Sunday 30 June 2013

Pajeon

Assalamualaikum,

Daun bawang dah boleh tuai.. serentak semua.. nampak gaya
makan malam kami anak beranak.. malam ni ala korean la..
Petang tu tuai daun bawang.. untuk buat Pajeon.

Apa itu Pajeon.. ala google je.. keluar la nanti.. Pajeon ni
lebih kurang lempeng daun bawang.. sedap makan panas
kena pulak dengan soy sos dengan rasa pedas, masam,
manis.. secukup..

Ini Pajeon yang kmal buat dari tuai daun bawang kali pertama



Bahan:
1 cawan tepung
1 cawan air ais
Garam, gula secukup rasa
bijan
soy paste ( tak dak..kmal x letak) ..
(semua ni gaul sebati mjadi better)

Daun Bawang dalam segengam dipotong spjg 4"
carot potong memanjang
isi ayam dadu kecil.. ble jugak letak sotong, udang.

Panas minyak sayur
Masukkan ayam, gaul hingga masak, serakkan dlm pan
taburkan daun bawang, carot.. serakkan seluruh pan
tuang better hingga menutupi semua bahan.
Biar garing bhgian bawah, alihkan.. garing sikit
boleh angkat dan dimakan panas2 dgn sos soya.

Sos Soya:
3 camca besar kicap cair
1 camca besar cuka
sedikit madu
bawang cincang,
daun bawang dihiris,
cili hijau dan cili api, hiris halus
bijan.

antara bahan2 Pajeon

Ini .. bila bahagian bawah garing boleh alih ye

Ini kali kedua buat hasil tuaian daun bawang..



Daun bawang hasil tuaian pertama

Ini tuaian kali kedua..




Friday 21 June 2013

Tanamsendiri - Pokok Bawang

Assalamualaikum,

Cite anak2 angkat lagi.. semua tengah subur, sebab hari2 hujan ja.
Mula mula ada sepasu ja pokok bawang.. tanam dari bawang yg dah 
naik tunas sbb lama kmal tak guna..


Kemudian.. masa pergi Giant.. nampak banyak bawang yang dilungguk setempat
tu banyak yang dah bertunas,, banyak pulak.. puas pilih,, kmal ambik dlm satu plastik 
timbang tak sampai seringgit banyak tu.. 

Balik cari pasu panjang, terus tanam sekali dengan pudina.
Pudina ni asalnya kmal beli seringgit dekat pakcik yg jual sayur2 kampung
masa nak bayar saja tya.. ada tak pudina yang boleh nak bawa balik tanam.. haa
seplastik kau.. pakcik tu bagi.. puas bawa balik kelas2.. boleh la dapat dlm sepasu penuh
yg boleh ditanam. Kmal tanam sekali dgn bawang sbb bekas tak dak.. dalam 2 hari dah naik
hijau daun2 pudina tu.


Lepas seminggu semua dah naik hijau sekali dengan pudina



tak sabar.. nak tuai.

Wednesday 19 June 2013

Tanamsendiri - Kailan

Assalamualaikum,

Kali ni nak update tentang anak-anak angkat yang kat laman depan rumah
Salah satu yang sedang membesar.. KAILAN.

Ini kailan depan laman rumah ada dlm 5 pasu .. tapi yg dah boleh tuai ada dlm
2 pasu ja.. yang lain tunggu giliran..


Mari lihat perkembangan Kailan.. masa semai ni ada Sawi dan Kangkung jugak.


Ini rasanya dalam 2 minggu, bekas nak tanam tak byk sbb nak guna utk sawi dan kangkung
yang tunggu giliran untuk dialih ke dalam bekas jugak,pembesaran serentak pulak.. jadi
lebihan cambahan tu kmal masukkan dlm Omellet.. ada gambar kat bawah tu..


Dalam Omellet ni ada lebihan cambahan kailan, Sawi dan Salad Cina.

Ini dah sebulan ..

