You follow I follow

Tuesday, 28 July 2015

Menu Ramadhan 14 dan 15

Trowback.. Menu Ramadhan 14 dan 15  sekali harung.. sbb buat Butter Chicken 2 hari berturut.. atas permintaan anak2..

Butter Chicken
Butter Chicken

Bahan untuk perap
ayam boneless
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji telur

Bahan menumis
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar dadu
2 ulas bawang putih cincang
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari segar
1/4 cawan susu cair
garam gula secukup rasa dan lada sulah
secubit pati ayam atau secukup rasa

Cara membuatnya
1. Perap ayam minima 1 jam 2 .
2. Panaskan kuali, cairkan mentega
3. bawang besar dadu, bwg putih,cili padi dan daun kari hingga naik bau
4. Tuangkan susu cair dan diikuti bahan-bahan lain 5. Masak hingga kuah agak memekat dan 

sesuaikan rasa

Disebabkan kmal x makan nasi waktu berbuka.. kmal rebus je pasta Angel Hair.. makan dgn butterchicken.. not bad.. boleh buat lg mcm ni.

Pasta Angel Hair dgn sos Butter chicken

Hari ke 15 buat lagi Butter Chicken, lauk lain  buat Asam Pedas daging Tetel, Sayur Kobis, cucur Jagung.. menu kmal beli je.. mee kari dot..





1 comment:

  1. boleh test ni resepi ayam butter tu.,..selama ni buat,tp ayam tu jadi lembik lak..salam kenal :)

    ReplyDelete