You follow I follow

Wednesday, 9 September 2015

Menu campur2

Assalamualaikum,

Menu hari ni..
Tengahari Nasi dan Lauk ..salah satu fov satu keluarga sambal udang petai

Sambal Udang Petai

Lepas ja selesai masak lauk tengahari terus perap lamb.. anak2 ada semua minggu ni.. jadi kmal buat makan hebat la sikit.. selalu tersenyum ja bila tiap kali anak2 nak balik semua ke kampus.. ayat anak2
"tkasih ma masak sedap2.. belanja makan sedap2".. puas hati mama bila anak2 suka..

Ini yang sempat buatkan untuk anak.. Lamb chop dan salad simple2 ja..

Lamb Chop



Throwback - Menu Ramadhan 18

Assalamualaikum,

Lauk fov ni.. Daging Goreng Kunyit .. letak kentang , bawang banyak.. kena dengan nasi panas..hemm..ble tambah..Kmal kalau buat daging macam ni selalu suka letak rempah2 sup sedikit baru rasa terangkat sikit.. masa dah kering pecah minyak tu.. baunya.. terus buat perut lapar.

Daging Goreng Kunyit

Daging Goreng Kunyit
Bahan2
*1/2 kilo daging hiring nipis sesuai untuk digoreng
*kisaran bawang dan halia dlm 2 sudu besar
*rempah sup.. homemade yg kmal sangai dan kisar dlm 1 sb
*garam, lada hitam dan serbok kunyit
Kentang, cili merah dan bawang besar

Masukkan bahan bertanda * dan perap dlm sejam
Panaskan minyak.. masuk bahan bertanda tadi.. kacau.. masukkan air dlm 2 cwn biar hingga kering dan naik minyak dan daging empuk..  masukkan kentang.. bila kentang dah empuk masukkan cili dan bawang yg dipotong bulat.. siap..

Ok.. kuih keria kmal buat sendiri.. yang beli hanya cucur udang je.