Saturday 8 February 2014

Bebola Kentang Berinti Keju

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bertemu kembali,  ptg semalam terajin lebih.. cuba buat "Bebola Kentang Berinti Keju"
dan bihun goreng utk minum petang merangkap ke makan malam, bila tengok ramai 
kawan2 dah cuba buat nampak sedap, tergoda,resepinya copy paste dr blog kawan2 ja.
Kebetulan bahannya dah ada, anak2 pulak suka, Mia bertambah2 ambik sebiji..sebiji.,

 





Apa2pun tkasih kawan2 yg sudi share resepi ni.

   Bahan2nya:
  • 300gm kentang dikukus n dilecek (kite guna kentang russet & blend ajer..)
  • 2-3 sudu mkn susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 st serbuk lada sulah
  • 1/4 st serbuk buah pala ( x boh pon..)
  • 1 sb butter tanpa garam ( kite guna mentega ajer, x perlu buh garam)
  • 1/2 st garam
  • tambahan sedikit tpg gandum (jika perlu~sekiranya melekat pd tngn)
  • kiub keju secukupnya (guna dlm 22 Nos.)
Bahan utk optinal:
  • 2 biji putih telur dikocak sedikit
  • serbuk roti kasar ~ warna oren secukupnya.
  • Minyak utk menggoreng.
Cara menyediakan:
  1. Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga x melekat pada tangan..sekiranya melekat leh tambahkan sedikit2 dgn tepung gandum.
  2. Ambik sedikit adunan, masukkan kiub keju dan buatkan bebola..sehingga siap.
  3. Golekkan bebola keju td kedalam serbuk roti ~ kemudian celupkan pula dlm putih telur dan digolek sekali lagi dlm serbuk roti ~ buat sehingga selesai.
  4. Goreng dlm minyak penuh dgn api serdahana sehingga bebola td masak
  5. Hidangkan bersama sos ~ sdp dimakan ketika masih panas2 suam.

No comments:

Post a Comment