Wednesday 25 September 2013

Sandwich Bayam Merah

Assalamualaikum,

Hemm Bayam Merah banyak dalam peti ais tu.. baki
sayur utk mia.. nanti boleh dibuat sandwich pulak....
jumpa resepi dr FB Majalah RASA


Sandwich Bayam Merah..
Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: Seorang

BAHAN-BAHAN:

2 keping roti sandwic Gardenia Breakthru
1 ikat bayam merah | diambil daunnya sahaja dan dicarik halus
2 biji telur | direbus
3 biji cili padi merah | dihiris halus
3 sudu makan mayones
½ sudu teh serbuk lada hitam
Air secukupnya untuk merebus
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Rebus bayam merah di dalam air mendidih. Angkat dan tos.
2. Kemudian letakkan bayam rebus tadi ke dalam mangkuk dan masukkan 

mayones secukupnya.
3. Setelah itu masukkan pula telur rebus dan dikacau sehingga menjadi sebati.
4. Perasakan secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam.
5. Seterusnya masukkan hirisan cili padi merah dan dikacau rata.
6. Akhir sekali, potong bahagian tepi roti dan sapukan dengan inti bayam merah 

tadi. Tutupkan dengan sekeping roti lagi. Sedia untuk dimakan.

p/s nnt kmal tempek gambar dr hasil buatan sendiri

No comments:

Post a Comment