Saturday 31 August 2013

Ride Gunung Jerai-Cuaca berkabus

Assalamualaikum,

Alang2 dah letak gambar2 ride kami berdua mendaki ke
Puncak Gunung Jerai, kmal nak habiskan gambar2 dalam folder
ni.. senang ..

Ni gambar paling terbaru naik Puncak Gunung Jerai.. masa
sampai atas.. cuaca cantik ja.. cuma sejuk dari biasa..

Nampak.. objek depan jelas.. pemandangan belakang pun jelas..

 Posing2 sementara cuaca semakin sejuk dan berkabus.. cuaca mcm ni klu tidur
sini mesti best..

kemudian...makin berkabus, angin sejuk sampai ke tulang..

Sekelip mata.. dah berkabus tebal.. sampai dah tak nampak apa dah kat belakang tu..
terus start moto turun.. takut nnt jalan licin kalau dah start hujan.

Friday 30 August 2013

Ride - Gunung Jerai lagi.. utk kenangan..

Assalamuaalaikum,

Naik Gunung Jerai ni kali keberapa.. lupa la pulak..
dari rumah.. kalau rempit bedua dgn superbike ni,
tak sampai 1/2 jam dah sampai puncak.
Sangat-sangat teruja dalam lihat pemandangan dari
atas puncak Gunung Jerai masa cuaca cerah, selalu
berkabus ja.

Layan ja gambar-gambar, sekadar untuk kenangan2 di blog












Tuesday 27 August 2013

Cerita Basi.. Rosmerry Chicken Grill

Assalamualaikum,

Kisah Rosemerry Chicken Grill ni bermula bila along balik kejap bila
tak ada kelas di UITM.. awal2 bagi tau.. teringin nak mama buat Rosemerry
Chicken Grill.. bila anak dah bersuara.. kmal cepat2 ajak hubby pergi Tesco.
Cari ayam dan bahan2 RCG.. jam 11.00 bersilat sorang2 didapur siap perap
ayam.. biar lama sikit lagi terasa nnti..

Dalam kul 1.00 siap bakar..

Dekat kul 3.00 jugak la baru boleh mengadap semua ni..

Salad ni buat dressing simple ja.. olive oil, mustard, lemon jus, lada hitam, garam, madu sikit

 
Sejag air tembikai..


  makan secara santai.. bebas..

Kenapa tajuk cite basi.. gambar bawah sekali boleh jadi bukti..
Lepas makan.. kemas2 terus bekalkan RCG bawa pada Arash di MRSM Pendang.. bilamasak
macam ni memang rasa terkilan kalau seorg anak tak dak.. nasib baik dekat.. sebb anak cepat
ajak hubby pecut dgn superbike ja.. dlm kul 4.50 sampai .. terus bagi Arash makan..

Ini le ... bukti cerita ni dah basi.. cite ni dlm bulan 5.. masa dekat2 rakyat M'sia
nak mengundi.. OTW nak ke MRSM dah jumpa benda ni.. masa balik paksa hubby
berhenti kejap nak ambik gambar untuk kenangan.. kebetulan ada pulak moto kat
belakang tu.. kena sangat.. lepas posing sana posing sini.. terus pecut balik.. risau
gak Mia dirumah.. harap abg2 ja jaga.


Saturday 24 August 2013

Mari Cuci Usus Lepas Raya..

Assalamualaikum,

Tertarik dengan entry dr blog Kak Jee
Betul jugak kan..  lepas raya ni macam2 makanan masuk
dalam perut kita.. dalam usia yg dah mcm ni.. tergerak juga
nak amalkan mcm k.jee. buat.. kalau baca blog k.jee, 
pelakon Erma Fatima habis beribu2 utk cuci usus, kita
yang tak mampu ni.. kita usahala ikut kemampuan ..

Boleh baca kebaikan Tea4life di blog k.jee di sini



Mau tak susah hati..  lepas raya ni dah makan makanan mcm ni.. semua ni
bukan makanan sihat..
Roti Celaru -- Roti Canai, kuah banjir, telor goyang..

MFM fov satu family

Ini.. menu orang N.9 masa raya.. semua lemak..

 Mee kuah dan Nasi Bukhari ni kmal buat 2 hari berturut2 utk  raikan 
adik beradik dan kawan2sekali dengan tuan rumah pun pulun..

Walaupun ada amalkan jus, kebanyakan sayur tanam sendiri dan makanan sunnah... usus penting jugak untuk dipeliharakan..


Kmal sekeluarga memang amalkan makanan sunnah, dari membeli 
tiap bulan,, kmal terus jadi rakan niaga.. boleh bg kawan2 amalkan 
jugak.. maklumat lanjut boleh tgk di page  Amal QASEH



Monday 12 August 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru sempat nak update blog.. hari ni dah masuk raya ke 6,  inipun sbb 
boring tgu turn nak naik feri ke Penang..

Cite ke Penang ni, nnt kmal update ye..
Hari ni nak cite balik raya dan berbuka di tampin, balik kg pd 6hb sbb 
Arash bru balik dr MRSM 5hb, bertolak jam1.00 thari,  singgah R&R utk 
sembahyang dan salin Mia, sampai elok2 nak berbuka dlm kul 7.00
di R&R seremban, lepas berbuka terus pjlnan, sampai tampin dlm
kul 9.30.. sempat lg budak2 ni habiskan separuh bunga api dlm plastik 
yg dibawa.

Ini menu berbuka di R&R Seremban..wajib cari masak lomak, 
kmal cari yong tau fo..


Esoknya dah sibuk nak cari barang2 utk menu raya.. dan uk berbuka..
Mia paling sibuk nak tlg.. masing2 ada bhgian utk buat eja.. kait nyior, 
parut niyor, perah santan, potong daging, bawang2, siang daun maman,
siang ayam, tulang utk sup, rebus nasi impit dan bakar lomang.. masing2
ada tugasan sendiri..




Semua selesai hampir2 nak berbuka.. kemudian kalut buat menu berbuka..
mee goreng, air kelapa muda satu periuk nasi kauu.., dan nasi
berbuka ramai2., time kalut.. kira aci la.. angkat hidang mee sekali kuali..
ambik kauu.. tu yg bestntu.. berebut rebut.. air kelapa paling laku.




Ini nasi dan lauk dr pinggan anak bujang kmal.. tekejut tengok... 

ok.. feri dah nak dan sampai penang,, nnt kmal update lain ye..cite raya.