Saturday, 15 November 2014

Spaggeti Meetball

Throwback
Kenapa byk update cerita lama.. sbb tuan rumah tak sempat nak update tiap2 hari hehe..
Tak pa la kan.. janji blog ni masih bernyawa dgn gambar2 makanan dan xtvt kmal sekeluarga..

Buatkan Spaggeti meetball ni sbb ada lebihan homemade meetball dlm freezer.. setakat tambah pi beli salad ja.. dressing kocak ja campuran bahan apa yg ada di dapur yang penting bahan utama untuk dressing mesti ada.. olive oil, lemon, madu dan lada hitam.. siap.. dressing untuk salad yg
simple..

Sementara anak2 ada.. ayoi dan arash masih dlm cuti sem.. arash dlm 2..3 hari lagi dah nak masuk KMKN.. tahun depan nampaknya ambik degree kena la berjauhan dgn mama.. sbb kampus yg ada di KL ja.

Dalam cuti sem.. pandai pulak cari duit.. ikut paksu join jadi urusetia ptandingan Muaythai sedunia di Langkawi.. lumayan jugak bawa balik gaji utk 2 minggu danlumayan jugak depa shooping choc di Langkawi..

Spaggeti Meetball




Malas nak taip Ini kmal CP dr enrty sebelum ini utk resepi meetball.

 Homemade Daging Burger/Meetball

500gm daging kisar Ramly
100gm bawang holland (potong dadu)
50gm serbuk roti
1 biji telor
2 sdb worcestershire lea & perins
1/2 sdk lada hitam
1/2 sdk lada sulah
2 gengam daun sup/ketumbar (hiris)
Garam secukup rasa.

Caranya :
Gaul semua.. bentuk bulat leper.. ble terus guna atau ble frozen.

* resepi ni boleh dibulat2 untuk buat meetball.. ini kmal buat
separuh daging burger separuh meetball dan frozenkan.


Kmal namakan diet salad sebab dressing salad ni tak guna mayonis
atau apa2 lemak..

Bahan Dressing:utk semangkuk salad
3 sudu besar minyak zaiton,
1 sudu besar madu
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jus lemon
sedikit garam

Masukkan semua bahan dressing dlm botol kecil(kmal guna botol terpakai
yg dah dicuci bersih spt botol nescafe), goncang(ayat org utara) sebati,
tuangkan atas salad dan digaul sebati. Kmal suka gak letak sedikit mustard.


 Moga impian arash tercapai..


ini gambar yang paksu tag kat kmal.. sbb tahu mamanya rindukan hero2 ni.




Tuesday, 11 November 2014

Nasi Mandy Ayam jamu ofismate



Assalamualaikum..
Throwback..
Jamuan raya khas untuk kawan2 ofis.. kebetulan masih cuti lepas balik kg..
saja call kawan2.. mai rumah.. ingat nak buat simple2 ja.
Pagi kul 8.00 dah ajak hero2 jd bodyguard utk bawa barang2..
tanpa dirancang.. mejadi jugak buat pertama kali cuma buat sendiri Nasi Mandy.
Kul 12.oo terpacak siap semuanya selepas bersilat seorang diri didapur.
Sesiapa nak resepi  sila ke blog azie.. kmal ambik dari situ siap ada step by step lagi.

Hemm.. apa menunya..
Nasi Ayam Mandy
Side dishnya salata, sos cilinya
Seafood Olio
Salad dengan simple dressing
Kek Keju Leleh dan Kek Victoria Sandwish

Alhamdulillah dapat jamu semua kaum hawa satu ofis datang. Tuan rumah siap hidang
Nasi Mandy dalam talam lagi supaya dapat mengeratkan kan siratulrahim.. makan ramai2
dalam satu talam.






Tuesday, 4 November 2014

Homemade Creamy Tomato Soup



Satu lagi menu starter yang kmal suka.. jatuh cinta dengan soup tomato ni masa first time
rasa di Manth Fish Market,, balik cari kat mr google.. jumpa resepi ni dan memang tidak
menghampakan.. bahan-bahan pun simple ja.. kebanyakan ada dlm stok di rumah.

Bahan-bahannya:




Ingredients
2 tablespoons olive oil*
2 large onions, chopped*
4 cloves garlic, chopped*
1 28-oz. can whole peeled tomatoes (or fresh tomatoes)*dlm 8 biji besar
salt and pepper*
Bertanda * tomoto potong bulat kasar dan lain2 campur sekali grill dlm magic pan atau oven dlm 10minit
3 1/2 cups low-sodium chicken broth or vegetable broth( 2 kiub ayam)
salt and pepper secukup rasa
½ biji bwg besar dan 2 biji bwg putih utk tumis
Olive oil

Directions
Heat the oil in a large saucepan over medium-high heat. Add the onions and garlic and cook, stirring often, until softened, 5 to 7 minutes.