Rasa kmal la.. mungkin sbb pertama kali nak cuba tanam sendiri, memang tak tahu masa
yangbetul tempoh matang boleh dituai.. ini rasanya dlm tempoh dekat 2 bulan tnm.. bru
semalam kmal ambik Kailan dan Sawi yang dah besar tu buat sayur dalam macaroni sup.
Kmalambik ja yg besar ja.. tak tuai seluruh pokok kailan tu.. sbb En. Iskandar dri tanam
sendiri selalu kata ambik yg matang ja.. nnt kailan akan tumbuh lagi..

Nak  tengok kmal buat apa dengan kailan dan sawi.. tgk bawah sekali..



 Macaroni sup yang mewah dengan sayur kailan, sawi tanam sendiri... manis kailan ni.

Sarapan KOPITIAM

Assalamualaikum,

Layan xtvt kami anak beranak bersarapan di KOPITIAM

Disini anak2 suka order westen set JUMBO ada sosej besar, roti, telor mata dan
kacang panggang.. tapi lupa nak snap pulak..


Ini Aiman punya Sandwish Tuna

Ini Mia punya cucuk kodok.. panas..panas..

Handsome tak saya...

Mee Kari ni Kmal punya.

Tuesday 18 June 2013

Layan selera anak-anak di McD

Assalamualaikum,

Sebenarnya ..ni gambar beberapa bulan lepas.. sebelum di delete dr ipad
ni.. lebih baik letak dlm blog..

Untuk anak2 mama Arash dan Abg Ayoi.. jangan kecik hati ye.. ni gambar
lama .. terbaru2 ni mama x pi mana pun.. 

Layan gambar je lah.. ni di McD di StarParade Alor Setar.

Semua ni selera anak2, bubur ja utk kmal kongsi dgn Mia.


Akhirnya berjaya jugak kmal buat tocang rambut Mia dengan kemas dan cantik .. kmal
tengok Lieya Latif  dandan rambut anak dara dia MiaMija tu.. cantik, kemas.
Selama ni layan anak lelaki 4 org.. memang out bab nak ikat2 tocang ni.. kmal tgk dan
cara lieya dandan rambut anak2 dia sambil buat buat dekat rambut Mia.. suka..suka
tengok tocang Mia ni.


Dua-dua ni handsome dak.. rasanya yang tengah tu lagi handsome..





Layan si Mia makan.. dengan kmal2 nganga mulut.tutup mulut. dah jadi habit..




Dah kenyang.. masa untuk main.. lepas main kita balik..

Thursday 13 June 2013

Tanamsendiri - Tuaian hari ni Daun Bawang

Assalamualaikum,

Jumaat hari yang santai, pagi- pagi dah semangat nak bangun, nak tengok anak
anak angkat kat depan laman rumah,,, sebab 3 hari turut hujan turun selebat lebatnya.

Segar mata.. tengok semua pokok sayur menghijau.. dan dah ada melentuk lentuk minta
dituai.. ingat nak buat cucur ja untuk sarapan, rasa dapat la tuai daun bawang yang dah 
matang.. kmal potong ja mana yang perlu.. nnt daun bawang ni akan tumbuh balik.

Cili padi pun dah banyak yang merah, sebab kmal tak sempat nak ambik.. jadi ambik ja
yang dah merah nnt fikirlah nak buat apa..

Ini hasil tuaian pagi ni.. Daun Bawang dan Cili Padi.

Buat masa sekarang baru ada sepasu daun bawang.. 

Coming soon.. ada sepasu panjang.. nnt boleh guna hingga bulan puasa.. pudinapun ada
di tengah-tengan pokok bawang.

Hasil tuaian daun bawang pagi ni.. jadilah cucur daun bawang.. 




