Sunday 20 April 2014

Homemade Burger

Assalamualaikum,

Hasil air tangan sendiri yang sangat-sangat
puas hati.. dan sedap.. tambah pulak ble
masukkan apa saja bahan yg kita suka makan
letak bawang dan mushroom byk.. makan masa
cheese tu meleleh-leleh..fuhh.. ini kalau anak2
tgk mesti minta mama buat lagi..



 Homemade burger

Bahan-bahan:

6buku roti burger
(belah dua,sapu butter dan grill sekejap agak garing)
Salad, tomato
Bawang holland, mushroom
(yg telah di masak sekejap dgn sedikit butter)
Cheddar slice cheese
Sos Black Paper

bakar burger guna pan ni je.. terbaik sbb daging tak kering masih
berjus.

 Homemade Daging burger

500gm daging kisar Ramly
100gm bawang holland (potong dadu)
50gm serbuk roti
1 biji telor
2 sdb worcestershire lea & perins
1/2 sdk lada hitam
1/2 sdk lada sulah
2 gengam daun sup/ketumbar (hiris)
Garam secukup rasa.

Caranya :
Gaul semua.. bentuk bulat leper.. ble terus guna atau ble frozen.




* resepi ni boleh dibulat2 untuk buat meetball.. ini kmal buat
separuh daging burger separuh meetball dan frozenkan.


cara untuk frozen.. lapik plastik ditiap tiap layer

bakar daging guna magic pan.. letak cheese

semetara itu letak bahan2.. salad, tomato, bwg dan mushroom..

letakkan daging burger yg sudah siap..

tuangkan sos black paper..

Taraaa... sila buka mulut luas-luas.. dan ngapppp..

No comments:

Post a Comment