Add the tomatoes (with their juices)dan semua bahan yg digrill, kuib, thyme and 1/2 teaspoon each of salt and pepper. Simmer, stirring occasionally, until slightly thickened, about 15 to 20 minutes. 


Working in batches, in a blender, puree the mixture until smooth. 


Serves 4.
*** kmal tambah susu sikit agar soup ni creamy.




My qaseh.. satu lagi produk solarisss untuk kaum lelaki.. Qaseh Kekanda..
Hubby dan anak2 kmal semua amalkan produk ini.


Sunday, 26 October 2014

Layan selera anak anak dgn westen food



Assalamualaikum,
Menu makan malam kmal sekeluarga.. ber westen food pulak..bulan ni anak2 semua ada.. kmal cuba serajin2nya memasak bagi anak-anak makan.. kalau nak makan kat luar mcm ni mau beratus2 kena bayarkan. Selalu bila selera kmal teringin nak makan mcm ni .. kmal simpan ja.. telan air liur.. nak buat bukan tak boleh tapi tak sampai hati.. bila buat.. makan2 besar sikit.. ada ja satgi kmal ter post ke FB ke.. tak pun si adik terpost ke IG.. mesti abang2 yg duk asrama.. duk telan air liur tgk makanan yang mama buatkan.. sebab tu le kmal rela masak mcm ni masa semua anak2 ada dirumah.

Rasanya dr 13hb okt ni sampai sekarang dah byk menu kmal buat.. Nasi Arab Mandy dah buat, kek semestinya.. Macaroni bakar, breakfast semua berat2,, nasi lemak, waffle, twister wrap ala KCF..

Bawa makan luar dah.. Subway dah, pi makan Ikan Bakar di kuala perlis dah, dan asal keluar ja.. janji minta la makanan apapun mama tak sampai hati tak penuhi selera anak2.

Semalampun dah siapkan makan malam.. Nasi Ayam Madu..

Satu ja kmal terkilan tak dapat nak penuhi.lagi. anak2 nak jalan2 ke Cameron Highland dan mandi2 di Lost World Tambun.. masa singkat sangat.. dgn kmal nak exam.. nak kursus utk kenaikan pangkat lg di penang.. dr 29 - 31 okt ni.. dah Arash 7hb nak masuk kolej (KMKN) semula dah.. ada ka masa utk penuhi keinginan anak2 ni.. tak tahu la..






Hati ibu mana yang tak seronok tengok anak2 makan macam ni.. penat bersilat sorang2 kat dapur siapkan semua ni, hilang sekelip mata..


Dalam duk sibuk2 siapkan menu ni.. sempat lagi nak packing stok qaseh untuk cust. Semua tenaga kekuatan, kesihatan .. dari amalan berqaseh ni la..


Sunday, 12 October 2014

Super Women dengan QASEH GOLD

Layak ke saya berasa seperti super women
saya seorang penjawat awam dari 8pg-5ptg

Sebelum itu.. seorang ibu dr jam 6.00 pagi hingga selesai urusan anak2 ke sekolah.


Juga megambil tempahan kuih dan kek sebagai pendapatan sampingan.

saya Isteri dan ibu kepada 4 hero,1 heroin yg lasak.. dan Kiki yg juga lasak..
 
di rumah kena memasak,
 
 

Memasak utk sarapan
 

Minum petang


 

Makan malam.. kalau anak2 dah jemu nasi mama kena masakan makanan barat utk  anak2



Kena mengemas,
 
 
 

Kena membasuh,
 
 Tak kira pagi atau malam membasuh

 

melayan dan menjaga anak2 hampir 24jam seorang diri sbb suami seorg anggota keselamatan yg sentiasa dituntut kerja luar kawasan.. tapi kena juga ceriakan mamakan.. shoping, makan2 kat luar.



DAN juga merupakan pengedar sah produk QASEH GOLD
 


Jika diikut tenaga wanita saya..memang tak daya tapi syukur sangat2 semua tenaga dan kesihatan hampir 2 tahun mengamalkan QASEH ADINDA dan SOLE.. makanan tambahan ini cukup dan berbaloi dgn harga utk saya amalkan setiap bulan. Alhamdulillah.



sekian nnt kita cerita lagi k..