Solo Ride Part IV masih di KL

Assalamualaikum,

Ok lepas je turun dari Genting.. sembahyang siap2, terus check out, sebelum
bertolak balik ASetar, hubby cakap nak ke bengkek moto member dia, tgk
apa2 yang patut.. sbb nak balik jauhkan.. masa tgh servis moto tu, hubby 
dapat call esok dia off lg.. apalagi.. ikut2 malas nak balik kelamkabut petang tu,
sbb nak balik pun krn esoknya hubby keja.. kmal memang dah ambil cuti hingga
khamis.. jumaat sabtu mmg cuti.. bagai pucuk dicita ulam mendatang, terus 
pujuk hubby .. minta call hotel balik.. mana tahu bilik yg duduk tu masih kosong..
kita tidur semalam lg.. boleh la rasa mood honeymoon, sbb smlmkan asyik ikut
dia naik genting la, lepak kolam memancing la.. so mlm ni ble la relax sikit.

Hubby call.. bilik kami kosong lg terus book .. ptg nnt kami check in semula.
Lepas servis moto.. hubby bawa makan Nasi Ayam..yg bg selera kmal terbaik
di Bandar Tasik Selatan.. Set nasi ayam boleh minta sekali sup wantan .. 
yang bestnya dalam sup tu siap ada seaweet/rumpai laut.. mmg sedap.

Gambar terpaksa snap dr laptop sbb nak update blog melalui laptop.. x boleh

Nasi ayam wantan sup



Lepas makan, terus balik hotel, relak2.. tiba2 member hubby call, tya.. ada mana.. bla bla..
member ni pun geng moto superbike gak.. tp ni geng yg layan corner di litar sepang tiap2
hari minggu, dalam hati kmal ni dah macam nak merajuk tau.. plan asal nak habis masa 
berdua, tp dah jadi agenda hubby pulak dgn member2 dia.. 
Bila hubby cakap member dia nak jumpa mlm ni.. kmal redha ja lah, tapi dlm hati dah frust
sangat..
Mlm lepas magrib terus jumpa member hubby.. kmal pun sempat jumpa jiran lama masa
tinggal di kuartes, dlm byk2 member hubby ada sorang tu rupanya abg kepada Tomok,,
hemm.. bual..bual.. kmal tgk jam dah kul 12.00, terus ajak hubby balik hotel.. letih sgt tau.
badan belumpun boleh lurus.. lenguh pinggang tau naik moto jauh... dlm kul 1 lebih
gak sampai hotel.. 

Esok pagi.. sarapan lagi di hotel.. kali ni sempat ambik gambar, 







lepas sarapan.. ajak hubby pergi sogo kejap sbb nak cari baju ... habis shopping di sogo
terus balik hotel.. siap2 check out.. dlam kul 3.00 dr KL selamat sampai Asetar dlm kul 8.00
malam.. hubby bawa tak laju sbb spjg jln hujan ja.. lepas bersih diri sembahyang..terus ambik 
anak2.  Sekian saja.. untuk kali.. lepas ni kalau hubby ajak lg.. kena pastikan guna masa
berdua dengan berkualiti. kena ajak hubby pi tempat yg tiada sorang pun kawan dia.. haa..

Wednesday 12 June 2013

Solo Ride Part III - Genting Highland lagi

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanji.. lepas ja breakfast di hotel, sebelum nak check out tghari ..
kmal ajak hubby naik genting lagi sebab nak sangat tengok permandangan waktu
siang.. nak rasa kesejukan pagi2.. dalam kul 10.00 rasanya sampai puncak.. tapi
sebelum tu.. berhenti kejap untuk ambik gambar tanda kenangan..


 Sampai atas je.. parking moto.. posing sana sini lagi..



Masa ni satu cable car tak nampak.. agaknya awal lagi kot.


Lepas tu hubby bawa makan kedai mamak yg kmal dan geng moto lepak semalam.. haa baru
boleh tengok pemandangan dan boleh minum sambil dapat tgk cable car lagi




Kmal makan apa ye atas puncak Genting yg sejukkk ..
^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

Maggi dengan air panas ja.. ishh...ishh.. jadi la.. pagi-pagi tadi dan rasa semua breakfast kat hotel
sebagai kenangan nak makan atas puncak genting ni.. makan maggi pun maggi la...


Selesai makan.. duk kejap.. terus turun balik hotel sbb nak check out...
Sambung kisah seterusnya..