Monday 21 September 2020

KoreanFood Tteokbokki

Assalamualaiku, pertama kali nak cuba buat korean food , teringin nak makan apa tu tteokbokki, nak beli lambat sangat google je cari resepi buat rice cake.. kali pertama cuba buat rice cake tu jadi liat sbb tgk resepi guna tepung pulut. saja. gagah buat juga, 
sebab
tak puas hati cari lagi hasilnya boleh dianggap ok walaupun mmg tak pernah makan dan rasa dan tahu mcmana tekstur rice cake tu, tgk tekstur gedik semacam ja, kira pass la tu 



ni rice cake homemade kmal
nak simpan resepi kat sini sapa nak cuba ambil la.. doakan kmal sihat dipjgkan umur dlm keberkatan Allah SWT sahaja.

Bahannya:
1/2 pek tepung pulut
3 sudu besar tepung beras
air secukupnya
sedikit garam
sedikit minyak bijan

Caranya:
Satukan bahan diatas uli menjadi doh letak air sikit uli hingga jadi mcm buat buah melaka,
doh jangan lembut sangat jgn lembik sangat, kemudian amik sikit gulung panjang, dan potong pjg sejari, selesai semua doh.
Didihkan air letak minyak sikit, masukkan doh yg dipotong tadi, masak hingga timbul mcm masak buah melaka, angkat tos dalam air sejuk, boleh pek utk frozen atau terus buat sos dan buat tteokbokki.



Bawah ni bahan lain utk tteokbokki..selain rice cake, daging tu kmal guna daging burger ja
Utk sos dia pulak

Bahan2 kmal agak ja na:
1 peket sos korea Adabi
1 sb cili boh Adabi 
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
secubit garam dan gula
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih cincang

Caranya dlm pan yg dalam masukkan semua bahan masak hingga mendidih, masa nak makan masukkan semua bahan2 sampingan ni
telor rebus
rice cake
daging burger
fishcake
hotdog
crab stick
Carrot, kobis, cendawan enoki, daun bawang 
suka cheese boleh letak slice cheese
 dan maggi
tabur bijan utk hiasan..siap..


No comments:

Post a Comment