tak pernah letak mayonis.. resepi ni cuba 
masuk mayonis.. rasa lemak2 manis.. sedappp..

Jom tengok resepi:

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 gula pasir halus
3 sudu besar mayonis
1 biji telor
Air panas (suam) secukupnya
Minyak untuk mengoreng
* Kmal letak jugak hirisan bawang besar yg dihiris halus

Caranya:
Masukkan kesemua bahan diatas dalam satu bekas KECUALI air suam
Gaul sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sampai dapat
adunan yg boleh dijemput dgn tangan.
Adunan ni tak payah perap lama2, dlm 20 minit cukup sb dah guna
tepung naik sendiri.
Panas minyak, goreng dalam minyak yg sederhana panas.. siap
Boleh makan cucur ni dgn sambal ikan bilis.


Selain cucur ni.. hubby singgah pasar tani beli bubur berlauk, lepas hantar
Aiman ke sek ganti hari sabtu. 
Ini bubur yg famous di Asetar..ini lauk tak pedas.. simple.. kalau nak ada 
macam2 lauk lagi boleh pilih.