Monday 22 October 2018

Nasi Mandy Ayam/Lamb Noxxa

Assalamualaikum,

Post tertunggak..
Ini masa buat Nasi Arab Lamb/Ayam Mandy..
sangat puashati kalau dapat buat sendiri puas makan anak beranak..
boleh letak cili hijau..sesuap masuk mulut krup krap sambil gigit cili hijau..itu la nikmat..

Selalu kmal kan buat jika semua anak2 ada dirumah..
Presentation pun kmal buh dalam dulang, nak bagi rasa aura macam makan kat restoren nasi arab.

Nasi Arab Mandy Lamb/Ayam
ini cara kmal buat

Nasi Mandy Ayam/Lamb Noxxa
tempoh penyediaan 1 1/2 jam
Step Pertama
sila basuh beras 8 pot noxxa dan rendam dlm tempoh 25 minit
Step Kedua
1 ekor ayam belah 4
10 keping Lamb shouder
5 sudubesar Rempah Mandy ( guna jenama AL-HEXA)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam
1 1/2 sudu besar garam
Caranya:
gaul ayam dengan semua bahan.. masuk dalam inner noxxa
masuk air sama paras dgn ayam/Lamb
HP25 minit
Step Ketiga Salatah dan Sos Salsa
sementara menunggu ayam dan lamb yg direbus.
Sos Salsa
6 biji cili merah
8 biji cili api
2 biji cili hijau
4 ulas bawang putih
sepokok daun ketumbar
Garam, gula dan perahan Lemon secukup rasa
Caranya:
Blender cili merah, cili api, cili hijau, bawang putih dan daun ketumbar dgn air
masuk dlm bekas.. masukkan garam, gula dan perahan hingga secukup rasa.
Salatah
2 biji timun dadu
4 biji tomato dadu
Segengam Pudina hiris
segengam daun ketumbar hiris
1 biji bawang besar dadu
1 biji cili hijau hiris
garam, gula dan perahan lemon secukup rasa.
Caranya:
Gaul semua sebati rasakan dgn garam , gula dan perahan lemon
Step Keempat
cukup 25 minit.. lepaskan steam.. toskan ayam dan lamb.. air rebusan ketepikan dulu..
Susun ayam dan lamb dalam loyang yang dilapik Alimuniumfoil..letak hirisan bawang besar dan lemon.. sapu atas ayam dan lamb dgn minyak yg dah dicampur dgn pewarna oren.. bakar dlm oven yg telah dipanaskan 200 C sekejap ja tgk hingga garing sahaja.. sbb ayam dan lamb dah lembut sangat masa rebus tadi.
Step Kelima
Masak Nasi
8 pot beras yg dah diremdam dan ditos
Bahan tumis
4 sudubesar minyak sapi
pelaga, kayumanis, cengkih,
daun pandan dan sedikit daun ketumbar
2 biji bawang besar dadu
6 biji bawang putih
2 inci halia hiris
1/2 cwn kismis.. kmal tak letak sbb tak dak
8 cwn noxxa air rebusan..
Sup
air rebusan selebihkan kita buat sup..cuma panaskan je..tambah garam sikit
Pewarna Oren dan Kuning Telor
Caranya:
Guna Stirfry.. tumis bahan2.. masuk beras..gaul hingga beras nmpk garing, masukkan air rebusan off stirfry.. tutup HP7 minit..
cukup 7 minit..lepaskan steam..gaul sebati.. titik2 kan pewarna oren dan kuning telor.. terus tutup semula.. steam 3 minit.. cukup masa buka gaulnasi bg sebati dgn pewarna.. siap..
***Opp jangan lupa jenguk2 ayam dlm oven ..



Menu tanpa warna

Assalamualaikum,

Bila ditengok balik pic ni baru perasan menu hari ni kebetulan warna sekata je..
tak dak riang ria warna warni.. tapi yang penting kena sedapkan..

Angel Hair Alio Aglio ..


Kuih Cara Berlauk

Ayam Halia

Masal Lemak Putih Bayam..

Homemade Cheese Nan dan Ayam Tandoori

Assalamualaikum..

Aihh banyak pulak post yg duk dlm draf..kmal letak dulu pic..nanti senang2 kmal update letak resepi na..

Homemade Cheese Nan dan Ayam Tandoori









Spaghetti Meetball

Assalamualaikum,

Arash bawa balik meetball dari Ikea..
Lebihan meetball ikea.. mlm ni..buatkan spaghetti pulak.. buat lebih..
dapat jugak kawan ofis merasa..


Seoul Garden XTVT memask dgn anak-anak

Assalamualaikum,

Ok.. throwback lagi..sambung cerita lepas makan durian..

Lepas kenyang makan durian di Kg Genting Balik Pulau.. Along bawa ronda Balik Pulau, sehala nak ke jeti utk singgah Gurney .. mama belanja pulak anak- anak makan ala kore kat Seoul Garden.. seronok.. sbb anak2 semua minat buat sendiri.. mama pulak yang tak menang nak makan.. masa anak2 kecik2 kalau makan kat sini mama tak menang tgn duk siapkan makanan anak2 kena ambik bahan grill bg anak2 makan sekarang anak2 pulak tolong masakkan utk mama sampai tak menang mulut nak makan.. Along tolong grill, arash tolong grill.. masing2 ada tugasan.. mama tadah pinggan.. makan ja.. dulu2 mama la yg buat semua ni.. anak2 makan je. sekarang mama dah boleh relax sambil nikmati lamb grill panas2 balut dalam salad..dan ngapp je..










Durian Balik Pulau

Assalamualaikum,

Throwback sbb jumpa dalam draf..terlupa nak publish dalam blog.. kena simpan utk kenangan.

Ceritanya..
Kali ke 2 datang Kampung Genting Balik Pulau, kali pertama dapat rasa sebiji je..sbb kami pi tak book awal2.. kali ni .dipenghujung musim durian dah nak berakhir.. Along siap book..sebelum nak pergi buat siap..siap pulut.. nnt boleh makan dengan durian..







Budak Azim ni tak makan durian ..nasib ada bekai Nasi Lemak..



Jus lagi..

Assalamualaikum..

Jom buat jus.. malam ni jus yang berrlawanan warna


kiri Kale,Salery,EpalHijau,Timun,LemondanHalia


kanan UbiBeet,Carot,SalerydanLemon






Menu Sarapan

Assalamualaikum..
saja nak layuq menu2 sarapan..tapi paling win atas sekali la..
nasi lemak siap ada bilis petai lagi...

Ini Bihun Hailam cara org N.9.. mula rasa bihun mcm ni masa beraya di Pulau Sebang..
aduh bertambah2 kami layan bihun ni simple tapi sedap sangat..


Ini menu wajib jika berjumpa musim durian.. Pulut Durian


Ini menu sarapan jika kebetulan ada lebihan kuah sup.. mesti buat mee kuah...


Ini Nasi Goreng Sardin fov anak2 terutama Azim Muiz..


ahaa.. ni kewajipan tiap kali balik raya dari Tampin.. bawa balik sambal daun tempoyak.. buat lempeng.. cicah.. makan la lempeng tiap pagi, petang malam selaki sambal daun ni tak habis stok..