You follow I follow

Wednesday, 8 July 2015

Ramadhan 2015 Part1

Assalamualaikum,,

Hambik kau... kita buat throwback menu2 berbuka.. tuan badan sibuk tak sempat nak update..
lawakkan.. dah masuk 22 ramadhan dann tuan badan baru nak masuk menu ramadhan hari pertama.. tak pa.. sekurang2 ada gak kenangan dan boleh buat rujukan untuk berbuka tahun hadapan pulak Insyaallah.. jika dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.

Apapun, Salam Ramadhan semua.. syukur dapat berjumpa kembali bulan yang mulia ni.. Insyaallah
Ini bukan menu hari pertama tapi.. menu 2 kuih lama.. yang sempat buat dari hari perI hingga hari ke6 Ramadhan..hari ni update kuih2 dan masakan lama dulu2 na.. nnt update lauk2 pulak ye.

Dari hari 1 hingga masuk hari ke 6.. suka sgt nak buat kuih2 org lama2.. 
Hari Pertama buat Pau.. atas permintaan anak (Aiman).. nak inti kelapa.. kmal pulak nak inti ayam sayur.. 

Pau Kampung

hari Ke2 buat Roti Canai.. cicah dengan kuah dal dan telor.. dapat byk keping siap boleh frozen lagi.

Roti Canai Kuah Dal dan telor

Hari ke 3 buat kuih keria.. org utara kata cucur keria.. buat banyak jugak dan boleh dapat 1 tawpawe utk frozen.

Kuih Keria

hari Ke4 buat Tauhu Sumbat dengan Kuah Kacang dan Kuih Badak Berandam.. Kuih ni tak guna tepung puluh 100% .. kmal guna keledek sma..lagi sedap..

Tauhu Sumbat Kuah Kacang dan Badak Berendam


Hari ke5 buat Kuih Ketayap.. fov hubby ..

Ini tuan puteri ..princess mia.. macam ni la gaya tiap kali org sibuk nak berbuka





Hari ke6 buat pulak Buah Melaka dan Cara Berlauk.

No comments:

Post a Comment