You follow I follow

Tuesday, 22 November 2016

Risoles


Percubaan membuat Rosele.. sedap.. siap boleh frozen lagi...
Lauk2 masak yang simple-simple saja.

Jom tengok resepi risoles


Resepi asal dari Blog Azlita Masam Manis

Intinya :

1 biji bawang merah besar potong dadu
3-4 ulas bawang putih cincang halus
5 biji ubi kentang besar potong dadu kecil
1 biji besar lobak merah potong dadu (saya x letak x ada stok kat umah )
Isi ayam/ Isi daging byk mana kita suka (saya guna daging kisar)
2 sudu kecil lada hitam
2-3 sudu kecil serbuk kari (resepi asal x ada saya tambah)
1/2 Kiub ayam/daging
Daun bawang
Garam
Gula
Minyak menumis

Tumis bawang merah dan bawang puting hingga naik bau dan kekuningan. Masuk daging/ayam, kacau jap. Masuk pula lada hitam dan serbuk kari. Kacau bg isi ayam daging kecut. Masuk kiub ayam /daging. Masuk pula ubi kentang dan lobak merah. Tambah sikit air dan masak hingga ubi empuk. Nak cepat empuk tutup kuali kita, sesekali kacau elak lekat. Rasa garam gula . Dan tabur daun bawang. Siap sejukkan


Kulitnya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar/santan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak /1 sudu besar marjerin cairkan

Saya campur semua bahan dalam blender dan kisar halus. Jgn kisar lama sangat. Ataupun campur semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga tak ada ketulan tepung dan tapiskan.

Panaskan kuali non stick , dan boleh sapu sikit minyak pd kuali, dan tuang sikit adunan dan lenggangkan nipis. Nmpk masak angkat terus. Tak perlu terbalikkn kulit nya. Ulang hingga habis kulit ni.

Boleh dapat dlm 20 kulit untk satu adunan kulit. Jgn buat tebal sangat kulitnya.


Caranya:

Letak inti, kalau nak letak cheese mozarella/cheddar pun boleh, cheese letas letak inti ubi kentang ni
Start menggulung, ikut cara tersendiri nak gulung atau lipat je
Kita sediakan bahan salutan luar.. dlm bekas asing2 telor dan serbok roti
Celupkan dalam telur
Golekkan dalam serbuk roti
Dan ulang sampai habis, sampai step ni kalau nak frozenkan simpan dalam bekas dan bila-bila nak mkn kelaurkan dr tempat beku dan goreng terus.
Boleh goreng dengan api sederhana




No comments:

Post a Comment