Hari ni letak resepi Sup Tulang pulak, selalu buat sup
tulang mcm ni guna preasure cooker ja.. cepat.
Selalunya kalau dah ada seperiuk sup tulang
menu malam mesti la.. mee kuah.. sbb guna
sup ni sebagai penyedap kuah mee.
Sup Tulang
Sup
Tulang/ekor
Bahan2nye:
Tulang/ekor dlm RM15 - ini kmal masak hingga empuk dulu dlm preasure cooker. Air dalam 2 tawpaware aiskrim (ini sukatan kmal) atau guna air rebus tulang masa
proses diatas.
Bahan kisar:
10 biji Bwg Merah 5cm halia 1 biji bwg besar 3 biji bwg putih
Bahan kisar kering(goreng tanpa minyak dan kisar kering)
3 biji bunga lawang 2 btg kayu manis 5 biji bunga cengkih 1 sudu besar rempah biji 1 sudu besar biji lada hitam
Bahan Tumis
5 ulas bwg merah 3 ulas bawang putih 3cm halia sikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Minyak
Bahan sampingan sup:
Salery, karot, dan hirisan bwg besar dan cili padi dlm diketuk ikut kepedasan dan bwg goreng Caranye: Panas minyak, masukkan bahan tumis..layu sikit masukkan bahan kisar dan bahan kisar kering..kacau hingga garing sikit...masukkan tulang/ekor...kacau..masukkan air dan masak hingga empuk, bila dah empuk rasakan garam dan lada hitamnye.. Sup ni dapat banyak jugak...separuh buat sup utk makan thari..separuh lagi buat kuah mee.
utk sup..Caranye:
masa nak makan..sendukkan sup tulang ni dalam peliuk yg kecik sikit,, masukkan salery, karot, hirisan bwg besar, cili padi diketuk dan air limau nipis...masak hingga mendidih...masa makan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang....rasa macam makan sup kat kedai siam... |
guna ni sekejap ka.. tulang lembut.. PREASURE COOKER ni kmal guna utk rebus tulang bg empuk baru buat sup spt resepi..
No comments:
Post a Comment