Wednesday 27 February 2019

Vietnam Spring Roll

Assalamualaikum..
Akhirnya berjaya jugak buat homemade Vietnam Spring Roll..
bahan-bahan fresh.. separuhnya tanam sendiri..pudina, selasih
kita letak lebih sikit...
Sos ni rasanya.. nak bagi 5 bintang..

Vietnam Spring Roll


Homemade Vietnamese Spring Roll.. 

Bila letak selasih dan pudina yg byk dlm pasu.. bila makan meletop2 macam2 rasa.. segar, wangi selasih dan pudina, rangup sayur2, dan udang yg fresh.. esok kena buat lagi.. serebut2 dgn anak2

Vietnamese Spring Roll
Bahan:
Udang Segar
Capsicum merah dan kuning
timun zukinni
Carot
Daun Ketumbar
daun Selasih
Daun Pudina
Salad
Suun
Bijan dan Bijan Hitam jika ada
Caranya:
1. Celur udang dalam air mendidih ..letak garam sikit dalam 5 minit..angkamasukkan dalam mangkuk isi ais utk stop proses memasak.
2. Air yang sama .. celur sekejap sahaja suun angkat dan tos
3. Zukinni, carot, capcikum potong julian
4. bersihkan dan keringkan daun pudina, selasih dan salad, sediakan dan susun dlm pinggan spt gambar,nnt senang nak mula proses mengulung.
5. sediakan semangkuk ai. rendamkan dlm 5 saat ja rise paper dan letakkan atas pinggan.. da letak semua inti.. gulung..siap.

Sos ni nak bagi 5*
Caranya:
4 sb cuka
3 sb sos ikan
1/2 cwn air
1 sb gula
1 ulas bawang putih cincang
5 biji cili api potong kecik
2 sb kacang tanah yng dah di cincang/kisar/tumbuk
1sb cili flakes
sedikit daun ketumbar
Bijan
Caranya :
satukan semua.. tabur bijan..siap