Wednesday 10 December 2014

Nasi Ayam Penyet Utara


 Salam semua,

Lagi kmal letak Nasi Ayam Penyet.. kegemaran hubby dan anak2 dan kmal.kalau nasi ini memng bertambah biarpun semuanya dah nak berair hidung2.. nak buatpun senang dan cepat.

Ada dua kali kmal letak dalam fotopages.. tapi sayang link fotopages dah tak boleh buka.. hai byknya gambar dan kenangan di sana..

Bawah ni kmal copypaste ja.. resepi yang kmal update dari fotopages..nnt ada pulak yg heran dgn ayat dan situasi dibawa ini.. TAPI gambar2 semua ni terbaru ya.. hasil air tangan kmal sendiri masak baru2 ni cuma kmal malas nak taip resepi.. CP ja.. senang.. tp CP pun dr hasil sendiri ya..tak ciluk2 yg org lain punya tau.

NASI AYAM PENYET UTARA
Sumber resepi CP dari Amal Fotopages.. (Fpages sendiri ya)



Nasi Ayam Penyet...Kedah Marii..
Rajin pulak kmal letak n3 baru...sebenarnye... petang ni...nak naik basikal..tapi tp dah lewat...sangat..tgk jam dah 7.15... kmal ni kayuh slow sikit..mau sampai masuk Maghrib satu pusingan tak dan sampai rumah lagi... dah tak jadi nak kayuh basikal..kmal buka laptop.. letak le n3 menu tangahari kmal hari ni...

Ayam Penyet.....ni bukan orang Johor atau S'gapore yg buat tau.... tp orang Kedah buat..he..he... kmal cuba google kat internet..jumpa satu resepi.. dan tgk2 jugak resepi dari blog dan FP kawan2 yang pernah buat Nasi Ayam Penyet ni... maka terhasil le..


sekor ayam belah 4... dgn sambal, sup dan ulam-ulam...kenyang

ADUHAI....SABAR JE LA... maaf la...n3 kmal ni tersekat2 tak de penamat...nak letak satu ayat dan satu gambar..punya la siksa... dr semalam smpi pagi ni tak boleh2... nak kat intenet ke laptop kmal yg problem x tahu le...


sambal ni...hubby kata dah 90% dah nak dekat rasa mcm kat Johor baru2 ni...kena buat kajian lgi ni... tp bila makan tgk semua dah berair mata dan hidung tu...sah le...90% jadi.

Resepi Nasi Ayam Penyet..kmal CP dr blog ijan sebab kmal guna resepi ni cuma masa nak goreng ayam..kmal tak lumurkan dgn tepung beras..terus goreng je.

Resipi Nasi Ayam Penyet

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam /Daging
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. + sebiji telor atau tepung beras shj
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)

* Sedikit minyak masak
* 18 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Haa.. tu dia..

Macamana...terliur tak... Nasi ayam Penyet ni kmal ikut resepi..kena rebus dulu baru goreng garing...lain kali nak cuba kukus dulu baru goreng... rasanye dlm masa terdekat ni kena buat lagi..tak puas makan..

Roti kaya dgn kopi panas ni kmal buat utk minum petang...bila tgk kat FP nuanza..terus terliur..

resepi...kalau intenet x de masalah..kmal akan letak.. bye. 





Ok.. ayam ni kmal rebus dulu.. toskan perap dgn bahan perapan lebihan bahan perapan gaulkan dgn tempe dan tauhu..biar dlm 3 jam.. nak makan goreng garing..

2 comments:

  1. Assalamualaikum Kmal
    waa...nampak begitu menyelerakan!

    ReplyDelete
  2. wslam.. ini org utara yang buatkan.....ble cuba

    ReplyDelete