You follow I follow

Monday, 26 December 2016

Jom Buat Risolle

Assalamualaikum,
Belek FB..jumpa resepi Risoles..daging kisar berempah dah siap frozen utk bila2 mada nak byat murtabak..rotijohn ja.. ..tambah sikit bahan kat dapur siap..dekar berbuka nnt kita goreng.. siap dpt 1 bekas Risoles utk frozen.

Risoles
Kulitnya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar/santan 
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak /1 sudu besar marjerin cairkan

Saya campur semua bahan dalam blender dan kisar halus. Jgn kisar lama sangat. Ataupun campur semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga tak ada ketulan tepung dan tapiskan.

Panaskan kuali non stick , dan boleh sapu sikit minyak pd kuali, dan tuang sikit adunan dan lenggangkan nipis. Nmpk masak angkat terus. Tak perlu terbalikkn kulit nya. Ulang hingga habis kulit ni.

Boleh dapat dlm 20 kulit untk satu adunan kulit. Jgn buat tebal sangat kulitnya.



 Kita sediakan inti dan bahan salutan luar.. kmal letak mozarella cheese diatas inti dan gulung.
 Intinya :

1 biji bawang merah besar potong dadu
3-4 ulas bawang putih cincang halus
5 biji ubi kentang besar potong dadu kecil
1 biji besar lobak merah potong dadu (saya x letak x ada stok kat umah )
Isi ayam/ Isi daging byk mana kita suka (saya guna daging kisar)
2 sudu kecil lada hitam
2-3 sudu kecil serbuk kari (resepi asal x ada saya tambah)
1/2 Kiub ayam/daging
Daun bawang
Garam
Gula
Minyak menumis

Tumis bawang merah dan bawang puting hingga naik bau dan kekuningan. Masuk daging/ayam, kacau jap. Masuk pula lada hitam dan serbuk kari. Kacau bg isi ayam daging kecut. Masuk kiub ayam /daging. Masuk pula ubi kentang dan lobak merah. Tambah sikit air dan masak hingga ubi empuk. Nak cepat empuk tutup kuali kita, sesekali kacau elak lekat. Rasa garam gula . Dan tabur daun bawang. Siap sejukkan


Wednesday, 7 December 2016

Tuna Roll dan Sardine Bun

Musim cuti sekolah.. harus ada bekalan untuk anak-anak dirumah..
Buat roti ni guna breadmaker je.. resepi ambik dari blog che mat gebu..


Adunan yang dah terlebih kembang..


Inti untuk Tuna Roll

Inti untuk Bun Sardin.. untuk bun sardin buat macam kuih pau je.. rehat sebentar bagi naik seganda.. sapu eggwash tabur cheddar cheese dan bijan.. bakar..
kredit resepi dari mat gebu
BAHAN DOH :-)
250 gram tepung berprotein tinggi
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI TUNA :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
3. Susun dalam paper cup jenis bersaiz 4inci, sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.. 


lebihan doh.. buatkan donut..

Tuesday, 29 November 2016

Ayam Masak Tempoyak


Permintaan anak bujang yang sulung.. sanggup ajal mama cari ikan patin tapi tak dak rezeki.. mama balik buatkan ayam masak tempoyak je.. jadilah kan ...


Ayam Masak Tempoyak
Bahan2:
1/2 ekor ayam
2 batang Serai diketuk
5 sb tempoyak jika nak pekat ble tambah ikut selera
1 helai daun kunyit disiat2
Garam secukup rasa
gula sikit je.. tak letak pun tak pa
air secukupnya ikut kepekatan

Bahan Blend
10 biji cili api ..ikut kepedasan masing2.
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup

Caranya
masuk bahan blender, air secukupnya dan tempoyak.. masak atas api sederhana 
hingga mendidih, masukkan ayam, serai, renih hingga ayam masak, 
rasakan garam dan gula, masukkan daun kunyit, seimbangkan rasa.. siap.

Daging Goreng Kunyit
tambah

Asam Pedas Melaka

Jom buat Asam Pedas Melaka.. menu paling mudah.. bagi cukup bahan ja.. ikan, kesum.. siap..
Sdap dan medah dengan menggunakan pes segera.. cuma tambah air je.. mendidih masuk ikan dan lain-lain.. mendidih sekali lagi dah siap..


