Monday 22 December 2014

Rosemary Chicken Grill

    Rosemary Chicken Grill

Salam.. hambik.. tergolek sekor-sekor..
Sebenarnya.. ini gambar lama.. dari fotopagge yang kmal sempat Copypaste dlm komputer
saja nak letak dlm blog ni.. semua kenangan gambar resepi dr fotopages dah hilang terus..
sebagai rujukan kmal kena CP dr blog kawan2 buat RCG ni yg guna resepi yang sama.. minta
halal ya kawan2..
Rasanya kat blog ni pun ada satu entry kmal buat RCG ..cuba tak sempat letak resepi ble tengok  disini

Kmal selalu kalau buat ni ada set-set dia sekali.. wajib kena ada nasi ayam, salad, blackpepe sause dan baked bean.


Lama kmal tak buat ni.. rasanya waktu terdekat anak2 semua ada kena buat ni.
Gambar2 ni masa adik angkat alam maya datang dr KL.. jamu depa dgn RCG. Nak bagi adik2 puashati 3 ekor sekali masuk oven.. puas..




Ini resepi.. sapa2 nak buat sila la.. cuti2 sekolah ni anak2 ada . sesuai sangat.


Resepi   
Ayam Panggang Rosemary (Rosemary Chicken Grill)

1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega
Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.




Kenangan yang tak dapat kmal lupakan.. seronok sangat terima kunjungan adik2 dari KL ke Asetar

  

Siapa yang berkunjung.. ada Watie, Arin, Mira, Azue dan Salleh

 

No comments:

Post a Comment