You follow I follow

Monday, 20 April 2015

Tomyam Putih Fov hero sulung

Salam..
menu tengahari.. buatkan tomyam putih sbb anaj sulung ada kat rumah.. fov dia ni
sayur..mesti lah fov mama dia kobis goreng kicap.. satu lagi menu buatkan sambal udang.. dah lengkap untuk lauk tengahari.

Tomyam Putih


Nak resepi tak

Tomyam Putih

Bahan-bahannya:
1 biji bwg besar ..hiris besar
2 ulas bwh putih..hiris halus
1/2 inci halia..ketuk ja
1/2 inci lengkuas..ketuk ja
4-5 biji cili api..ketuk
2 btg serai.. ketuk ja..
5 helai daun limau purut
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus lemon, limau
1 1/2 liter air
1/2 ekor ayam potong kecil atau udang, sotong untk tomyam seafood
garam secukup rasa, 1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak
sayur spt carot, bunga kobis, salery, putih jagung dan tomato

Caranya:
Panas minyak dalam periuk
Tumis bawang putih,,hingga naik bau
masukkan ayam jika buat tomyam ayam.. jika seafood
masukkan dulu segala serai lengkuas, halia, bwg besar
Masukan air, jus lemon, sos ikan,mendidih masukkan sotong udang.
masukkan segala sayur,,rasakan garam.. siap.

Sambal Udang..kalau ada petai ni lagi la sedapp..


Ini pulak menu makan makan.. main lebur terus ja.. buat mee bandung. udang sotong ada berbaki lagi.. sayur-sayurpun ada lg.. maka jenuh la mee bandung dgn segala bahan..

No comments:

Post a Comment