Ini pesnya.. kmal dah guna dah dekat 2 tahun.. bukan pes asam pedas ja.. selalu stok kat dapur ni ni mesti ada pes gulai ikan, rendang dan kurma.


Set Nasi Tomato

Kalau semua anak-anak ada baru mama berselera nak masak bearat-berat sikit.. ayam masak merah ni kegemaran semua anak2..buat sekor ke dua ekor ke sekali hadap habis...

Set Nasi Tomato dan Lauk
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Acar Mentah
Papedom





Bahan sama Menu Berbeza

Apa maksud tajuk diatas...
Sebelum kejadian gambar menu di bawah ni.. kmal buatkan untuk anak..spaggeti bologese dan ayam goreng ala KFC.. .. jadi.. ada lebihan sos dan ayam.. maka keesokannya ..jadilah.. Chicken Sandwish dengan bologese sos..tambah sikit salad.. dan lebihan spaggeti buat je ala2 olio..





Kimchi Timun Oisobagi

Jom..layan menu-menu ala korea... ni orang utara nak masak cara korea..
menu-menu ni semua guna homemade..buat sednri tau..kimchi dan oisobagi atau timin kimchi

kebetulan lebihan dumpling yang buat baru ni ada dalam freezer.. campak je dalam sup ala korea ni
hirup.. panas2 makan dengan nasi dan bubur..



Ini Bulbogi.. kalau makan soulgarden.. kita bersteamboat dan grill.. kita grill boleh makan mcm nikan..ditambah pulak dengan kimci timun..lagi sedap.







Tuesday, 22 November 2016

Risoles


Percubaan membuat Rosele.. sedap.. siap boleh frozen lagi...
Lauk2 masak yang simple-simple saja.

Jom tengok resepi risoles


Resepi asal dari Blog Azlita Masam Manis

Intinya :

1 biji bawang merah besar potong dadu
3-4 ulas bawang putih cincang halus
5 biji ubi kentang besar potong dadu kecil
1 biji besar lobak merah potong dadu (saya x letak x ada stok kat umah )
Isi ayam/ Isi daging byk mana kita suka (saya guna daging kisar)
2 sudu kecil lada hitam
2-3 sudu kecil serbuk kari (resepi asal x ada saya tambah)
1/2 Kiub ayam/daging
Daun bawang
Garam
Gula
Minyak menumis

Tumis bawang merah dan bawang puting hingga naik bau dan kekuningan. Masuk daging/ayam, kacau jap. Masuk pula lada hitam dan serbuk kari. Kacau bg isi ayam daging kecut. Masuk kiub ayam /daging. Masuk pula ubi kentang dan lobak merah. Tambah sikit air dan masak hingga ubi empuk. Nak cepat empuk tutup kuali kita, sesekali kacau elak lekat. Rasa garam gula . Dan tabur daun bawang. Siap sejukkan


Kulitnya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar/santan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak /1 sudu besar marjerin cairkan

Saya campur semua bahan dalam blender dan kisar halus. Jgn kisar lama sangat. Ataupun campur semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga tak ada ketulan tepung dan tapiskan.

Panaskan kuali non stick , dan boleh sapu sikit minyak pd kuali, dan tuang sikit adunan dan lenggangkan nipis. Nmpk masak angkat terus. Tak perlu terbalikkn kulit nya. Ulang hingga habis kulit ni.

Boleh dapat dlm 20 kulit untk satu adunan kulit. Jgn buat tebal sangat kulitnya.


Caranya:

Letak inti, kalau nak letak cheese mozarella/cheddar pun boleh, cheese letas letak inti ubi kentang ni
Start menggulung, ikut cara tersendiri nak gulung atau lipat je
Kita sediakan bahan salutan luar.. dlm bekas asing2 telor dan serbok roti
Celupkan dalam telur
Golekkan dalam serbuk roti
Dan ulang sampai habis, sampai step ni kalau nak frozenkan simpan dalam bekas dan bila-bila nak mkn kelaurkan dr tempat beku dan goreng terus.
Boleh goreng dengan api sederhana




Sunday, 13 November 2016

Sambal kuinin

Sambal Kuinin.. Lauk yang paling best yan buat kita bertambah nasi..
Dengan baunya.. pedas, masam manis.. cicah dgn ulam pulak.. ulam pulak petik aja dari keliling rumah. Tambah sejenis lagi menu Lala masak Lemak dengan Nenas dan sayur.. dah lengkap.