You follow I follow

Monday, 26 December 2016

Jom Buat Risolle

Assalamualaikum,
Belek FB..jumpa resepi Risoles..daging kisar berempah dah siap frozen utk bila2 mada nak byat murtabak..rotijohn ja.. ..tambah sikit bahan kat dapur siap..dekar berbuka nnt kita goreng.. siap dpt 1 bekas Risoles utk frozen.

Risoles
Kulitnya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar/santan 
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak /1 sudu besar marjerin cairkan

Saya campur semua bahan dalam blender dan kisar halus. Jgn kisar lama sangat. Ataupun campur semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga tak ada ketulan tepung dan tapiskan.

Panaskan kuali non stick , dan boleh sapu sikit minyak pd kuali, dan tuang sikit adunan dan lenggangkan nipis. Nmpk masak angkat terus. Tak perlu terbalikkn kulit nya. Ulang hingga habis kulit ni.

Boleh dapat dlm 20 kulit untk satu adunan kulit. Jgn buat tebal sangat kulitnya.



 Kita sediakan inti dan bahan salutan luar.. kmal letak mozarella cheese diatas inti dan gulung.
 Intinya :

1 biji bawang merah besar potong dadu
3-4 ulas bawang putih cincang halus
5 biji ubi kentang besar potong dadu kecil
1 biji besar lobak merah potong dadu (saya x letak x ada stok kat umah )
Isi ayam/ Isi daging byk mana kita suka (saya guna daging kisar)
2 sudu kecil lada hitam
2-3 sudu kecil serbuk kari (resepi asal x ada saya tambah)
1/2 Kiub ayam/daging
Daun bawang
Garam
Gula
Minyak menumis

Tumis bawang merah dan bawang puting hingga naik bau dan kekuningan. Masuk daging/ayam, kacau jap. Masuk pula lada hitam dan serbuk kari. Kacau bg isi ayam daging kecut. Masuk kiub ayam /daging. Masuk pula ubi kentang dan lobak merah. Tambah sikit air dan masak hingga ubi empuk. Nak cepat empuk tutup kuali kita, sesekali kacau elak lekat. Rasa garam gula . Dan tabur daun bawang. Siap sejukkan


No comments:

Post a Comment