You follow I follow

Tuesday, 29 November 2016

Ayam Masak Tempoyak


Permintaan anak bujang yang sulung.. sanggup ajal mama cari ikan patin tapi tak dak rezeki.. mama balik buatkan ayam masak tempoyak je.. jadilah kan ...


Ayam Masak Tempoyak
Bahan2:
1/2 ekor ayam
2 batang Serai diketuk
5 sb tempoyak jika nak pekat ble tambah ikut selera
1 helai daun kunyit disiat2
Garam secukup rasa
gula sikit je.. tak letak pun tak pa
air secukupnya ikut kepekatan

Bahan Blend
10 biji cili api ..ikut kepedasan masing2.
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup

Caranya
masuk bahan blender, air secukupnya dan tempoyak.. masak atas api sederhana 
hingga mendidih, masukkan ayam, serai, renih hingga ayam masak, 
rasakan garam dan gula, masukkan daun kunyit, seimbangkan rasa.. siap.

Daging Goreng Kunyit
tambah

No comments:

Post a Comment