Sunday 27 April 2014

Sotong Celup Tepung

Assalamualaikum,

Kali ni kmal letak resepi Sotong celup tepung ...dah tak takut dah buat sotong 
celup tepung.selalu kmal malas nak buat sebab suka meletup..resepi ni jumpa kat 
FP dan Blog..ramai dah cuba buat...dan hasilnye sotong tak meletup..dalam 2 
minggu ni dah 2 kali kmal buat.




Sotong Celup Tepung
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer.

Masukkan sotong ke dalam telur. 
Ketepikan
Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur 

dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak 
sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min 

kalau tak nanti sotong keras and liat pulak. 

 Antara menu lain.. sambal tauhu dan sayur kangkung goreng belacan.

No comments:

Post a Comment